21.5.11

Siri Ironi Orang Kita 3 : Menghadapi Persepsi Manusia Lain Dalam Proses Perubahan (Janganlah Kita Berputus Asa,Kerana Kelak Putus Asa Itu Hanya Membawa Binasa).

Perhatian : Penulisan ini ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri.Dan ditujukan khas untuk Golongan Muda dan Remaja yang mahu berubah.Nasihat saya - Jangan Pernah Putus Asa.Baca sampai habis,kayh?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Sebelum apa-apa,mari tonton video ini dahulu.


Untuk penulisan kali ini,saya ingin menulis santai.Santai yang mungkin bersifat peribadi.Tapi diceritakan peribadi bukan untuk mencari simpati,atau populariti.Sebaliknya diceritakan peribadi itu supaya menjadi peringatan kepada diri sendiri,dan anda yang lain boleh ambil pengajaran daripadanya.Insya-Allah.

Sekarang Musim Peperiksaan.

2 sudah habis,atau dalam kata lain,sudah lulus (Alhamdulillah).Sangat bersyukur.8 lagi on the way.Ho yeah.Bring it on.Way to go bebeh.

Coursework pula,bertimbun untuk diselesaikan.Jadi,secara logiknya,kepala saya sedang berserabut.

Tapi bukan itu yang menjadi masalah paling besar buat saya sekarang ini.Itu simple sahaja.I can handle it,insya-Allah.Orang Muda cakap,"Boleh Makan".Cuma mungkin ada yang sangkut ke repeat ke ape ke.Haha.Tapi,takpe jangan risau.

Dengan doa dan usaha,insya-Allah boleh.


Yang menjadi masalah paling besar buat saya pada masa ini adalah kerana saya merasakan seperti ada sesuatu yang kosong sejak akhir-akhir ini.

Saya merasakan ada sesuatu yang hilang.

Hilang kerana apa?

Kerana saya semakin hari semakin leka.Leka dalam perubahan.Semakin longgar dengan disiplin.

Diingatkan,sebelum anda berfikir bukan-bukan,elok dinyatakan bahawa saya menulis penulisan ini bukan untuk membuka aib,mencari simpati whatsoever.Sebaliknya,saya menulis untuk memperingatkan diri sendiri yang sedang terleka.

*** *** ***

Ramai Orang Yang Inginkan Perubahan,Tetapi Tidak Ramai Yang Sanggup Untuk Berubah.Janganlah Begitu.Berubahlah,Kerana Allah Itu Maha Penerima Taubat.

Di atas ini merupakan Tajuk salah satu Penulisan saya sedikit masa dahulu.

Ya.

Ramai daripada kita yang ingin berubah.

Tapi,berapa ramai yang sanggup untuk berubah?

Ketahuilah,perubahan itu memerlukan usaha yang perit,mental yang kukuh,hati yang cekal serta doa yang teguh.Impian untuk berubah sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu betul-betul berubah.

*** *** ***

Saya,sama seperti anda yang lain,dalam Proses Perubahan,dan berdoa supaya tetap berada dalam Proses ini sehingga saya meninggal dunia,insya-Allah.

Saya tidak sempurna,tapi saya cuba mencontohi peribadi yang sempurna (Peribadi Rasulullah SAW).Kerana itu satu tanggungjawab bagi kita Umat Islam.

Banyak waktu yang menyaksikan saya tumpas dalam Proses ini.Ditambah lagi berada di Negara Soviet yang Majoriti Penduduknya berfahaman Atheist.

Ini semua amat mencabar.

Tapi,saya yakin,Allah SWT tidak akan memberati seseorang dengan sesuatu melainkan apa yang termampu oleh manusia itu. [Link]

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". [2:286]

Ini semua satu Ujian untuk saya.

Saya tidak boleh berputus asa.

*** *** ***

Beady Eye akan datang ke Moscow dalam tempoh terdekat ini.

Anda kenal siapa Beady Eye?

Tidak kenal,tidak mengapa.Jangan Google.Tidak berfaedah.

Antara masalah paling besar yang saya hadapi sepanjang tempoh perubahan adalah - muzik dan wanita.

Saya rasa saya tidak perlu huraikan lebih lanjut apabila saya mengatakan 'wanita' menjadi salah satu faktor yang melemahkan proses perubahan saya.

Ambil contoh mudah - sekarang musim panas.Ini merupakan cabaran yang besar bagi saya.Musim panas di sini - memang mencabar minda bagi seorang lelaki.Anda boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.

Tapi,tentang muzik perlu dihuraikan dengan lebih lanjut.

Saya amat menyukai muzik.Amat.Boleh dikatakan,saya ini orang seni.Haha.

Dan di sini,banyak band-band yang asing di Malaysia yang saya dahulunya mendengar lagu-lagu mereka datang untuk membuat konsert.

Saya sememangnya tidak mahu pergi.Dan memang tidak pergi pun.Tapi the feeling.Ergh.

Ianya sangat mencabar.

You know what I mean?

Beady Eye,Muse,Black Rebel Motorcycle Club,The Kooks,30 Seconds To Mars,Pete Doherty,The Prodigy bla bla bla.

Mereka semua ada datang ke Moscow dalam tempoh dua tahun ini.

Semua band rare lah senang cakap.Dan dahulu saya dengar lagu mereka.Bila saya cakap saya dengar,bukan dengar setakat satu lagu.Sebaliknya,saya dengar album-album mereka.

Obses kan?Kalau anda perhatikan,itulah salah satu keburukan muzik.Jadi,kepada Adik-Adik kat luar sana yang baru nak up,yang masih muda,saya nasihatkan,tak payahlah dengar muzik.Bahaya.Nanti dah kalau dalam otak asyik berkumandang lagu ciptaan manusia je,bila masa nak ingat berzikir?Bila masa nak ingat dosa-dosa sendiri?Bila masa nak ingat Allah SWT?

Sambung cerita saya balik.

Perasaan saya bila melihat Poster-Poster sebegitu - sangat-sangat mencabar minda betullah.

Seperti seorang Penagih Dadah yang baru pulih dari ketagihan,terjumpa rakan-rakan lama yang masih mengambil dadah,keadaan itu pasti mencabar bagi mereka.

Di sinilah pentingnya kekuatan Iman dan Mental.

Kekuatan untuk melawan Ujian ini.

Ini semua satu Ujian.

Ditambah pula bila melihat mereka yang tidak tahu apa-apa tentang Muzik,tapi menjadi Poseur.Kemudian memandang rendah pada orang pula.

Ergh.Memang mencabar.

Haha.

Saya tulis ni ada sebab sebenarnya.Baca dahulu.


*** *** ***

Tamat kisah saya.

You see,sebenarnya keadaan yang saya hadapi di atas ini sangat-sangat familiar dengan anda-anda yang lain yang ikhlas betul-betul mahukan perubahan.

Ada masa anda seperti lemah dalam perubahan.Bukan kerana apa,tapi kerana persekitaran.

Kalau anda wanita,sebagai contoh anda seorang yang boleh dikatakan sebagai hot stuff juga satu masa dahulu.Anda tidak pakai tudung dahulunya,free hair etc.

Tapi,dengan izin Allah,Alhamdulillah,Dia telah memberikan anda petunjuk-Nya.

So,anda terbuka hati untuk berubah.

Kini anda pakai tudung.

Anda mula bergaul dengan sahabat-sahabat yang membimbing anda ke jalan-Nya.

Anda mula dengan momentum yang tinggi.Sehingga lupa dengan hidup lama anda.Anda kini sudah bertudung labuh Alhamdulillah.

Masa berlalu.

Gedebuk - muncul seorang member anda yang lama yang dahulunya rapat dengan anda dan yang tidak berapa lawa dahulunya,tapi kini bajet hot.

Terselisih dengan anda di bandar.

"Eh you!",sapa anda kepada mereka.

"Eh awak ni sape?",jawab mereka kepada anda sambil menjeling dengan pandangan menghina kepada anda yang bertudung.

"I la.Kawan you",jawab anda.

Ada dua kemungkinan jawapan daripada mereka kepada anda selepas ini.Tapi kedua-duanya bakal mematahkan hati anda.

Jawapan pertama,

"Eh ape dah jadi dengan you ni!Kenapa pakai macam ni?Bukaklah!" - jawapan ini diberikan mereka kepada anda kerana terkejut kerana anda memakai tutup aurat.Tidak seperti dahulu.

Jawapan kedua,

"Eh ye ke?Saya tak kenal awak.Maaf" dan berlalu pergi meninggalkan anda - jawapan ini diberikan mereka kerana malu hendak mengaku yang anda ini kawan mereka di hadapan rakan-rakan enjoice baru mereka yang 'urban'.

Kejam bukan jawapan mereka?

Baca dahulu.

So,kat sini,ada dua potensi berlaku kepada anda.

Samada anda berpatah balik kepada jalan yang lama (akibat tidak tahan dengan mulut orang),atau,anda semakin teguh dengan jalan yang benar.

Memang tidak dinafikan anda akan sedih.

Tapi anda perlu buat pilihan.

Keadaan di atas tentu familiar bukan dengan anda yang dalam proses perubahan?Kalau laki pula contoh lain la.Anda boleh relate sendiri.

Itulah harga perubahan yang perlu dibayar oleh orang yang ingin berubah.

Itulah juga harga yang perlu dibayar anda jika hendak mencapai kebahagiaan hidup di Akhirat kelak dalam usaha mencari redha-Nya.

Dan situasi di atas tadi namanya - Persepsi Manusia Lain Yang Sentiasa Tidak Berpuas Hati Dengan Kita.

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) – Hadis Riwayat Muslim

Cuba renung serenung-renungnya Hadis di atas.

Dan jika anda sedang dalam Proses Perubahan,dan anda mempunyai kawan seperti di atas,jangan risau jika mereka meninggalkan anda semasa anda hendak berubah.

Jangan risau hilang kawan dalam mencari redha Allah SWT.Insya-Allah jika anda ikhlas,Allah SWT akan mengurniakan anda dengan sahabat yang lebih baik dari mereka sedikit masa lagi.

Ketahuilah bahawa Allah SWT Maha Mengetahui setiap yang berlaku di langit dan di bumi.

Berdoalah kepada-Nya memohon kekuatan.

Manusia - mereka memang tidak akan berpuas hati dengan kita.Buat betul,salah.Buat salah,kena maki.

So,kita pilih,nak redha manusia,atau redha Allah SWT?

Kita kena ingat,hidup ini tidak lama.

Kita semua manusia ada masa yang sedikit sahaja di dunia ini.Di Akhirat nanti,hala tuju kita bergantung dengan apa yang kita lakukan semasa hidup di dunia ini.

Dan semua perkara yang kita lakukan,tidak kira sekecil mana sekalipun ianya,pasti dihitung.

Astaghfirullahalazim.

Kepada anda yang sedang dalam Proses Perubahan dan sering bersedih dengan kata-kata orang lain - ada satu nasihat kepada anda - Jangan Bersedih,Allah SWT bersama kita.

Betulkan kembali niat kita untuk berubah.

Kita berubah kerana hendak cari redha Allah SWT,atau hendakkan kekaguman orang?Atau hendak orang respek?Atau hendak dapat something dari dunia ini?

Astaghfirullahalazim.

Mari kita sama-sama betulkan niat.

Kita kena ingat,ada lagi satu jenis manusia yang pasti kita semua tidak mahu menjadi golongan ini.

Apakah golongan itu?

Golongan Munafik yang memalsukan keimanannya untuk kepentingan dunia.

Atau dalam kata lain - Hipokrit.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhkan dari penyakit hati ini.

Astaghfirullahalazim.

*** *** ***

Kesimpulan bagi Penulisan ini?

Janganlah berputus asa dalam Proses Perubahan.Jika rasa iman sudah low,lakukan sesuatu untuk menaikkan kembali Iman itu.Bermohonlah kepada Allah SWT.Berdampinglah dengan orang yang boleh menaikkan kembali Iman anda,bukannya berdamping dengan orang yang membawa anda kepada perkara yang sia-sia.

Dan jangan fikirkan kata-kata mulut jahat orang lain.

Itu semua satu Ujian untuk kita semua.

Jangan kerana tergila-gilakan nikmat dunia yang sebentar ini,kita kecundang dalam perjalanan yang panjang ini.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
[23:1-11]

Saya menulis ini sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Sekarang sudah rasa bersemangat dan insaf kembali.

Hehe.Itu pasal saya suka menulis.That feeling.Sebab saya kat sini susah nak carik orang yang boleh ingatkan diri saya.Masing-masing ada hal sendiri.Salah satu kelemahan Sistem Manusia.

Sama juga dengan anda,anda wajib untuk bermuhasabah diri sendiri jika mendapati anda berada dalam state of lalainess or laghaness,whatever you call it.

Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mengingatkan orang lain.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [3:104]

Biarlah mereka tidak mengingatkan kita.Mereka mungkin terlupa.Itu sebab kita kena mengingatkan diri sendiri dan juga mereka.

Yang penting,niat ikhlas.Dan jika kita ditegur pula,terimalah teguran itu dengan hati terbuka.Jangan ego sangat bro.

Buatlah sesuatu itu untuk mencari keredhaan Allah SWT semata,bukan untuk mencari nama dan pujian orang.Tau tu?Bahaya tau riak-riak ni.Penghapus amal.Tak percaya?Googlelah.Atau tanyakan kepada yang pakar.

*** *** ***

Jika direnung kembali,kita boleh simpulkan bahawa menjadi seorang Muslim Sejati bermakna akan menjadikan hidup kita amat-amat padat dan produktif.

Kerana kita mahukan Akhirat,dan dalam masa sama kita ada tanggungjawab di dunia.

Kita kena bekerja keras di dunia ini untuk kebahagiaan di Akhirat.

Memanglah ianya satu perkara yang memenatkan.

Kerana Dunia ini sememangnya tempat bekerja.Rehatnya di mana?Di Akhirat sana,di Syurga,Insya-Allah.

*** *** ***

Itu sahaja daripada saya untuk kali ini.

Maaf bahasa Caca-Marba.Mood exam.Biasalah.


Sesungguhnya Penulisan ini ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Ambil jernih,buang keruh.

Jika ada salah silap,sila tegur dan betulkan kesilapan itu,serta mohon dimaafkan kesilapan itu.

Saya juga manusia biasa.

Semoga Allah SWT meredhai usaha perubahan kita semua.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Semoga kekal ikhlas kerana-Nya.Amin.

P/P/S : Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman.Begitu juga kedua Ibu Bapa kita,keluarga kita,dan rakan-rakan kita.Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada orang-orang yang mencari kebenaran.Insya-Allah.Amin.

P/P/P/S : Alhamdulillah.



5 comments:

  1. Pergh. Band sume nak yang mantap je kan >.<
    Ujian.. Nasib baik kat Moscow.

    Selamat Menghadapi Exam.
    Keep up the momentum! :)

    I learnt a lot from your writings, alhamdulillah.
    Thanks.

    ReplyDelete
  2. sedihnye video kat ats tu ='(

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan dari Copenhagen.
    TQ for a good post dan berinfo. Semoga semua mendapat manafaat

    ReplyDelete
  4. muzik2 ciptaan dajjal ... janganlah mudah terikut..tiap baris kata dan irama lagu2 Dajjal semuanya mengikut rentak kata hati seorang yang kosong imannya inginkan pengisisan rohaniah...namun diisi dengan pengisian jin dan syaitan....

    Maka ramailah pengikut2 Dajjal....yang berduyun pergi ke konsert...yang dipagari oleh jin kafir supaya manusia terus lalai...lalai dari keinsafan dan mengingati mati...

    Muzik itu indah....ciptaan Ilahi...hayatilah kenikmatannya dengan sentiasa mengingati Pencipta...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    terima kasih atas penulisan di atas..
    dpt menyedarkan kembali diri sy yg semakin leka dan lalai..dgn tujuan sebenar penghijrahan..

    ReplyDelete