2.5.11

Santai : Penulisan Random Di Petang Isnin Yang Perlu Diambil Serius.

Prenote : Penulisan Pendapat Peribadi Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya hendak membuat kerja rumah pada petang ini.

Tapi,idea itu seakannya tidak berapa menarik untuk dijayakan dalam suasana Cuti Hari Pekerja yang indah ini.

Jadi,saya tukar plan.

*** *** ***

Pagi ini (atau tengahari,bergantung di mana lokasi anda berada) kita mendapat berita Osama bin Laden meninggal dunia.

Saya secara peribadi merasakan there's a big fish behind this.

Bukan setakat kes ini sahaja,malah War on Terror - juga mendapat reaksi yang sama daripada saya.

Propaganda - bukan perkataan yang dicari - tapi ianya boleh diguna pakai dalam kes ini.

Tapi itu pendapat peribadi.

Jangan percaya bulat-bulat.Atau dalam kata lain,dalam zaman yang serba banyak penipuan ini,jangan mudah percaya dengan sebarang berita tanpa bukti.

Kita kena belajar cari bukti.Cari fakta.

Atau dalam kata lain - jadilah masyarakat yang berilmu yang sukar ditipu oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab.

Kerana kejahilan - membunuh.

*** *** ***

Apa yang kita boleh dapat dari berita ini?

Entah.

Tapi mengikut apa yang saya baca dan lihat,perkara ini hanya membawa kita kepada satu perkara - Islamophobia (atau dalam Bahasa Melayunya salah faham terhadap Islam) yang semakin meningkat.

*** *** ***

Apa sebenarnya Islam?

Itu yang masih ramai dari kita tidak faham.

Dan itu menjadi tanggungjawab kita untuk memahaminya.

Boleh baca sini dan sini.Juga sini.

*** *** ***

Teringat saya kepada sebuah video yang pernah saya tonton tidak lama dahulu.Jadi,saya cuba menontonnya sekali lagi.Yang temanya,berkaitan lebih kurang dengan berita di atas.

Saya jemput anda yang mahu mendapatkan sedikit Ilmu Serius untuk menontonnya di bawah ini.


*** *** ***

Dan saya juga sempat menonton sebuah video sebentar tadi (link).

Jadi,saya mahu Uploadkannya di sini.

Video mengisahkan tentang Mentaliti Masyarakat Islam di Malaysia yang suka merumitkan perkara yang senang (berkenaan Isu Majlis Perkahwinan).

video

*** *** ***

Sebenarnya,tujuan saya berkongsikan semua perkara ini dengan anda hanya untuk membawa kita kepada satu perkara.

Apakah perkara itu?

Atau dalam kata lain apa Isu itu?

Isu itu adalah,

"Weh bro,lu sedar tak sekarang ni kita ni berada dalam keadaan yang banyak Problem.Lu wake up boleh tak?"

*** *** ***

Tadi saya sempat melihat satu laman web.

Laman web blog tempatan.

Di situ ada melaporkan tentang Berita Osama Meninggal Dunia.

Dan di bahagian komen (yang sudah semestinya anak-anak muda Melayu Islam kita yang komen di situ) banyak pergaduhan berlaku.

Pergaduhan untuk apa?

Untuk memenangkan ego syahwat kemarahan masing-masing.Nak tunjuk "Aku lagi hebat dari engkau la Samdol".

Pemandangan yang biasa dilihat dalam Laman Web Anak-Anak Muda Islam kita.Sedih.What A Tragedy.

*** *** ***

Sebenarnya,kita lemah bukan kerana kita bla bla bla bla.

Tapi kerana kita mengabaikan perintah Allah SWT.

Kita tidak mengamalkan Islam yang sebenar.

Op,lek lu bro.

Bila bercakap tentang Islam yang sebenar,bukan "Islam Kepolitikan".

Tapi saya sedang berkata tentang Islam sebenar yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Kita semua (termasuk saya) sering mengabaikan Islam yang sebenar ini.

Kembalilah.Itu sahaja nasihat yang boleh diberi.

Allah SWT Maha Melihat.

*** *** ***

Lelaki - merupakan Pemimpin.Hakikat nyata yang hanya disangkal oleh sesetengah Golongan.

Dan masa depan sesebuah Masyarakat/Generasi/Ummah (whatever - you name it) bergantung kepada generasi muda.

Dan hanya dengan Ilmu kita boleh berjaya.

Dan sumber Ilmu yang utama adalah Al-Quran dan As-Sunnah (atau dalam kata lain Islam sebenar).Bila seseorang itu faham akan Islam,insya-Allah bidang lain senang sahaja dia boleh takluki.

Tapi,

Cuba lihat Generasi Muda kita.

Adakah mereka ada budaya cintakan Ilmu?Apa yang lebih kita (Anak Muda) suka?Hiburan atau Isu Serius?

Cuba juga lihat Anak-Anak Muda Lelaki kita?Di manakah mereka?

Come on,stop this rempit nonsense.

Tak perlu nak tukar nama Rempit kepada Mat Roda Dua.Ianya tidak membantu menyelesaikan sedikit masalah pun.

Kita ada banyak masalah besar di sini.

Para Pemimpin - stop discussing the-sex-tape-nonsense.

Satu sen pun kami rakyat tak dapat.

Kita semua (Umat Islam) kena bersatu.

Tapi,bagaimana hendak bersatu jika Perkara Pokok pun kita tidak fahami?

Ini semua perkara Serius yang perlu difikirkan.

Semua orang perlu memikirkannya.Dan bertindak serta berubah.

Berubah dari diri sendiri dahulu.

To be honest,kalau lihat apa yang sedang melanda Generasi Muda hari ini,saya secara jujurnya tidak dapat membayangkan bagaimanakah Masa Depan kita.

Tapi,insya-Allah,Islam akan menang juga.

I mean,Islam yang sebenar.

Jadi,jika mahu berada bersama pihak yang menang,jadilah Umat Islam Sejati.

Saya tulis santai je petang ni.

Sebab lagi senang.

*** *** ***

Banyakkan masalah yang melanda kita?

Ada sesuatu sebenarnya yang perlu difikirkan kita di sini.

Tiada jalan mudah untuk berjaya.Tiada jalan mudah ke Syurga.

Dan untuk berjaya memerlukan pengorbanan.

Tapi,apa hendak buat - kita terlalu selesa dan tidak mahu berkorban.

*** *** ***

Berubahlah.

Dua cadangan yang saya dapat beri untuk kita semua bagi menghadapi masalah ini :

1) Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Kembalilah kepada Allah SWT.Dan berdoa kepada-Nya.

2) Jangan baca sahaja nombor 1 atas ni,tapi tak buat.Kalau setakat baca,tak gerak ape-ape pon beb.Kita kena tahu dan bertindak.Bukan sekadar tahu.Tapi tak boleh juga bertindak tanpa tahu.Ha,kena pikir dalam-dalam tu.

*** *** ***

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ada salah silap,sila betul dan minta maafkan.Saya juga manusia biasa.Ambil jernih buang keruh.


No comments:

Post a Comment