10.5.11

Realiti Semasa : Pantas Masa Berlalu Menyaksikan Ramai Manusia Yang Rugi/Kejahilan Itu Membunuh.

Prenote : Bukan berlagak Hero.Sekadar menyatakan apa yang dirasa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak menulis di sini.

Hari ini - 9 Mei 2011.

Jika kebiasaannya,pada bulan-bulan sebelum ini saya menulis dengan purata satu penulisan sehari,tapi bulan Mei menyaksikan saya menulis dengan jarang.

Maaf.

Maaf bukan kepada anda.

Tapi,maaf itu saya tujukan kepada diri sendiri.

Kenapa?

Kerana yang rugi bukan anda,bukan orang lain,sebaliknya saya.

Apa maksud ayat di atas?

Anda fikir-fikirkan.

Apa yang saya mahu sampaikan di sini,yang boleh anda kaitkan dengan hidup anda adalah,

Jika kita bertangguh melakukan kebaikan,jika kita bertangguh melakukan perkara yang dituntut oleh Allah SWT,jika kita tidak mahu mempersiapkan diri kita dengan Pelaburan Akhirat - ketahuilah kita bahawa yang sedang rugi sebenarnya adalah diri kita,bukannya orang lain.

Kerana masa pantas berlalu.Amat pantas sehinggakan ianya berlalu tanpa disedari kita,ibarat Ikan Emas yang berenang-renang dalam Akuarium Kecil di Ruang Tamu rumah kita.

*** *** ***

Hidup ini penuh dengan tanggungjawab.Tanggungjawab kepada Maha Pencipta,tanggungjawab sesama manusia etc etc etc.

Sempat saya melihat beberapa blog dan Ruangan Diskusi Ilmu Tempatan sebentar tadi.

Artikel-artikel yang ditulis kebanyakannya bagus - tapi di ruangan komennya sesuatu yang menyedihkan (tapi tidak asing) berlaku.

Apakah perkara yang menyedihkan itu?

Ulasan-ulasan di blog-blog ini terdiri daripada soalan-soalan tentang Islam.

Budaya bertanya - itu suatu perkara yang bagus.

Tapi soalan-soalan yang ditanyakan itu - menunjukkan kepada kita bahawa betapa Masyarakat Islam di Malaysia (khususnya) berada dalam satu keadaan di mana kita sangat kurang memahami apakah itu Islam.

Saya tidak mengatakan bahawa saya ini berilmu.

Saya sama seperti anda yang lain,hamba kepada Allah SWT.

Seorang hamba biasa yang mencari kebenaran.

Tapi,saya mahu mengajak anda memikirkan realiti semasa ini.

Realiti semasa yang menunjukkan betapa kita tidak memahami Islam.

*** *** ***

Selalu saya terfikir,kenapakah keadaan ini terjadi?

Setelah diteliti,pada pendapat peribadi saya,keadaan ini berlaku (salah satu puncanya) disebabkan Sistem Pendidikan kita.

Sistem Pendidikan yang hanya memfokuskan seseorang untuk menjadi Pekerja Mahir.

Pelajar Cemerlang yang mempunyai pemikiran yang bagus - dihantar ke Bidang Sains.Yang akhirnya menyaksikan kebanyakan dari mereka menjadi Pekerja Mahir yang tidak alert dengan Situasi sebenar dunia.

Bidang-Bidang Kemanusiaan lain pula (seperti Pengajian Islam sebagai contoh)?

Kita katakan Bidang-Bidang Kemanusiaan ini tidak glemer kerana tidak mendatangkan pulangan kewangan yang lumayan.

Ya,duit menjadi sasaran hidup kita - satu bukti kapitalis telah berjaya memahat pakunya dalam kepala kita.

Saya tidak menghina sesiapa di sini.Tapi saya mahu mengajak anda memikirkan realiti semasa ini dengan mendalam.

Ada dua keburukan yang lahir dari keadaan ini.

1) - Kita akan menghadapi satu ketidakstabilan Masyarakat dalam masa terdekat.

Maksudnya : Yang pandai-pandai semua kita hantar belajar Sains.Akibatnya,kita kekurangan Sumber Manusia yang berharga untuk menyumbang Idea dalam Bidang Kemanusiaan.Saya tidak katakan Pelajar-Pelajar Bidang Kemanusiaan yang ada sekarang ini tidak bagus.Tapi Realiti di Malaysia,kebanyakan Pelajar yang pandai cemerlang SPM samada ambil Kejuruteraan atau Perubatan.

Pelajar yang mendapat keputusan sederhana barulah memilih bidang Kemanusiaan.Ini bakal melahirkan satu ketidakstabilan.Sekarang mungkin tidak nampak.Sepuluh,Dua Puluh Tahun lagi?

Kita kena pijak pada Realiti.

Saya ada membaca satu Penulisan dalam Bahasa Inggeris baru-baru ini (saya tidak ingat linknya) yang bertajuk "Kekeringan Intelektual Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia".

Dan Orang Malaysia itu Majoritinya Umat Islam.Jadi,secara tidak langsung,ini merupakan Krisis yang sedang melanda Umat Islam juga.

Anda fikir-fikirkanlah.

2) - Akan melahirkan Generasi yang Pentingkan Diri Sendiri - Tidak menyumbang kepada Dunia.

Kenapa?Mereka hanya belajar "Buku Teks" yang berat ini sehinggakan melupakan tanggungjawab sosial mereka kepada manusia lain.Atau dalam konteks Islamnya,tanggungjawab menyebarkan kebenaran.

Ambil contoh Pelajar Kejuruteraan Tipikal Zaman ini.Untuk jadi Engineer,kena pulun dapat Skor SPM.Masa belajar,hanya belajar Kejuruteraan.Selepas belajar pula,dia dapat Gaji Besar dan Gaji Besar hanya digunakan untuk kepentingan dirinya.

Beli BMW,Mini Cooper etc.Apabila ditanya kenapa tidak bantu Masyarakat?Eh,sukati kawan la.Kawan belajor penat kat Universiti dulu.Biorla kawan nak Enjoy.

Nampak?


Jika anda tonton video di atas,dan jika anda banyak membaca,anda akan ketahui bahawa Pihak yang menguasai dunia pada hari ini bukan sekadar menguasai dunia melalui Ekonomi.

Tetapi,mereka menguasai dunia melalui Bidang-Bidang Kemanusiaan.

Bidang-bidang itu adalah - Sejarah,Falsafah,Sastera etc etc.

Sebenarnya,jika diteliti,bidang-bidang inilah yang membentuk Pemikiran Dunia.

Bidang-bidang seperti Kejuruteraan - Produknya nanti hanya akan menjadi Pekerja Mahir.

Jadi,sebenarnya jika kita Umat Islam mahu menyebarkan Islam,kita perlu menyebarkan Pemikiran (atau dalam kata lain Fikrah) Islam itu dalam bentuk Media dan sebagainya.

Ada yang sudah memulakan langkah (dengan izin Allah SWT,Alhamdulillah) berbuat begitu pada hari ini.Tapi,ditinggalkannya pula adab-adab Islam itu sendiri.Jangan begitu.Kita kena ingat,apa yang haram,tetap haram.Berlandaskanlah Al-Quran dan As-Sunnah.

Penulisan ini mungkin bersifat random,tapi jika anda seorang yang membaca dengan penuh ketekunan,insya-Allah anda dapat tangkap apa yang saya cuba sampaikan.

Tapi,tidak bermaksud semua orang perlu mengambil bidang Kemanusiaan.

Seorang Jurutera juga sebenarnya boleh menjadi seorang yang mahir dalam Bidang Kemanusiaan.

Sekarang zaman Internet.Ilmu boleh didapati pada bila-bila masa.

Soalnya,adakah kita mahu atau tidak mahu.

Ingat,Internet ini semuanya nikmat belaka.Gunakanlah sebaik mungkin.

*** *** ***

Berbalik kepada Isu Ulasan-Ulasan di blog-blog Tempatan tadi.

Sebenarnya,adalah menjadi Tanggungjawab kita yang mempunyai Pemikiran-Pemikiran yang lebih ini untuk menggunakan Akal Fikiran yang dikurniakan Allah SWT kepada kita ini sebaik mungkin.

Ada orang pernah berkata,Pemikiran yang Baik itu juga - Satu Anugerah.Jadi,gunakanlah ia ke arah kebenaran,yakni jalan Allah SWT.

Kita mesti menuntut Ilmu dan menyebarkannya kepada Majoriti Masyarakat.

Saya lihat pada hari ini,apabila disentuh suatu Isu yang serius dan dikaitkan dengan Islam,ramai dari kita gagal menjawabnya dengan elok.

Ini berlaku kerana banyak faktor.

Tapi faktor yang paling utama adalah kurangnya Ilmu dan tiadanya Pengetahuan terhadap Keadaan Semasa.

Jadi,marilah kita bersama-sama mencari Ilmu dan mempersiapkan diri kita dengannya.

Kerana ini zaman Perang Pemikiran.

Bukan zaman Perang Persenjataan.

Dan yang paling penting,dalam kita sibuk mencari Ilmu dan sebagainya ini,jangan kita lupakan tanggungjawab kita yang paling utama,iaitu tanggungjawab kepada Maha Pencipta.

Jangan ditangguhkan Solat etc etc hanya kerana mengejar dunia.

*** *** ***

Itu sahaja.

Ini merupakan penulisan pendapat peribadi.Jika ada salah silap,sila betul dan minta maafkan.

Ambil jernih,buang keruh.

Cukuplah kita menyalahkan Pihak Lain jika berlaku suatu Musibah.Kenapa kita (ya kita sendiri) tidak berusaha memulakan langkah memperbetulkan masalah?

Jika mereka boleh,kenapa kita tidak boleh?

Yang penting,niat ikhlas kerana Allah SWT,dan jangan sesekali lupa perkara mana yang perlu diutamakan dahulu.

Terakhir dari saya - Berlandaslah kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah dalam Perbuatan.

Ini kerana,

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa [2:2]

Dan mereka itulah (yang menjadikan Al-Quran sebagai Panduan),orang-orang yang berjaya [2:5].

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. Salam
    Saya setuju sangat dengan huraian saudara. Di masa kini ramai yang di kalangan remaja hanya mementingkan dunia material sahaja. Manakan tidak, mak bapak pun macam tu so itulah yang diajar. Bila nak cerita pasal Islam sikit, kata kita kolot la. Yang sedihnya, boleh pulak kata apa yg diajar oleh Nabi Muhammad SAW tidak lagi sesuai dengan zaman moden. Not Applicable konon. So they mean to say yang hukum agama hanya di boleh pakai masa zaman Nabi2 je. Sekarang ni siapa yang berpangkat di sanjung, dipuji, dihormati. Walaupun jahil tentang agama. Percayalah based on my experience semasa bekerja di syarikat korporat yg terkenal dan ramai bangsa kita kebanyakannya hanya pentingkan diri sendiri dan kejar pangkat sampai lupa semua. Iya mereka ada juga sembahyang wajib sunat tak tinggal. puasa wajib sunat rajin, pergi Mekah berkali2 tapi apa yg diorang ni paham? Masih lagi sanggup tikam belakang semata2 nak naik pangkat, mengumpat tak henti2, abaikan keluarga(sama je jeantan betina), beli BMW, bag LV rumah banglo pastu tayang kat orang lain. Itulah tujuan hidup diorang.

    Tapi ynag terpaling sedih ialah bila tengok para2 pendakwah kita yang popular pun namanya dakwah tapi banyak pandai2 buat interpretation sendiri sehinggakan masjid boleh jadi tapak pesta( acara raudah dihatiku anjuran stesen Tv tempatan) Kononya itu cara nak tarik orang muda2 untuk imarahkan masjid. Dengan cara hiburan. Saya yang jahil ugama pun tau itu SALAH. Apa yg diajar kepada budak2? Main futsal kat masjid sampai campur perempuan dan lelaki? Upin Ipin yang tak wujud tu jadi contoh kepada kanak2? Kenapa tak ikut cara Rasullullah SAW berdakwah pada anak2 muda? The worst thing takde le orang lain nak tegur termasuk lah uztaz utazah yg dijemput. Kenapa? bayaran lumayan sangat ke sampai tutup mulut. So macamana orang nak tau apa betul atau salah dari segi hukum kalau yang dah sah tak betul pun di bolehkan. Satu lg semakin ramai penanyi wanita bertudung kala ini. Kenapa ya? kan suara wanita tu aurat? Satu lagi ada diantara uztaz2 yang menggalakkn para isteri untuk keluar rumah dan kejar kekayaan. Apa ni? Bukan kan Nabi dah clearly define the role of women in Islam? Yang buat saya terkejut dengsr boleh pulak isteri serahkan saja tugas tanggunjawab pada maid demi nak kejar duit. Apa nak jadi orang kita ni.

    Saya lebih berminat mendengar ceramah dari kalangan orang Islam Barat seperti Dr Yusuf Estes atau Imam Shuaib Webb. Mereka ini lebih hebat dari orang kita, apa yg disampaikan tak lari dari hadis Nabi SAW. Senang nak paham.

    Banyak lagi nak diperkatakan tapi cukup lah disini. Minta maaflah kalau terkasar bahasa atau menyinggung perasaan orang lain.

    Wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudara.saya memahami perasaan saudara.
      saya cadang saudara download penulisan2 saya di link ini --- baikiminda.blogspot.com/p/koleksi.html .. buku yang paling saya cadang saudara download buku zaman orang ganjil di link ini -->> http://www.mediafire.com/?zjbxocg4qf2k3h6 ianya maklum balas saya pada komen saudara di atas.bacalah,mana tau ada manfaat.

      Delete