21.5.11

Siri Ironi Orang Kita 2 : Gadis,Jejaka Dan Kunci Perubahan (Sungguh Kita Dalam Kerugian).

Perhatian : Penulisan Explicit.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

gadis
lawamu bukan kerana tubuhmu
jelitamu bukan kerana rambutmu
cantikmu bukan kerana bibir muncungmu
bukan itu yang menjadi tarikan kepadamu
yup
tidak dinafikan
itu adalah bonus
blink-blink
mata lelaki mana yang tidak memandang
tapi pandangan hanya pandangan
pandangan yang hanya bersifatkan nafsu semata
pandangan yang penuh dengan propaganda
propaganda untuk merosakkan
tidak lebih daripada itu
ketahuilah
sukar mencari lelaki yang baik
adalah kerana kamu tidak berusaha merubah dirimu dahulu
jika kita tidak baik
bagaimana hendak mengharapkan yang baik
baik - luas definisinya
bukan semata hanya berkopiah atau berserban sahaja yang baik
kemungkinan yang memakai tee hitam kasabian itu
lebih baik dari yang berserban
tapi untuk mendapat yang baik itu
kenalah diri menjadi baik dahulu
menjadi baik - bukan retorik kosong
ianya memerlukan usaha
kau menayangkan dirimu di dada internet
tanpa segan silu
berposing sana sini
ada dua persoalan
soalannya begini
pertama - tahukah engkau berjuta mata sedang mengintip?
kedua - tidakkah kau kasihan akan bakal suamimu?
wanita,wanita
janganlah kau sia-siakan kecantikan
untuk sesuatu yang merugikan
ketahuilah engkau
yang membuatkan engkau lawa
yang sebenar-benarnya
adalah kerana
akhlakmu
imanmu
peribadimu
bukan kerana fizikalmu
fizikal itu bonus sahaja
tapi tidak lama
apa guna fizikal lawa
jika hati tidak tenang
berubahlah
lelaki dan jantan tidak sama
wanita dan betina juga tidak sama
jadilah seorang wanita
jika ingin mencari seorang lelaki

jejaka
apa khabar?
umurmu sudah tua
tapi kau masih merasakan kau masih muda
bergembira bergelak ketawa tidak henti-henti
bila engkau bersama rakan-rakanmu
engkau menggelarkan wanita sebagai chick
engkau hendak score mereka
di manakah adabmu
tidak marahkah engkau
jika ada seseorang
datang kepadamu
dan mengatakan perkara sebegitu
tentang ibu dan adik beradikmu
lelaki
hebatnya engkau bukan dengan baju ketat
hebatnya engkau bukan dengan lengan padat
ya
itu juga bonus bagimu
tapi lelaki itu tugasnya yang sebenar
adalah menjadi pemimpin
tapi bagaimana hendak menjadi pemimpin
jika otakmu sendat
kata-katamu kesat
bagaimana engkau hendak menjaga keluargamu
jika dirimu tidak terjaga
di manakah rasa tanggungjawabmu
bila beramai
engkau bising
tapi bila berseorangan
bila dipanggil menegak kebenaran
bila dipanggil mengalas tanggungjawab
engkau mengecut
yang lebih mengecewakan
kerana engkau bertolak-tolakan untuk menjadi imam
disuruh cari ilmu engkau malas
disuruh berdikari tidak mahu
yang engkau tahu hanya duduk berangan-angan kosong
dalam masa sama impikan wanita solehah
apakah wanita solehah itu wujud bagimu
dalam keadaan dirimu begitu
tidakkah engkau malu dengan dirimu
saban hari duduk di tepi jalan
membunuh masa
ketika orang lain menjalani hidup sebenar
apakah rakan-rakanmu itu dapat membelamu
di Hari yang Pasti itu
tidak
tidak sesekali
berubahlah
carilah sahabat yang boleh membimbing
bukan kawan yang sekadar bergelak ketawa
kuatnya seorang lelaki bukan kerana fizikalnya semata
sebaliknya kerana jiwa dan pendiriannya yang kuat
semangatnya yang tinggi
mindanya yang bersih
contohilah Baginda SAW
dan ingatlah
Allah SWT Maha Mengetahui
Dia Maha Melihat
Dia Maha Penerima Taubat
gadis-gadis itu bukan hak engkau untuk kau rosakkannya
apakah engkau tidak kasihankan bakal isterimu kelak?
apakah engkau rasa terlalu macho berwiwit kepada gadis sebegitu?
hormatilah mereka
jika mahukan mereka
jumpa Bapa mereka
"ala takutla bapak dia tak suka"
pastilah tidak suka kepadamu
jika engkau datang "kosong"
bukan kosong duit
sebaliknya peribadimu yang kosong
hendak something mesti ada effort
tiada effort
sorry tak dapat
ingatlah
jika kita berbadan besar
Alhamdulillah
tapi
janganlah otaknya kecil pula
berubahlah

manusia
kita katakan kita hendak keamanan
kita katakan kita hendak perubahan
kita katakan kita hendak keredhaan-Nya
tapi apakah semua itu boleh dikecapi
jika kita sendiri masih di takuk lama
ketahuilah
kejayaan tidak akan datang
kepada orang yang tidak mahu mencarinya

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103:1-3]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tiada guna membaca,jika bacaan hanya sekadar bacaan.


3 comments:

  1. "jadilah seorang wanita
    jika ingin mencari seorang lelaki"

    thanks for the reminder.

    ReplyDelete
  2. menjadi bukanlah mencari..nk mntak share?

    ReplyDelete
  3. sila2.
    doakan kebaikan untuk yang menulis,yang berkongsi dan yang membaca.
    semoga Allah Merahmati kita semua.
    Amin.

    ReplyDelete