29.5.11

Siri Refleksi Diri 2 : Astaghfirullah,Ampunkanlah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebenarnya tujuan saya menulis Siri Refleksi Diri ini adalah khas ditujukan kepada diri saya semata.Sesuai dengan tajuk penulisan ini,tujuannya adalah supaya saya merefleksikan kembali diri saya pada waktu sekarang ini.

Sedih dan kecewa - itulah perasaan saya bila melihat kembali tahap diri saya dalam tempoh beberapa hari ini.

Astaghfirullah.Astaghfirullah.

Orang mungkin melihat saya sebagai seorang yang baik (atau mungkin juga tidak),tetapi hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui siapa sebenarnya saya pada masa ini.

Astaghfirullah.

Sebenarnya saya ingin mengulas tentang video Sham Kamikaze dalam Siri Refleksi 1 sebelum ini,tapi atas beberapa sebab peribadi,niat saya terbantut.

Astaghfirullah.

Saya rasa itu sahaja untuk kali ini.

Nasihat saya kepada diri sendiri dan anda semua yang membaca,beristighfarlah semasa ada masa lapang.Dan berubahlah sementara masih ada masa.

Renungkan sedalam-dalamnya,adakah kita sudah bersedia?

Bersedia untuk apa?Tanya diri anda.

Astaghfirullah.

Ya Allah,bantulah kami.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan saya.Amin.


1 comment: