18.5.11

Siri Ironi Orang Kita 1 : Kerosakan Akhlak Generasi Muda - Salah Siapa?

Prenote : Semoga penulisan ini dapat membawa kebaikan berbanding keburukan kepada Penulis (insya-Allah).Amin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. [35:28]

Semalam (atau dua hari lepas),saya ada membaca satu berita.

Berita tentang seorang lelaki yang meninggal dunia akibat terjatuh semasa cuba melarikan diri daripada Pihak Pencegah Maksiat.

Dan berita ini menjadi lebih jelas kepada saya selepas membaca satu penulisan di link ini.

Saya tidak mahu komen panjang mengenai masalah di atas.

Tapi,saya ada pendapat peribadi mengenai masalah yang melanda masyarakat kita pada hari ini.

Pendapat yang berbentuk teguran.

Teguran bukan bermaksud saya ini tiada cacat cela.Teguran yang diberi bukan bermaksud untuk menghina.Teguran yang diberi bukan teguran kosong.

Sebaliknya,teguran diberi untuk mengingatkan kita semua betapa bermasalahnya kita pada hari ini.Dan betapa perlu kita bermusahabah diri dan melakukan sesuatu untuk memperbetulkan kesilapan ini.

Ingatlah.Setiap dari kita akan mati.Dan setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan dengan segala perbuatan yang kita lakukan di Dunia ini.

Persoalannya,adakah kita bersedia?

*** *** ***

Masalah Sosial Dan Kerosakan Akhlak Masyarakat Serta Isu Remaja

Lahir - Tadika - UPSR - PMR - SPM - Universiti - Kerja Kereta Besar (Audi,Mini Cooper,Mazda) - Duit Simpanan RM 100,000 - Kahwin Kenduri Besar - Dapat Anak - Menjadi Ibu Bapa Dengan Pemikiran Yang Sama Dengan Ibu Bapa Terdahulu - Mati.

Sedih lagi menyedihkan.

Tapi itulah Hakikat Kitaran Hidup kebanyakan kita pada hari ini.

Kita mengatakan kita memberi kebebasan kepada Anak-Anak Muda kita.Tetapi,hakikatnya,Masyarakat kita majoritinya semakin hari semakin mengongkong Anak-Anak mereka.Dan kongkongan oleh Ibu Bapa ini pula kebanyakannya berpunca akibat bimbang dengan Persepsi Jiran Tetangga yang lain.

Yang seterusnya menyaksikan lahirlah satu masyarakat yang hidup berasaskan satu Prinsip yang kita namakan - Paranoia.

Sedih,sangat sedih.

Kita selalu musykil kenapa Golongan Muda pada hari ini suka benor melakukan Seks dan Maksiat Haram.Kita tercari-cari punca masalah ini.Jari kita pantas menuding jari kepada Pihak lain.Tetapi,jarang sekali kita tuding jari kita kepada diri sendiri.

Remaja yang buat Seks Haram - memang salah.Itu memang salah.

Tetapi,bukan itu yang ingin dibincangkan di sini.

Yang ingin dibincangkan di sini adalah kenapa mereka tergamak buat Seks Haram.

Sebelum meneruskan,elok diingatkan,ini penulisan pendapat peribadi.

Remaja - nafsu mereka memang tinggi.Terutamanya Remaja Lelaki.Dalam kepala mereka kebanyakan masanya ketika bersendirian hanya fikir mahukan seks.

Tapi kita tidak membicarakan perkara ini di rumah.Akibatnya Remaja mencari Teman-Teman Sebaya untuk menceritakan masalah ini.

Yang Ironi,walaupun Ibu Bapa tidak menceritakan masalah ini dengan anak mereka (atas alasan kononnya malu),tapi mereka dengan selamba memasang VCD Filem Hindustan yang memberahikan di rumah mereka untuk ditonton bersama anak-anak kecil mereka di rumah.

Kiranya,sejak dari kecil lagi,Anak-Anak Kecil kita - minda mereka telah dikorupsikan dengan Perkara-Perkara Berahi ini.

Salah siapa?

Tapi,perkara yang lebih Ironi adalah apabila Anak-Anak kita sudah Remaja,dan pengetahuan mereka tentang Seks telah banyak,dan mereka ingin berkahwin,kita katakan kepada mereka - "Hang nak kawen awal buat apa gatal meghoyan sangat ni,buat malu Bapak ja,belajar dulu".

Kita mendidik Anak-Anak dengan perkara-perkara Cinta sebegitu sejak mereka kecil lagi,tapi kita juga yang menuduh mereka "Gatal Meghoyan" apabila mereka hendak berkahwin awal,seolah-olah Anak kita itu masih kecil dan sungguh naive.

Ini bukan zaman dahulu.Ini zaman Fitnah berleluasa.

Saya pernah mendengar sendiri dari mulut budak kecil bawah 7 tahun berborak tentang "Comolot".

Anda yang sudah berusia sudah tentu tidak faham tentang Istilah ini,tapi percayalah,jangan pandang mudah perkara ini.Perhatikanlah Anak-Anak Kecil anda dengan cermat sebelum terlambat.

Siapa yang salah?

Tapi,bila Anak itu hendak kahwin awal,kita kata mereka "Gatai".

Sekali lagi,siapa salah?

Jangan menuding jari.

Kepada Anak-Anak - ini bukan bermaksud anda tidak bersalah.Anda bersalah jika anda merosakkan Anak Dara orang lain.Kerana anda sudah dewasa.Anda sudah ada akal.Tapi,itu cerita lain.

Dengan peningkatan penayangan Filem-Filem Korea,Hindustan,Bollywood,Hollywood hatta Porno sekalipun,adakah anda merasakan Anak-Anak kita ini ibarat Malaikat yang tidak akan dipengaruhi langsung dengan Elemen Cinta Bebas ini setelah menontonnya saban hari?

Kita lebih rela melihat Anak kita Bercouple Berpacaran daripada kita melihat Anak kita berkahwin awal.

Kenapa?

"Kerana biarlah Anak kita couple dahulu.Nanti boleh kenduri besor.Boleh tunjuk kat orang kampung Anak aku belajar gaji besor.Kalau kahwin awal nanti Orang Kampung syak bukan-bukan.Biarlah mereka couple dulu.Takpe."

Kita lebih memikir Redha orang kampung,daripada memikir Redha Allah SWT.

Bila Anak-Anak membentangkan Hujah untuk berkahwin,dan disebut Isu Agama,kita akan berkata,"Ha,dah pandai melawan cakap Orang Tua.Kau nak bagi makan ape kat Anak orang nanti?"

Kita berkata sedemikian menyebabkan Anak-Anak kita menjadi seorang yang tidak berani menyuarakan pendapat.

Yang lebih Ironi adalah kerana kita sendiri yang menghantar mereka ke Al-Azhar (sebagai contoh) dengan harapan mendalami Ilmu Islam,tapi bila mereka balik dan mereka cuba mengamalkan Ilmu Islam itu dan mahu berkahwin dengan harapan tidak melakukan maksiat,kita menghalang.

Apakah ini?

Ketahuilah,anda hanya menyeksa Anak-Anak anda.Mereka bukan masih kecil boleh hidup tanpa teman.

Nak-nak lagi kalau mereka ini bekerja di tempat yang banyak Gadis-Gadis yang hot.

Adakah anda merasakan mereka tidak akan terpengaruh dengan ini semua?

Come on.Realistic.

Jika hendak tunggu ada 200,000 RM baru boleh berkahwin,akibatnya ramailah yang tidak berkahwin.Ramailah yang bermaksiat bebas.Ramailah yang membuang anak merata-rata.Ramailah yang diambil dara oleh Jantan Tidak Guna.

Oppppsie.Keadaan di atas Familiar bukan?

Ya.Familiar kerana perkara ini sudah menjadi Realiti.

Dan perkara ini sangatlah menyedihkan kerana majoriti yang dijangkiti AIDS di Malaysia adalah orang Melayu.Dalam kata lain,Majoritinya umat Islam kita.

Bagaimana kita hendak meyakinkan pada orang bukan Islam bahawa Islam adalah cara hidup terbaik jika statistik data (klik sini) menunjukkan realiti berbeza.

Budaya kita (Orang Melayu secara khusus) yang suka menyukarkan dan menyusahkan perkara yang mudah menyebabkan Fenomena Malang ini terjadi.

Sebenarnya jika Anak Muda kita hendak berkahwin,atau menyuarakan niat hendak berkahwin,Ibu Bapa patut bersyukur banyak-banyaklah.

Kenapa?

Yang menyuarakan niat hendak berkahwin dalam kalangan Anak Muda bukannya ramai.

Bila mereka menyuarakan hasrat ini,bermaksud mereka telah sedar akan tanggungjawab.Mereka tahu ini semua salah.Mereka mahu memperbetulkan keadaan.Dan perbuatan ini (menyuarakan hasrat berkahwin kepada Ibu Bapa) memanglah memerlukan keberanian jika Anak anda masih muda.

Ibu Bapa yang mempunyai Anak-Anak seperti begini sepatutnya bersyukur.

Di kala Anak-Anak Muda lain sibuk hanyut dalam dunia hedonisme tanpa arah,Anak-Anak mereka takut berbuat dosa.

Di kala Anak-Anak Muda lain bercinta semata nak tunjuk "aku hensem bai ada awek mantop" dan bertukar-tukar pasangan,Anak-Anak mereka pula tidak mahu bertukar-tukar pasangan,sebaliknya mahu terus serious dalam perhubungan lantas meninggalkan dunia Orang Muda yang mengarut itu.

Adalah satu kerugian bila kita menolak hajat Anak kita semata-mata kerana mahu Kenduri besar.

Nabi Muhammad SAW bersabda; "Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,[Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad].

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali r.a., “Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadirnya, wanita bujang apabila telah ditemui kufunya.” [http://hadith.al-islam.com, Riwayat Tirmizi (156), hassan gharib. Imam sayuthi berpendapat hadith ini hassan. Albani berpendapat hadits ini daif.]

Kita kena sedar,Anak-Anak Muda hari ini berdepan cabaran yang besar.Ini bukannya zaman seperti zaman dahulu di mana hiburan hanya boleh didapati daripada kaca TV.

Ini Zaman Internet.Fitnahnya berleluasa.

Itu (di atas ini) kisah bagi Ibu Bapa.

Bagaimana pula dengan Anak Muda?

Ya.Anak Muda.

Kadang-kadang keadaannya terbalik pula.Ibu Bapa mahu mengahwinkan Anak-Anak mereka pada Usia Muda,tapi mereka bimbang melihat keadaan Anak Muda mereka.

Anak-Anak Muda yang tahu hendak bercinta,tapi setakat itu sahaja mereka tahu.Mereka hanya tahu bercinta dan bercinta dan bercinta.Terus bercinta memuaskan nafsu sehingga akhirnya terlanjur.

Jadi,di sini jika kita lihat secara keseluruhan,ada dua Pihak yang patut diperbetulkan dalam menangani masalah Kerosakan Akhlak Masyarakat kita ini.

Yang pertama,Majoriti Masyarakat secara umumnya dan Ibu Bapa itu sendiri.

Jika Anak mahu berkahwin,permudahkanlah.Dan,berilah nasihat yang berguna.Dan jika tidak mahu Anak-Anak "gatai rosak",kita sendiri di rumah perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.Ini tidak.Kita tidak mahu Anak-Anak hisap rokok,tapi kita bantai hisap satu baldi rokok sehari.Siapa salah?

Yang kedua,Anak-Anak.Carilah Ilmu.Jangan jadi Manusia yang tidak berilmu.Sementara masih muda inilah kita hendak membentuk diri kita.Istilah "berhibur masa muda" hanya wujud bagi orang yang berfikiran singkat.Kita mesti ubah sentimen itu.

Dan jika mahukan Anak Dara orang,pastikan anda mahukan Anak Dara orang itu bukan semata-mata kerana nafsu.Fikirlah jauh.Dan kalau hendak berkahwin,betulkan niat kerana Allah SWT.Tunjukkan akhlak yang baik di depan Ibu Bapa anda.Barulah mereka konfiden beb.


Itu antara pendapat peribadi saya dalam kes kerosakan akhlak dalam masyarakat kitalah.

Saya tulis ini bukan hendak menghina sesiapa.Just pandangan seorang Anak Muda.

Apa guna kita melaungkan Slogan "Belia Mesti Berani Suarakan Pandangan",tapi bila ada Anak Muda menulis tentang perkara-perkara sebegini,anda berkata,"Dah berani lawan orang tua?".


Sebenarnya saya hendak sambung lagi bagi Isu lain.Tapi oleh kerana penulisan ini sudah terlalu panjang,saya akan buat sambungan untuk penulisan ini sedikit masa kelak.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. [24:32]

Itu sahaja untuk kali ini.

Betulkan salah silap yang ada.Maaf jika ada terkasar bahasa.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kita hidup ini sekejap sahaja.Carilah Redha Allah SWT.Bukannya fikir apa orang lain fikir tentang kita.Manusia ini sikap mereka - tidak akan berpuas hati dengan kita.Buat baik,salah.Buat buruk,kena caci.So,jangan fikir cakap orang sangat.Kay?Biarkan mereka.Dan maafkan sahaja mereka dengan sangka buruk mereka.Dan kita sendiri - jangan suka bersangka buruk.

P/P/S : Kalau ada orang hendak melaksanakan suruhan Allah SWT,kita sebagai orang yang beriman sama-samalah membantu.Jangan sesekali melemahkan semangat orang yang hendak berubah.

P/P/P/S : Hidup bukan sekadar untuk tunjuk orang.Apa guna bermewah-mewah semata hendak tunjuk orang lain,tapi hati kita tidak gembira.Baik guna duit yang ada untuk bantu orang susah,bantu Ibu Bapa kita etc.Kan?

P/P/P/P/S : Saya?On the way.Haha.Amin.



3 comments:

  1. may your wish come true, whoever it is

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah satu kupasan yang sangat menarik. sebahagian dari isi artikel saudara lebih kurang dengan apa yang diperkatakan pensyarah saya ketika dia menyakinkan semua anak muridnya supaya jangan takut untuk berkahwin awal. yup and he really change my perception about it.

    generasi masyarakat melayu kita pada masa dahulu, kebanyakkannya berkahwin berkahwin pada berkahwin pada usia yang masih muda. masalah sosial dapat di atasi walaupun mungkin bukan 100%. itu pendapat arwah nenek saya. ada betulnya....

    berkahwin pada usia muda itu satu hal, tapi adakah anak muda pada hari ini sudah dididik dengan asas pengurusan rumah tangga? bagaimana mahu jadi seorang suami dan ayah? bagaimana mahu jadi seorang isteri dan ibu? realiti hari ini, masih ramai yang belum matang untuk berumah tangga.
    P/S:maaf saudara ter'panjang' pula komen nya

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum semua.

    terima kasih
    tak kisah pon komen panjang2.
    sebab point yang anda tulis tu saya tak tulis di atas.

    tapi memang betul.
    kiranya kita bukan masalah setakat akhlak sahaja,tapi sebaliknya masalah berdikari2 etc2 ,masalah adat dan laen2 .

    ini kita boleh nampak kalau kita lihat betul2.

    tapi perkara ini sebenarnya ada penyelesaiannya.

    apakah penyelesaian itu?

    islam.

    ya.

    islam ada kunci.

    bukan islam 'politik''

    sebaliknya islam betul yang lengkap untuk semua manusia.

    wallahualam.

    assalamualaikum

    ReplyDelete