27.5.11

Siri Refleksi Diri 1 : Mari Mulakan Kembali (Seperti Permulaan-Permulaan Yang Pernah Kita Lakukan Dahulu).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


Saya sebenarnya sedang membuat kerja rumah ketika saya menonton video di atas ini.

Video di atas ini,sangat-sangat bermakna buat saya.Saya tersentuh apabila mendengar kisah Saudara Sham Kamikaze.

Kenapa?

Kerana kisahnya lebih kurang dengan saya,cuma mungkin saya bukan seorang ternama seperti Beliau.

Tapi,itu semua tidak penting.

Yang penting,bagaimana kedudukan kita di sisi Allah SWT.

Selagi ada kesempatan,berubahlah.

Dan ya,nasihat saya kepada semua umat Islam (termasuk diri saya sendiri),

Kalau hendak Berita,jangan baca Sumber yang Penulisnya menulis menggunakan Emosi.Kalau hendak Ilmu,rujuk dari Sumber Sahih.Kurangkan fitnah.Kurangkan kata-kata busuk.Banyakkan tindakan.Kerana kata-kata busuk kita tidak membantu dalam mengurangkan Masalah Umat Islam pada hari ini.Allah SWT Maha Melihat.Gunakanlah akal dan kemudahan yang dikurniakan kepada kita oleh-Nya sebaik mungkin.Kita pada hari ini amat banyak masalah.Puncanya?Pada pendapat peribadi saya kerana kita meninggalkan Agama Allah SWT.Kita terlalu mudah berkompromi dalam Hal Ehwal Islam.Berubahlah.Carilah Ilmu.Jangan asyik buang masa hentam orang lain sehingga lupa tentang Amalan dan Dosa diri sendiri.Faham?

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. [7:34]

Oleh kerana Hari sudah lewat malam,dan esok saya ada Ujian,jadi kita sambung esok sahajalah.

Okay?

Doakan urusan saya dipermudahkan.Amin.

Doakan kita semua diberikan petunjuk kepada jalan kebenaran oleh Allah SWT,dan dimatikan dalam keadaan beriman.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jangan bersangka buruk dengan orang yang baru ingin berubah.Entah-entah mereka lebih mulia daripada kita.Siapa tahu?Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.


3 comments:

  1. Semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Umar

    Semoga dipermudahkan dalam segala urusan.. Allahumma Amiin

    ReplyDelete