12.6.11

Catatan Seorang Pengembara : Kisah Sang Busker Melodica Dan Gerombolan Hippie Di Sebatang Jalan Negara Soviet.

Prenote : Terma Hippie digunakan untuk menggantikan nama Gerombolan sebenar.

Prenote II : Penulisan ini AMAT TIDAK DIGALAKKAN untuk dibaca,jika anda seorang manusia Liberal.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
[3:133-136]

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih hidup.

Apa khabar?

Ini penulisan ringkas.

Sekadar ingin berkongsi apa yang berlaku pada hari ini.

Kebiasaannya saya tidak suka berkongsi apa yang berlaku kepada diri saya dalam kehidupan seharian.Tapi kali ini,saya mahu berkongsi.Kerana ada pengajaran yang dapat dimanfaatkan kita bersama-sama pada hari ini.

*** *** ***

11/06/11 - Saya keluar pada hari ini.

Astaghfirullahalazim.Dan Alhamdulillah.

Banyak cerita yang hendak dikongsikan.

Tapi hanya tiga yang mampu ditulis.Kerana kesuntukan masa.

*** *** ***

Kisah Seorang Pakcik Pemain Melodica Minimalis

Untuk pengetahuan anda,tempat yang saya pergi tadi merupakan satu jalan panjang,di mana di situ banyak Street Perfomance dijalankan.

Ada yang bermain gitar,ada yang bermain basikal,ada yang buat beatboxing,ada yang busking etc etc you name it,semua ada.

Dahulu,saya melihat mereka-mereka yang menghiburkan orang di tepi jalan ini sebagai seorang yang tiada kerja etc etc.

Tapi,ada seorang kawan di Kampus saya juga seorang buskers.Beliau membuat persembahan menggunakan api (ala,yang sembur api ikut mulut tu beb).

Setelah mengenali Beliau,pandangan saya terhadap buskers ini berubah.

Kenapa?

Baru saya tahu,mereka ini semua kebanyakannya orang yang susah.Mereka perlukan duit.Jadi,mereka menjadi buskers yang berbusking.Busking itu apa?Busking itu dalam Bahasa Melayunya bermaksud orang yang buat persembahan tepi jalan.

Tapi,ada satu perkara yang buat saya respek kepada Golongan Buskers.Apakah itu?

Mereka kebanyakannya susah.Tapi,sedaya upaya mereka tidak mahu meminta sedekah.Mereka membuat persembahan.Mereka berusaha.Walaupun mungkin persembahan mereka itu tidak berapa manis dipandang mata,tapi ada sesuatu perlu dicontohi di sini.

Apakah itu?

Jangan berputus asa.Effort kena ada.

Tapi,harus diingatkan,kita sebagai orang Islam ada batas-batas mencari rezeki.Faham?Nampak flow?Jangan mendefinisikan penulisan ini dengan nafsu.

Jadi,ketika berjalan-jalan,saya terjumpa seorang Pakcik Tua.

Pakcik Tua ini duduk di tepi jalan,meniup Melodica dengan perlahan.

Tidak seperti orang lain yang lincah membuat persembahan di tengah jalan,Pakcik Tua ini meniup Melodica di bawah bayang-bayang pokok.Panas mungkin?

Saya kasihan melihatnya.

Tidak ramai orang yang nampak kelibat Pakcik ini kerana lokasinya yang tersorok.

Sebelum saya menghampirinya,saya dapat melihat Pakcik ini meniup Melodica secara perlahan.Tidak lama kemudian,Beliau berhenti meniup.Penat mungkin.

Kasihan.

Saya menghampirinya.

Menyedari ada orang cuba menghampirinya,Pakcik Tua ini membuka kembali Buku Nota Muziknya dan mula meniup kembali.

Dalam hati saya berfikir,"Wau,Pakcik ini boleh membaca Nota Muzik.Ini bukan sebarangan orang".

Teringat saya kata-kata seorang manusia,"Jangan mudah pandang rendah kepada orang-orang di tepi jalan ini.Jangan pandang hina mereka.Mereka semua ada issue prob sendiri."

Lagu yang dimainkan secara jujurnya tidak bermaya.Amat menyedihkan.

Sahabat saya berkata,"Tengok camne dia maen.Guna sebelah tangan je.Tangan sebelah lagi tak gerak".

Yup.Mengikut apa yang dapat dilihat,Beliau punya tangan kiri ada masalah.

Lagilah bertambah perasaan kasihan.

Jadi,saya menghampirinya,dan memberinya sedikit bantuan (diceritakan ini bukan nak show-off,just supaya orang contohi perbuatan ini).

Tapi,sebelum saya bagi bantuan,saya lihat dahulu di sekelilingnya.Jika ada botol arak atau Beliau menghisap rokok,saya berkemungkinan besar tidak membantu.

Kenapa?Anda fikir-fikirkan.

Pakcik Tua hanya memandang saya sambil tersenyum melihat bantuan yang dihulurkan.Senyuman yang menyedihkan.Seperti ada masalah besar di sebaliknya,tapi cuba disembunyikan melalui seukir senyuman.

Beliau kembali meniup Melodica hitamnya.

Saya beredar.Tapi sempat snap Gambar Pakcik Tua untuk dijadikan Peringatan kepada diri sendiri bahawa ramai lagi orang yang susah di luar sana.

Inilah gambarnya di bawah ini.Perhatikan Beliau sedang membaca Buku Nota Muzik.Dan perhatikan juga Posisi tangannya.Nampak?Renungkan dengan kehidupan kita.Adakah kita masih mahu hidup tidak membantu orang lain?


Di Tumblr,saya uploadkan gambar ini dengan caption,"mangsa modenisasi kapitalisasi manusia".

Kenapa captionnya begitu?

- Akibat modenisasi tanpa mengikuti ajaran Islam,banyak manusia hilang moral.Anak-anak muda bekerja tanpa membantu kembali Ibu Bapa mereka.Mereka bekerja tanpa rasa ada tanggungjawab membantu orang lain.Akibatnya?Pemandangan Wanita Tua yang mengutip Tin-Tin Kosong di Bandaraya-Bandaraya seluruh dunia kini bukan lagi suatu perkara luar biasa.

- Akibat kapitalisasi,manusia hanya fikirkan tentang dirinya.Bukan lagi berfikir untuk kepentingan semua pihak.

*** *** ***

Kalau Betul Hendak Mengajak Kepada Kebenaran,Kenapa Ajakan Itu Perlu Dibayar?

Ketika berjalan-jalan di situ,segerombolan Pengikut satu Kepercayaan Buatan Manusia lalu beramai-ramai.Siap bergendang semua.Menyanyi lagu bertemakan Kepercayaan mereka.

Dalam Gerombolan itu,semua ada.Saxophone,tambourine etc.Kira macam Pancaragam.

Yang lebih menarik,tabung besar yang ditarik pun ada.Ouch.

Seorang Anak Muda dengan kepala botak bertocang kecil datang menghampiri saya dan rakan-rakan.

"Nak buku ini?"

Saya ambik buku tu.Sebab ape?Ingat nak tengok apa dalamnya.

"Free?",tanya saya kepada Anak Muda itu.

"Nope.Harganya sekian-sekian.Tapi untuk student,harga sekian-sekian".

Saya tergelak.Dalam hati saya berkata,"Eh-eh,boleh pulak camtu.Ada harga student pulak untuk menyebarkan kepercayaan mereka".

Saya jawab,"Okay takpe".

Dia kemudian beredar.

Saya teriak panggil Anak Muda itu kembali,dan bertanya,"Kau Penganut X?"

Dia menjawab,"Yup" dengan penuh bangga.

Kisah di atas menjawab persoalan kenapa ramai orang di dunia ini yang tidak percayakan "Kepercayaan-Kepercayaan" seperti ini.

Institusi yang mengaut duit untuk kepentingan peribadi.

Pengajaran dari kisah ini apa?

Kita orang Islam,jangan gunakan nama "Islam" itu untuk mengaut keuntungan peribadi dan kemewahan dunia.Lakukanlah sesuatu untuk mencari redha Allah SWT.Jangan lakukan perkara yang menyebabkan orang semakin lari daripada Islam.Fahamilah apa itu Islam yang sebenar.

Carilah Redha Allah SWT.Bukannya keuntungan dunia yang sedikit ini.

Saya ada rakam video Perarakan itu tadi sebenarnya,tapi malang sekali kerana saya merakam video itu tanpa suara.Saya setkan handphone saya "record without voice".

Aiseh,agak bijak di situ.

Jadi,saya tidak uploadkannya di sini.

Lagipun dalam Video itu,ada banyak Aurat Wanita/Lelaki juga.Biasalah.Musim Panas.

So,better tak uploadkan.Kepada anda-anda semua,fikirlah empat puluh kali sebelum anda Uploadkan gambar/video yang ada Aurat orang lain.Dosa beb.Kita tak nampak benda-benda ni kadang-kadang.

Tapi,still dosa.

Dan jika anda mendapati ada gambar yang tidak bersesuaian di Blog saya ini,sila laporkan kepada saya dengan penuh gaya.Saya akan padam.Yalah.Saya manusia.Kadang-kadang saya terlepas pandang.

*** *** ***

Itu sahaja untuk penulisan kali ini.

Ini hanya penulisan santai untuk menceritakan apa yang saya nampak pada hari ini.

Oh ya,lupa.

Tadi,saya juga ada ternampak dua orang Kanak-Kanak (adik-beradik mungkin?) yang bermain biola di tengah jalan.Tentu Ibu Bapa mereka susah.Mungkin mereka diupah kumpulan Kongsi Gelap untuk berbiola di situ,tapi kita tidak boleh menyalahkan mereka.Mereka mangsa keadaan.Tolonglah apa yang boleh.

Okay?

*** *** ***

Ambil jernih,buang keruh.Maaf terkasar bahasa.Betulkan jika ada salah silap dalam penulisan ini.Tidak berniat untuk mengguris hati sesiapa.Sekadar mencoret sesuatu yang mungkin dapat dimanfaatkan kita bersama.

Insya-Allah.

Harap maklum.

Banyakkan istighfar memohon keampunan daripada-Nya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Banyak lagi sebenarnya kisah.Tapi ada urusan lain.Maaf.Doakan yang terbaik untuk kita semua.Amin.Ya Allah,ampunkan dosa kami semua.Amin.

P/P/S : Kalau free-free tu,bacalah Quran.Jangan buang masa.Setiap perkara baik tidak akan disia-siakan.Ingatlah.

P/P/P/S : Satu sebab kenapa saya tidak suka keluar adalah kerana Ujian Mata yang terlampau hebat di Musim Panas ini.Astaghfirullahalazim.Saya bukan berlagak poyo ketika saya beristighfar.Harap Maklum.

P/P/P/P/S : Dakwah Islam perlu dilaksanakan dengan lebih hebat.Serious.



2 comments:

  1. Ada seorang pakcik mungkin umurnya sudah 70an bermain biola di kaki tangga stesen LRT masjid jamek. Lagu sedap2 juga. Namun tak ramai org menghulurkan sumbangan. Mungkin budaya busker masih baru di sini.

    ReplyDelete
  2. tak perlu wujud buskers di malaysia ni. semua golongan tu perlu dibantu dengan pelbagai cara lain. malangnya kerajaan yang memerintah hanya berOTAK lembu.

    ReplyDelete