8.5.11

Penulisan Santai Di Tengahari (Atau Pagi) Ahad.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak menulis.

Banyak kerja yang sebenar-benarnya.

Kerja rumah.Kerja Universiti.

Mengikuti Sistem Manusia.

Bukan tidak mahu menulis.

Mahu,tapi masa berlalu pantas meninggalkan kita.

*** *** ***

Pernah terfikir tak?

Masyarakat kita (terlalu) suka bergembira.

Ambil contoh mudah,blog yang ditulis kita.

Kebanyakannya bertemakan Hiburan.

Atau sekurang-kurangnya cuba membuatkan orang Bergelak Ketawa.

Ada yang cuba berseriusi,tapi kekurangan Fakta membuatkan 'seriusi' itu lemah.

Twitter pula digunakan untuk - 'membunuh' masa - walhal kita yang sedang 'terbunuh'.

Ini bukan untuk dikritik.

Tapi,untuk difikir.

Ini semuanya amatlah memudaratkan sebenarnya jika tidak dibendung.

Apakah yang memudarat itu?

"Obsesi Syahwat-Syahwi".

Budaya Liberal (juga) secara halus telah memasuki pemikiran Anak Muda.

Dahulu,hendak berbincang tentang Bola-Bola Dada antara Lelaki dan Perempuan - masing-masing ada malu.

Kini,Lelaki dan Perempuan sudah berani berbincang secara terbuka - tiada rasa malu.

*** *** ***

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). [6:94]

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. [7:34]

*** *** ***

Okay.

Itu sahaja.

Kembali kepada Kerja Rumah,atau Kerja Sekolah.

Apa-apa sahaja yang kamu mahu panggil.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment: