3.6.11

Abdullah's Diary : Islam - The Misunderstood Religion (Penerbitan Animasi Sulung Dari Pena Maya/Mencari Motivasi Yang Hilang).

Prenote : Artikel Mesti Baca.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sekarang Waktu Tempatan Bandaraya Soviet ini adalah 6.49 Petang.

Saya sebenarnya bercadang hendak menulis pendek sahaja untuk penulisan ini.Tujuan asal hanya untuk mengongsikan video terbaru Penerbitan Pena Maya yang diterbitkan malam semalam.

Dan saya ingat,pada malam ini baru saya hendak kembali menulis secara prolifik.Kerana sudah lama tidak menulis penulisan berat.

Sedangkan tujuan saya menulis di Pena Maya ini sememangnya untuk menulis Penulisan berat yang bermanfaat,dengan harapan supaya dapat dijadikan peringatan oleh saya dan Para Pembaca.

Ini kerana sejak beberapa tempoh ini,Penulisan saya semakin ringan,sekaligus kurang membawa manfaat kepada diri saya.

Jadi kiranya,mengikut rancangan asal,saya hendak tulis dua Penulisan pada hari ini.

Tapi,hendak dijadikan cerita,dengan izin Allah Alhamdulillah,macam banyak pula idea muncul.

Jadi,saya akan menulis dengan panjang untuk Penulisan ini.

Tapi,secara santai lagi random.

Insya-Allah.

Semoga dipermudahkan urusan.Amin.


*** *** ***



Islam: The Misunderstood Religion

Download Free English Translation Of Quran Here : http://bit.ly/jaa14f

Check this site out : http://quranproject.org/portal/

Pena Maya Production : http://baikiminda.blogspot.com/

Di atas ini merupakan Video Penerbitan Terbaru keluaran Pena Maya yang bertajuk - Abdullah's Diary : Islam - The Misunderstood Religion.

Sengaja saya gunakan Bahasa Inggeris sebagai Medium Pengantaraan dalam Video ini.Supaya audiensnya lebih besar.

Sebenarnya,saya hanya hendak membuat satu video kartun tunggal semata,yakni tiada sambungan.Ini kerana saya baru pertama kali menggunakan software untuk membuat animasi ini.

Tapi,itulah orang kata,kalau kita betul-betul hendak buat suatu kerja dan ikhlaskan hati kita kerana Allah SWT,insya-Allah Allah SWT akan mempermudahkan urusan kita dan memberi lebih banyak idea dan jalan kepada kita.

Maka,ketika proses penerbitan kartun di atas hampir hendak siap,tiba-tiba saya mengubah konsepnya.Jadi,selepas ini,insya-Allah akan ada Abdullah's Diary yang kedua,ketiga dan mungkin ke-seratus.

Siapa tahu?Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.Kita berusaha sahajalah.Yang penting ikhlas.Bukan hendak dapat view 1000,100000 atau 10 Bilion dan bukan juga sebab hendak Populariti atau Duit.

Ini kerana,saya lihat,dalam usaha menyebarkan Islam dalam Arus Media Internet ini,Riak boleh menjadi Bencana nombor satu kepada Umat Islam yang pada mulanya ikhlas,kemudian akibat tidak dapat mengawal diri,niatnya bertukar.Dan pada akhirnya,usahanya dilakukan bukan lagi kerana Allah SWT,sebaliknya untuk kepuasan Para Pembacanya.Dan juga untuk mencari Populariti.

Jadi,persoalan timbul,adakah usahanya masih ikhlas?Sedangkan kita tahu,Riak itu Penghapus Amal.

Ha,ini kita kena tengok dan teliti betul-betul ya wahai manusia yang guna Internet sebagai Medium Sebar Islam.

Tapi ini juga bukan bermaksud kita kena slow down tidak berdakwah semata-mata takut orang cakap kita riak (Link).

Yang penting kita kena sentiasa betulkan niat.Niatkan sentiasa perbuatan kita kerana Allah SWT,untuk mencari keredhaan-Nya.

Ini kerana,pujian yang melambung oleh orang ramai kadangkala boleh mencemarkan keikhlasan seseorang.

*** *** ***

Kita pada hari ini ramai.Amat ramai.Dalam sebuah Hadis Nabi Muhammad SAW,telah diceritakan bahawa Umat Islam Akhir Zaman akan terdiri daripada manusia yang ramai,tetapi lemah.

Dan saya juga ada menulis tentang perkara ini dalam Siri Berjuta Tapi tidak lama dahulu.

Tapi,kenapa kita lemah?

Kekayaan? Checked.

Kekuatan? Checked.

Ilmu? Checked juga.

Etc etc? Checked.


Semuanya kita ada.Tapi,kenapa?

Yang sebenarnya,kita lemah kerana kurangnya Iman.Perjuangan kita bukan lagi berlandaskan dasar Iman kepada Allah SWT,Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Kita berjuang lebih kepada kepentingan dunia.Untuk kepentingan Nasionalis,untuk menang Pilihan Raya etc.Ini pandangan peribadi.Jangan benci jika tidak suka.Haha.Tapi,anda boleh baca buku Islamic Renaissance - Real Task Ahead untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.Buku yang amat menarik.

Dan ada lagi satu faktor mengapa kita lemah pada hari ini.

Faktor yang saya gelarkan "Motivasi Yang Hilang/Wabak Kemalasan" dalam kalangan Umat Islam.

Saya tidak mahu menyalahkan Golongan Pendakwah semata akibat Program Dakwah yang tidak berjalan kencang.

Sebaliknya,saya merasakan tanggungjawab Dakwah itu adalah tanggungjawab semua orang.Semua Umat Islam.

Salah kita pada hari ini adalah kerana kita menyempitkan Definisi Dakwah itu.Kita merasakan Dakwah itu adalah satu benda yang Formal yang perlu dilakukan dalam Majlis.

Apa sebenarnya Definisi Dakwah itu sendiri,kita masih kabur.

Dakwah sebenarnya adalah menyeru manusia kepada kebaikan dan mengajak mereka meninggalkan kejahatan.Selain itu,kita mengajak manusia dalam mentauhidkan Allah SWT semata.Yakni hanya menyembah Allah SWT yang Maha Esa,dan mematuhi setiap perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya (betulkan saya jika saya silap).

Tapi,kita pada hari ini lebih suka perkara-perkara remeh.Cinta,hukum makan Kopitiam bla bla bla.

Ini tidak salah.Ini perlu.Tapi tugasan utama diabaikan.

Kemudian,bila dah banyak Ilmu,timbul pula Permasalahan Ego dalam kalangan Masyarakat kita.Seorang Ilmuwan X tegur Ilmuwan Y,kemudian Ilmuwan Y pula tercabar,cari kesalahan Ilmuwan X dan Isu berlanjutan sehingga pada akhirnya masalah sebenar Umat Islam tidak selesai.

Semata-mata hanya kerana Ego pihak yang bergelar Ilmuwan.

Nampak?

Apa yang masyarakat Majoriti yang kurang Ilmu dapat?Tiada apa.

Kemudian,bila ada orang berusaha dengan bersungguh-sungguh,dilabelnya pula Pihak yang berusaha itu dengan Gelaran X.Hidupnya dihabiskan untuk melabel orang dengan gelaran tertentu.Apa cerita ini semua?Apakah kegilaan ini semua?

Nampak?

Anda nampak mana punca masalah kita pada hari ini?

Akibatnya,masyarakat Majoriti hilang minat terhadap Islam.Dan akibatnya,Islam semakin jatuh.Ini sebenarnya merbahaya,kerana apabila suasana Islam tiada dalam masyarakat kita,sukar untuk Gelombang Perubahan berlaku dalam masyarakat kita.

Akibatnya,Generasi Muda semakin terjebak dengan masalah sosial.Yang ironi,kita tertanya-tanya,di manakah silapnya.Aiseh.

Masih tidak faham,saya bagi satu Kronologi.

Ahmad (bukan nama sebenar) adalah seorang yang inginkan perubahan.Dan dia ini yang dahulunya Jahil,mula pergi ke Masjid untuk bersembahyang jemaah selepas mendapat tahu fadhilat sembahyang jemaah di masjid.

Sampai di Masjid,dia mendapat tahu selepas Solat Maghrib secara berjemaah akan diadakan Ceramah Kuliah.Dia mendapat tahu bahawa menghadiri Majlis Ilmu itu bagus.Banyak kebaikan.Ada Hadis yang menyebut kebaikan Majlis Ilmu.

Jadi,dia hadir.Tapi,dia amat sedih.Kerana dalam Majlis Ilmu,Ceramah yang diadakan hanya Lawak-Lawak Mengutuk Orang (sebagai contoh) etc etc.

Dia ini mahukan perubahan yang serius.Dan dia kecewa kerana orang-orang yang sering menghadiri masjid sendiri tidak memberi support yang diperlukannya.

Contohnya,dia banyak membeli buku,atau dia ada menulis blog,atau dia inginkan supaya setiap hari diadakan majlis ilmu di kawasan masjidnya,tapi datang seorang ahli masjid berkata kepadanya - "Eh,take it slow".

Nampak?

Lantas akibat tiada moral support yang sepatutnya,dia berputus asa dengan komuniti itu.Dia tetap pergi ke masjid,dengar kuliah,tapi dia banyak bergerak sendiri.Dia berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan.

Fenomena ini kita boleh gelarkan sebagai Fenomena Ghuraba juga.Yup-yup.Betul tu.

Dan bila dia melihat keadaan Politik,dia turut sedih.Haiseh.

Itu Ahmad.Yang semangat tinggi.

Lain pula dengan kisah Ali.Bila dia hendak berusaha buat something bersungguh-sungguh,dan dia berhenti tengok wayang semua,datang seorang saudara kepadanya dan berkata,Eh boleh je tengok wayang.

Lantas akhirnya dia kembali kepada keadaannya seperti dulu.

Faham?

Kiranya,tiada support untuk masyarakat yang hendak berubah.Ini merupakan realiti.Kita kena stop the nonsense,dan mulakan usaha menyeru orang ke jalan Allah kembali.

Dengan bersungguh-sungguh.Disiplin itu perlu dalam perubahan.Siapa yang cakap disiplin tak perlu,itu maksudnya mereka tak faham apa itu perubahan yang sebenar.

"....Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." [Quran 2:85]

Jangan sesekali berkompromi dalam urusan Akidah dan Islam.

Then bila kita tulis Blog camni supaya dijadikan peringatan kepada diri sendiri dan orang lain,ada orang yang datang kepada kita,"awak ni buat tak apa yang awak cakap?".

Nampak?

Cakap-cakap macam ini sebenarnya,boleh menimbulkan perbalahan sesama sendiri.Boleh menjatuhkan semangat orang yang ingin berubah.

Kenapa perlu menjatuhkan semangat orang lain?

Al-Quran untuk semua,bukan untuk sesetengah pihak.

Hari ini,setiap saat dunia diserang dengan Arus Pemikiran Sekular,Liberal,Hiburan etc etc.Setiap saat.Ya.Dan kita menempuh Gelombang ini setiap waktu.

Dan,saya mahu kita Umat Islam tanya diri kita.

Kita tahu Gelombang ini adalah sesuatu yang tidak sihat kepada diri kita,iman kita dan sememangnya Gelombang ini secara dasarnya tidak sihat,hanya mementingkan nafsu semata.

Adakah logik jika kita telah mengetahui hakikat itu,kita mahu berehat dan menyebarkan Islam dengan bersantai-santai?

Adakah kita mahu menunggu orang lain datang membacakan kita Al-Quran baru kita hendak rasa insaf sebentar?Dan kemudian lepas itu apa?Lemas kembali?

Budaya manja dan sentiasa ingin disuap ini amatlah menyedih dan malah sebenarnya amat merbahayakan diri dan iman kita sendiri.

Patutnya,setiap saat kita kena sentiasa occupiedkan diri kita dan minda kita dan ingat bahawa dunia akhir zaman ini banyak fitnah.

Kita kena nasihat sesama sendiri,dan support brother yang ingin berubah.

Bukannya kita berehat bersantai-santai,dan menganggap Islam itu hanya perlu dicari seminggu sekali.

Nampak?

Ini bukan kritikan kepada sesiapa.Ini lebih kepada Nasihat kepada diri sendiri (ya,saya tak tipu,saya memang memerlukan peringatan sebegini),dan nasihat kepada semua Umat Islam yang tahu berbahasa Melayu umumnya.

*** *** ***

Dalam Perubahan,kita kena tahu,kita berubah sebab apa.

Janganlah kita berubah semata-mata hendak tunjuk orang lain bahawa kita ini baik.

Perubahan sebegini,tidak kekal lama.Berubahlah kerana Allah SWT.Dan ya,mulut orang memang sentiasa anti dengan perbuatan baik dari kita.

Tapi ingat,kita buat kerana siapa?Kerana Allah SWT.Sematkan sentiasa dalam diri kita.

*** *** ***

Sebenarnya,pada zaman ini,apa yang kita lihat di Facebook,Blog semua ini hanya luaran.

Ambil contoh diri saya,anda nampak saya menulis blog,buat video Youtube etc.Anda mungkin menyangka saya ini baik.

Tapi sebenarnya,bukan itu (luaran) yang penting.

Yang paling penting adalah hati dan akidah kita.

Dan hati ini,hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui siapa kita.

Dan hati yang bersih,akan membawa kepada luaran yang bersih.Sikap yang bersih etc.Ada Hadis tentang ini.Anda boleh google.

So,kita kena sentiasa betulkan hati kita.Sucikan hati kita dengan kembali kepada jalan Allah SWT.

Saya tulis ini random sahaja.Saya rasa anda dapat tangkap apa yang saya ingin maksudkan.

Kan?

Apa yang saya ingin maksudkan sebenarnya adalah,ingatlah,blog,facebook dan apa juga watak yang kita tonjolkan kepada orang lain itu,hanya luaran.

Hati itu penting.Bila hati bersih,luaran akan ikut.

"I buat maksiat,tapi hati i baik" - dan yang ini salah.Tahu kenapa?Bagaimana hendak cakap hati bersih jika u buat maksiat?Okay,pendapat peribadi.Jangan benci I.

Saya rasa anda faham apa maksud ayat saya atas ni.Contohnya,Artis yang tak nak pakai tudung,then keluarkan statement Ahli Falsafah.Haha.Faham kan?

Kesimpulannya,berhati-hatilah kita dari menjadi Munafik.Carilah keredhaan Allah SWT.Bukan keredhaan manusia.

*** *** ***

Caca marba kan tulisan saya kali ini?Haha.

Okay,itu sahaja.Saya rasa anda dapat tangkap apa saya ingin sampaikan.

Ambillah pengajaran.

Berubahlah.

Know your limit,tapi bukan limitkan diri anda.

(Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. [2:77-79]

*** *** ***

Kesimpulan terbesar di sini,bermotivasilah dalam Perubahan.Tolong-menolonglah kita sesama sendiri.Jangan menjadi Umat yang malas.

Contohilah Generasi Islam terdahulu yang bersemangat mencari Ilmu,beribadah serta berubah.Allah SWT Maha Melihat.Yang penting,niat ikhlas.

Kembalilah kepada Al-Quran.Kembalilah kepada As-Sunnah.

Dan diingatkan,ramai juga Umat Islam yang gigih berjuang.Tapi bilangan mereka kecil.Kita kena banyakkan lagi bilangan ini.Insya-Allah.Amin.

Itu sahaja untuk kali ini.Salah silap,terkasar bahasa,sila betul dan minta maafkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Maaf sekali lagi jika ada terkasar bahasa,atau penyampaian yang kusut.Saya menulis kejar masa.Semoga kekal ikhlas,dan semoga Allah SWT meredhai usaha ini.Dan semoga saya mendapat pengajaran dari penulisan ini.Amin.



4 comments:

  1. Support brother-brother untuk berubah.Yang sister pun kena support sister :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...nice video...short but have a very sweet message...keep on posting next video...gratulerer!!

    ReplyDelete
  3. menarik....syukran atas perkongsian..
    upload vid bnyk2 lg...dkwah satu tuntutan

    ReplyDelete
  4. syukran atas pkongsian....truskan bdakwah..

    ReplyDelete