14.5.11

Realiti Semasa : Realiti Korupsi Ilusi.

Prenote : Ini Penulisan Pendapat Peribadi.Bukan berlagak pandai,hebat,jaguh,hero - whatever you call it.Jika ada salah silap,sila betulkan dan minta maafkan.Diingatkan juga,ini bukan Penulisan Politik.Sekali lagi diingatkan,ini bukan Penulisan Politik.Come on.Ini zaman IT.Jangan amalkan Undang-Undang Rimba lagi.Manusia sudah celik.Maklumat senang sampai.

Prenote II : Tempo penulisan ini - semakin hendak sampai penghujung,semakin berat.Dinasihatkan baca slow-slow.Supaya dapat sedikit ilmu,insya-Allah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Dalam penulisan kali ini,saya ingin menulis sepanjang-panjangnya.Kerana hari ini Hari Sabtu.Dan saya sudah lama tidak menulis.Dan banyak perkara yang ingin saya tulis.Jadi,apa salahnya saya luangkan masa untuk menulis.Tapi,secara santai.Santai Urban.

Dak gitu?Mestilah gitu ye dak?

Jika biasanya satu penulisan mengambil masa lebih kurang Satu Jam untuk dihasilkan,untuk Penulisan kali ini,mungkin lebih.

Mungkin satu hari,baru siap dihasilkan.Tengok kerajinan,tengok cuaca.Insya-Allah.

*** *** ***

14 Mei 2011 - sepatutnya tarikh sebegini biasanya hadir sekali dengan cuaca yang panas di negara Eropah ini.Cuaca yang menyaksikan Gadis-Gadis Jelita berpakaian shexay (yang amat sangat) ibarat mahu berdansa di Kelab Malam.

Cuaca yang biasanya menyaksikan satu Ujian yang besar untuk penglihatan Para Jejaka sekalian,baik yang tampan mahupun yang tidak,baik yang cool mahupun tidak.

Semuanya ada peluang sama rata untuk dilihat sebagai pervert,atau better still,jika mahu lebih ringkas kita boleh gelarkannya perv.Terpulang pada citarasa yang menyebutnya.

Ujian Gadis Musim Panas ini - hanya dapat dimenangi dan ditangani jika hadirnya iman di dada.Penglihatan yang hanya dapat ditundukkan dengan kesedaran bahawa Allah SWT Maha Melihat.

Jika tiada dua perkara di atas ini,pasti mata terpenjara dengan nafsu sendiri.

Tapi itu kisahnya jika Hari ini datang dengan Cuaca Panas.

Ramalan manusia mengatakan bulan Mei dan Jun - adalah Musim Panas bagi Negara Eropah.Jarang kita melihat bulan Mei dan Jun bercuaca sejuk.

Tapi kita manusia.Kita hanya boleh membuat teori.Kerana kita tiada upaya mengatur alam ini.Kita ini hanya makhluk.

Allah SWT sahajalah yang Maha Berkuasa untuk mengaturkan alam ini.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). [2:255]

Ditakdirkan Allah SWT,hari ini cuaca sejuk.Hujan sepanjang hari.Hujan yang mencabar kemalasan Anak-Anak Muda untuk pergi ke kelas.

Tapi sebenarnya itu hanya alasan.Jika sudah namanya Pemalas,datanglah Cuaca Panas Terik atau Winter Bagai Nak Rak sekalipun,pasti Si Pemalas tidak pergi ke kelas juga.

Persoalan timbul,ke mana mereka pergi?

Tidur di atas katil.Bermain permainan komputer.Bermain Facebook.Menonton Movie.Easy going.Hidup santai ibarat meluncuri ombak.Tiada bimbang di hati.

Tapi dalam masa yang sama,mereka mengharapkan kejayaan sama dengan orang yang pergi ke kelas.Dalam masa yang sama,tertanya-tanya kenapa orang yang pergi ke kelas tahu pelbagai maklumat yang berlaku di kelas,sedangkan Anak-Anak Muda yang tidak pergi ke kelas ini tidak tahu.

Mereka bertanya,"Adakah mereka yang pergi ke kelas menyembunyikan maklumat daripada mereka yang tidak pergi ke kelas?Adakah ada konspirasi untuk menjatuhkan mereka yang tidak pergi ke kelas?Atau dalam kata lain,adakah mereka yang pergi ke kelas makan sorang?".

Rubbish gibberish - kata mereka yang bernama Mat Saleh.Persepsi - memang boleh memecah-belahkan masyarakat.

Ini secara tidak langsung menjadi Ujian kepada orang yang pergi ke kelas.Supaya bersabar.Samada mahu membantu mereka yang tidak pergi ke kelas,ataupun tidak.Terpulang.

Yang penting,ketahuilah kita bahawa Allah SWT Maha Melihat.Dia Maha Mengetahui apakah yang bermain dalam dada dan fikiran kita.

Mulut orang - jangan dipedulikan (selagi kita melakukan apa yang betul mengikut syariat Islam).

Berbalik kepada anda yang masih tertanya-tanya tentang kisah Gadis-Gadis Shexay di atas,maaf.Hari ini mereka berpakaian sopan.

Apa kesimpulan dari Retorik pertama ini?

Senang sahaja.

Hidup ini satu Ujian.

Tidak kira ketika kita senang,susah,malang,bahagia etc etc - ianya adalah satu Ujian.

Boleh jadi kita senang,tapi kita lupa kepada Allah SWT.Jadi,kesenangan itu adalah satu Ujian untuk menguji kita supaya tidak takbur dan angkuh.

Dan boleh jadi kita susah,lalu berputus asa.Ketahuilah,kesusahan itu juga sebenarnya satu Ujian.

Pengajaran - jangan mudah berputus asa.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). [2:214]

*** *** ***

Seorang Anak Muda bertolak pulang ke Asrama setelah melalui Hari yang memenatkan Mental,Jiwa dan Raganya di Kampus.

Skema perjalanannya adalah : Tram - Metro - Bas - Beca - Okay serious tak lawak yang part beca tu.Lawbod bro.Lawbod.Dan kepada yang masih blur,lawbod maksudnya lawak bodoh.Macho kan penulisan I?U tak cakap pun I tau macho.I dapat sense benda ni.Okay yang ni serious lawak.Haha.

Shh.Stop.Jangan riak.


Jadi,dalam perjalanan pulang,bertemakan Hujan Renyai-Renyai di Bandaraya Soviet ini,di mana Idea Kapitalis dan Pemikiran Komunis bercampur-baur di ruangan udara,banyak perkara yang sempat dilihatnya :

- Nenek-Nenek Tua yang menjual bunga di Pasar Berbumbungkan Langit.Pemandangan yang kasihan dan amat menyedihkan kerana lebih kurang 30 Orang Tua menjual barang yang sama di tempat yang sama.Pasti ada di antara mereka (Nenek-Nenek Tua ini) yang datang dengan Beg tangan kosong,dan balik dengan beg tangan yang masih tidak berisi.Mungkin akibat Pencen yang tidak mencukupi,mereka melawan Usia mencari rezeki.Kasihan.Duit mengalir di muka bumi,Mini Cooper bersimpang-siur di jalanraya,tapi Kapitalis Narcissist yang meracuni pemikiran manusia menyebabkan keadaan menyedihkan ini berlaku.

- Seekor Anjing Besar tetapi Kurus menggesel-geselkan badannya kepada Orang Ramai yang lalu lalang di situ,mengharapkan ehsan makanan.Badannya basah dibasahi Hujan.Lebih kurang Empat Puluh orang yang lalu-lalang di situ,tapi tiada seorang pun yang berhenti sejenak melihat Anjing Kasihan itu.Umurnya sudah tua mengikut apa yang dilihat Anak Muda ini.Kasihan Anjing itu.Ianya terus beredar selepas mendapati tiada orang yang sudi membantunya.Anak Muda hanya mampu berdoa kepada Allah SWT supaya ada orang yang akan memberi makanan kepada Anjing itu.Anak Muda hendak membantu,tetapi Anak Muda sedang mengalami krisis ekonomi.Alasan yang sama mungkin diberikan oleh Empat Puluh Manusia lain yang berada di situ.Realiti yang menyedihkan.

Tibanya berdekatan dengan Asrama tempat tinggalnya,Anak Muda melihat Pucuk-Pucuk Hijau mula keluar dari dahan-dahan Pokok.

Anak Muda takjub.SubhanAllah.

Takjub kerana Pokok-Pokok yang kelihatannya seperti mati pada Musim Sejuk,kembali mengeluarkan Pucuk.

Kuasa Allah SWT.

Betapa menunjukkan bahawa adalah tidak mustahil untuk Allah SWT menghidupkan kita kembali pada Hari Kiamat nanti.

Pengajaran dari Kejadian Alam ini - hanya dapat diambil oleh orang yang mahu memikirkannya.

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
[3:5]

*** *** ***

..apabila kita mendengar sangkaan baik orang terhadap kita, amatlah bimbang dan takut..mereka menyangka kita hebat dan baik..sedangkan belum tentu itulah hakikat kita di sisi Allah..Ya Allah jadikanlah kami ini di sisiMu lebih baik dari apa yang mereka sangkakan..ampun dan ampunlah Ya Allah.. [Sumber : Twitter DrMazaCom]

Berapa ramai manusia yang pada mulanya cuba menyuarakan kebenaran,tapi akhirnya terperangkap dengan perangkap riak akibat tidak tahu mengawal diri menerima pujian manusia.

Sebagai seorang Penulis Blog,saya secara peribadi bersetuju dengan Quote di atas.

Mungkin ada orang lain menyangka saya sebagai seorang yang baik apabila membaca Penulisan saya.

Tapi,ketahuilah,saya juga manusia biasa.

Astaghfirullah.Jika difikirkan ayat di atas,amat-amatlah menakutkan.

Tapi,kita tidak boleh menjadikan "Faktor Takut Riak" untuk tidak berjuang menyuarakan kebenaran.Yang penting,kita kena berdoa dan sentiasa perbetulkan niat.Supaya sentiasa ikhlas kerana Allah SWT semata.Untuk mencari keredhaan-Nya.

Astaghfirullah.

Dan kepada Para Pembaca yang membaca blog saya,jika ada dapati sebarang salah silap yang anda dapati dalam Penulisan saya,minta betulkan.Boleh lakukan di ruangan komen,atau better still,emailkan kepada saya di pospenamaya@gmail.com.

Saya sentiasa baca E-Mail yang dikirimkan oleh Para Pembaca kepada saya.Dan saya sebenarnya amat-amatlah menghargainya.

Tapi,tidak semuanya saya balas.Malah,saya jarang membalas E-Mail/Ulasan Para Pembaca.

Jangan salah faham.Ada sebabnya kenapa saya berbuat begitu.

Kenapa?

Kerana kebanyakan yang mengulas di ruangan komen kebanyakannya Perempuan.Dan saya - lelaki.

Nampak seperti "Bapak la poyo kau ni jumud tak open minded" - tapi ini sebenarnya adalah perkara penting yang perlu kita semua ingatkan diri kita dalam bersosial di ruangan Siber.

Nampak simple,tapi dari simple boleh menjadi pimple.

Fitnah - boleh berlaku dalam pelbagai cara,dan kaedah.Syaitan itu tidak pernah berputus asa menyesatkan kita.Kenalilah musuh utama kita,wahai Anak-Anak Adam.

Saya menceritakan ini supaya anda boleh mengaplikasikan apa yang diberitahu saya ini dalam Perkara-Perkara lain juga.Bukan sekadar dalam Dunia Siber.Mungkin juga dalam Dunia Realiti.

Dan jangan sesekali menjadikan Blog saya sebagai rujukan utama.Sebaliknya,pelbagaikan Sumber Rujukan.

Yang paling penting,sentiasalah rujuk sesuatu pandangan itu dengan Al-Quran dan As-Sunnah.Itu sumber rujukan utama kita sebagai umat Islam.Jangan sesekali bertaklid buta,atau dalam kata mudah - follow cakap certain-certain Ustaz secara membabi buta tanpa peduli samada Pendapat itu betul atau salah.Kadang-kadang dah terbukti salah,dan Ustaz itu sendiri dah mengaku bahawa Beliau tersilap,tapi kita still obses.Jangan fanatik.

Tiada guna kita membaca Blog,tapi kita tidak mengetahui apakah yang berada dalam Al-Quran.Cuba.Jangan belum buat,sudah putus asa.Cuba untuk membaca Terjemahan Al-Quran itu.

Slowly.Step by step.Tapi bukan takde step langsung.Jangan tipu diri sendiri.Jangan pula paksa diri.

Fikir-fikirkanlah.


*** *** ***

Ada satu video yang saya mahu kongsikan bersama dengan anda semua.

Tonton dengan hati terbuka.

Tidak suka,tidak mengapa.

Saya pun tidak setuju 100% dengan apa yang dibincangkan dalam video ini.

Tapi,overall ada sesuatu yang perlu difikirkan di sini.



*** *** ***

[Untuk bahagian ini,sila baca dengan hati terbuka.Jika ada salah silap,sila betulkan.Dan tentang Bahagian Bahasa Inggeris di bawah ini,saya nasihatkan jika Bahasa Inggeris anda tidak berapa bagus,jangan baca.Kerana bimbang salah pemahaman.Kerana saya tidak berapa rajin untuk mentranslatekan Penulisan di bawah ini dalam Bahasa Melayu.Hehe].

Berita hari ini melaporkan Seorang Ilmuwan mengatakan bahawa "tidak masuk Syurga" jika "tuduh X".

Baiklah.

Firstly,kita tidak tahu berita ini betul atau tidak.

Kerana Media pada zaman ini,sukar dipercayai.

Itulah sebabnya,nasihat saya kepada kita semua (termasuk saya sendiri) jika ada berita seperti Pembunuhan Oleh Datok N atau Kes Liwat Datok A,kita yang rakyat marhaen ini,janganlah galok sangat sebarkan berita itu.

Ini kerana,kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Kita hanya membaca Blog-Blog Picisan yang boleh jadi dimanipulasi oleh Puak-Puak tertentu.

Jadi,stop spreading the news kalau kita tidak pasti mengenai suatu berita itu.

Kerana dibimbangi,silap hari bulan,kita pula yang menjadi agen menyebar fitnah dalam kalangan masyarakat.

Tidakkah itu berdosa namanya?

Dan tentang kes komen Pemimpin di atas tentang Isu Syurga,ketahuilah kita,kita manusia biasa tidak boleh mengatakan samada seseorang itu masuk Syurga atau tidak.

Syurga atau Neraka - hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui tentang perkara ini.

Saya catatkan ini kerana bimbang ada orang yang terkeliru.

Tidak percaya?

Di bawah ini saya kongsikan sesuatu untuk menjelaskan pernyataan saya di atas ini.Jika ada salah silap dalam pemahaman saya,sila betulkan.

I am no scholar.Saya hanya seorang hamba kepada Maha Pencipta.Seorang manusia biasa yang letih dengan perkembangan semasa yang melanda Politik Tanah Air,yang secara tidak langsung memalitkan imej buruk pada Umat Islam yang lain.

Sila baca dengan cermat.Quote di bawah ini dalam Bahasa Inggeris.

The most pious individuals are only known to Allaah, because the seat of Taqwaa is the heart.Man can only judge people by each other’s outward deeds which may or may not be misleading.Allaah made that abundantly clear in the following verse:

There is the type of man whose speech about this world's life May dazzle thee, and he calls Allah to witness about what is in his heart; yet is he the most contentious of enemies. [2:204]

Therefore, it is not permissible for humans to designate certain people as being particularly saintly and pious to a degree beyond the reach of ordinary humans.

The Prophet Muhammad SAW specified among his companions (Sahaabah) some whom he gave glad tidings of paradise in this life.

(Among them are ten well known, Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthmaan, ‘Alee, Talhah, az-Zubayr, Sa‘d ibn Abee Waqqaas, Sa‘eed in Zayd, ‘Abdur-Rahmaan ibn ‘Awf, Abu ‘Ubaydah ibn al-Jaarraah (see al-‘Aqeedah at-Tahaaweeyah, pp.485-7)

However,such pronouncements were based on revelation and not his own ability to judge the hearts.For example, when the Prophet SAW said concerning those who make a pledge of allegiance known as Bay‘ah ar-Ridwaan,

“No one who made the pledge beneath the tree will enter the hellfire,” (Reported by Jaabir and collected by Muslim (Sahih Muslim (English Trans.), vol.3, p.1034,no.4576).)

He (Prophet Muhammad SAW) was confirming the Qur’anic verse revealed to that effect:

Allah's Good Pleasure was on the Believers when they swore Fealty to thee under the Tree: He knew what was in their hearts, and He sent down Tranquillity to them; and He rewarded them with a speedy Victory [48:18]

Similarly, he judged some whom everyone thought were destined to paradise to be among those destined for the hellfire. All such judgements were based on revelation.

Ibn ‘Abbaas said that he was told by ‘Umar ibn al-Khattaab that on the day of (the battle) of Khaybar, some of the Prophet’s companions came and said,“So and so is a martyr and so and so is a martyr,” but when they came to a man about whom they said, “ So and so is a martyr,” Allaah’s messenger declared,“By no means! I have seen him in hell in a cloak which he took (from the spoils) dishonestly.” Allaah’s messenger then said, “Go, Ibn al-Khattaab, and announce among the people three times that only the believers will enter paradise.” [Collected byMuslim. See Sahih Muslim (English Trans.) vol.1, p.65, no.209.]

Untuk anda yang berminat membaca dengan lebih lanjut tentang perkara ini,boleh mendownload PDF di link ini.Tapi,saya bagi amaran.

Amaran untuk kebaikan diri anda.Saya hanya cadangkan anda download jika Bahasa Inggeris anda mantap.Amat mantap maksud saya.

Kerana silap pemahaman,dibimbangi mendatangkan mudarat untuk pemahaman dan diri anda.

Dan,ingat juga,jika ada salah silap tentang perkara ini,sila maklumkan kepada saya.

Saya kongsikan perkara itu kerana maklumat itu ditulis oleh Dr. Abu Ameenah Bilal Philips yang videonya banyak kita boleh tonton di Youtube.

Janganlah kita terlalu mudah berprasangka dan melabel orang lain dengan gelaran-gelaran tertentu.

Carilah Ilmu.

Dan kepada sesiapa dari anda yang sudah membaca PDF itu,dan mahu tahu lebih lanjut mengenai perkara ini,anda boleh hantar e-mail kepada saya.

Saya akan memberikan anda maklumat mengenainya.

Tapi,hanya jika anda mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang mantap.

Saya amat-amat tidak mencadangkan anda membaca PDF itu jika bahasa Inggeris anda so-so sahaja.

Bimbang perkara buruk dan salah faham berlaku.


*** *** ***

Nasihat terakhir saya :

Setelah anda membaca Artikel-Artikel yang panjang sebegini,amatlah rugi jika anda tidak mengamalkan Ilmu yang anda tahu.Ilmu tanpa Amal adalah kerugian.Dan Amal tanpa Ilmu pula dibimbangi menjatuhkan kita kepada Jurang Pembaharuan.

Itu sahaja.Ada salah silap,minta betulkan.Ambil jernih,buang keruh.Saya juga manusia biasa.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Allah SWT Maha Melihat.Ikhlaskan hati.


No comments:

Post a Comment