11.5.11

Malam Sebelum Lampu Padam : Sedih,Sedih.

sedih
sedih aku bila melihat kepincangan berlaku
kepincangan yang melanda golongan Ilmuwan Islam itu sendiri
bergaduh sesama sendiri
semata untuk suatu yang bernama Ego Bongkak

semua ini berlaku
sedang anak muda tergadai di jalanraya
dara anak dara dipertaruhkan jantan-jantan jalanan

lantas bertanya seorang pakcik tua
yang menyaksikan kejadian ini semua
mana ibu bapa mereka semua?
jawab anak muda yang turut sedih
ibu bapa mereka sedang sibuk di masjid
bukan berbincang mengenai realiti semasa menegak kebenaran
sebaliknya bertikam lidah berpuak-puak

diamati mendalam
kedua puak memakai jubah
kedua puak memakai ketayap
atau kopiah
whatever you call it

adakah ini yang dinamakan akhlak Islam
adakah ini yang diajarkan Baginda SAW
adakah ini yang diperintahkan Allah SWT

tanya diri kita
kita berjuang untuk apa
untuk dendam kesumat
atau untuk mencari redha-Nya?

yang lebih menyedihkan
yang terlibat adalah yang berilmu

jika yang berilmu sudah lemas terjebak
apa kita mahu harap dari si jahil dan rakan-rakannya

sedih
anak muda lemas dengan kejahilan
mengharap ada yang menyelamat
tapi malang
bila ada yang cuba menyelamat
dituduh itu dan ini

lantas niat membantu ditinggal
mari kita bergaduh sama kita dahulu

kasihan kasihan
kadang-kadang kita tertanya kenapa
kenapa kita begitu teruk keadaannya

jawapannya mudah sahaja
sikap kita sendiri

Islam bukan teori
ianya praktikal
berilmu tidak menjadikan seorang itu mulia
mulia hanya ada jika ianya diamal

kecilkan skop
zoom out
dari jauh ada sekelompok yang sedang melihat
gembira bersorakan
misi tercapai
sekelompok yang dinamakan musuh
dan mereka gembira
gembira kerana tanpa berusaha
mereka telah berjaya

salah siapa
salah sendiri

aiseh
penat la
satu sahaja nasihat untuk semua
baik Ustaz,Lebai,Mufti,Dr,Ilmuwan,Syeikh whatsoever
dan juga kepada diri sendiri
serta yang sedang membaca
Allah SWT Maha Melihat
Allah SWT Maha Mengetahui setiap yang terkandung dalam dada

betulkan niat
kembalilah kepada jalan sebenar

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)
[2:8-10]

Assalamualaikum dan Selamat Malam.


3 comments:

  1. Ilmu yang paling baik adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada sesama manusia.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    kadang2 berada jauh dari tanah air sendiri utk sementara waktu dapat memuhasabahkan diri betapa mereka yg non-muslim lagi baik dr muslim itu sendiri..

    ReplyDelete
  3. subhanallah.

    puisi kenyataan.

    ReplyDelete