5.6.11

Coretan Seorang Konservatif : 'Ini Sudah Semestinya Bukan Cubaan Mendoktrinkan Pemikiran Seorang Liberal'.

Prenote I : Penulisan Bahasa Pasar.

Prenote II : Mendoktrinkan dalam Tajuk di atas bermaksud menerangkan/menukar persepsi/menyampaikan.Saya menggunakan istilah 'doktrin' kerana saya merasakan ianya menarik.Walaupun saya kurang pasti apakah maksud yang sebenar bagi perkataan itu dalam Bahasa Melayu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebelum kita mulakan,saya ingin memberi peringatan dan amaran kepada diri sendiri dan semua yang membaca - "Setiap perkara kita lakukan pada hari ini,Allah SWT Maha Melihat.Dan semua perkara ini akan dihitung.Anda percaya atau tidak dengan perkara ini,hakikatnya,kita semua akan kembali kepada-Nya satu hari nanti untuk dihitung.Astaghfirullahalazim."

Dalam penulisan saya yang lepas,ada seorang Anon datang memberi komen dengan penuh semangat.

Sebenarnya,kalau diikutkan kebiasaannya,saya malas hendak melayan kalau orang yang komen menggunakan Anon ini.Kenapa?

1) 90% Anon mengulas menggunakan emosi.

2) Buang masa melayan komen mereka kerana pergaduhan 'intelek' yang bakal berlaku itu tidak dapat menyelesaikan satu habuk pun masalah yang melanda Umat Islam pada hari ini.

3) Dan yang paling penting,memenatkan saya menaip.Ini kerana,kita boleh nampak orang yang datang komen hendak tibai kita,atau orang yang hendak tegur kita.

Teringat saya ada satu quote - "Kita akan cari dalam Quran itu apa yang kita cari".

Kalau kita cari petunjuk-Nya,insya-Allah jumpa.

Tapi,kalau kita cari ayat untuk mengelirukan manusia,atau kita mencari sepotong ayat yang boleh menghalalkan perbuatan mungkar kita,kita juga akan jumpa.

Nampak?

Contoh kejadian?

Banyak.Banyak yang amat.

Sebenarnya,perlu diingat - Al-Quran tidak mempunyai sebarang kesilapan.Ianya adalah Kalam Allah SWT.

Itu kita sebagai orang Islam kena faham.Ianya bukan Kitab buatan manusia.Itu kita kena faham yang amat sangat.Dan yakin.

Can ye (o ye men of Faith) entertain the hope that they will believe in you?- Seeing that a party of them heard the Word of Allah, and perverted it knowingly after they understood it. [2:75]

(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? [2:75]

Adalah menjadi perkara yang mengecewakan apabila ada sesetengah pihak yang menganggap Islam itu sebagai satu cara hidup yang boleh diambil setengah,dan ditinggalkan setengah.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [Al-Baqarah 2:208]

Kita kena ingat,kita ini hanya makhluk.

Makhluk yang kecil.Yang tiada kuasa.Dan kita ini WAJIB mengikut perintah Maha Pencipta yang Menciptakan kita semua.

Mungkin kita merasakan kita sudah cukup banyak Ilmu dan mengatakan orang lain tidak cukup Ilmu - tapi cuba buka mata kita.

Cuba kita baca Al-Quran.Dan kaitkan dengan apa yang kita nampak di sekeliling kita.Kita akan dapat lihat,siapa yang benar,siapa yang salah.

Saya untuk pengetahuan saudara-mara sekalian,sedaya upaya saya tidak akan menulis mengikut emosi.Mungkin ada kadang-kala terlepas,tapi sedaya upaya saya tidak akan menulis mengikut emosi.

Ini kerana,bimbang mengadakan perkara baru dalam Islam.

Hadis Rasulullah SAW :

Maksudnya: 'Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu'. Hadith hasan sahih. [Sumber : Link]

Saya secara peribadi amat tidak bersetuju apabila ada orang yang datang kepada kita,dan melabelkan kita dengan Gelaran "Ekstrem,Wahabi,Fanatik,Liberal etc etc".

Cumanya,saya menggelarkan diri saya sebagai seorang konservatif dalam Tajuk di atas kerana untuk menunjukkan bahawa saya bukan seorang yang gembira dengan perkembangan terbaru yang membawa kepada kewujudan "Islam Liberal".

Faham?

Tapi,pada pendapat peribadi saya,Islam itu hanya ada satu.Apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW itulah Islam.Dan ianya relevan sepanjang zaman.

Apabila kita menolak cara hidup Islam (ini bukan menolak Islam Politik yang digembar-gemburkan sekarang,ini konteks luas lagi),bencana akan berlaku.

Lihat sahaja Gay.Siapa yang menghalalkan Gay - memang jelas ada masalah besar.

Manusia diciptakan oleh Allah SWT (ya,manusia diciptakan oleh Allah SWT,bukan tercipta dengan sendiri begitu sahaja) dengan fitrah menyukai jantina berlainan - yakni lelaki suka wanita dan vice versa.

Kalau dah Gay,nak buat anak macam mana beb?Dan kalau manusia terevolusi dari Beruk,kenapa ada Beruk tak terevolusi?Ini satu kemusykilan beb.

Teori Evolusi - siapa yang percaya Teori ini,nasihat saya,bacalah Al-Quran.Bukan baca sekerat-sekerat ayat,tapi baca dari awal sampai habis,dengan niat mencari kebenaran.Faham?Kadang-kadang kita merasakan kitalah yang paling bijak,tapi sebenarnya,banyak lagi yang kita tidak tahu.

Manusia tidak akan pernah tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

Lihat sahaja lalu lintas di jalan raya.Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk menangani Lalu Lintas.Tapi still,makin hari makin sesak Jalan Raya.Kenapa?

Manusia memang lemah.

Lihat pula Galaksi Alam Semesta.Allah SWT Menciptakan Planet.Dan Planet-Planet ini berputar pada paksinya tanpa pernah berlaku sebarang pelanggaran.SubhanAllah (Maha Suci Allah).Betapa hebat Kuasa Allah SWT.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) [2:255]

Apa?Anda kata Planet tercipta dengan sendiri?

Adakah logik meja di depan anda tercipta dengan sendiri?

Tidak.

Dan iPhone/BlackBerry yang anda bangga-banggakan sangat itu,adakah logik tercipta sendiri?Itupun anda dah kagum gila dah bila benda tu berada kat tangan anda.Padahal taklah sekompleks mana dibandingkan dengan Alam Semesta ini.

Tapi,kenapa bila tiba tentang Alam Semesta yang luas dan begitu kompleks ini - anda membutakan mata anda,dan mengatakan Alam ini tercipta dengan sendiri melalui Evolusi?

Even satu sel pon binaannya sangat kompleks.Adakah logik ianya tercipta sendiri?

Astaghfirullahalazim.

Dan adakah Logik air yang tumpah di hadapan anda boleh menjadi RoboCop dalam tempoh beberapa masa?

Anda tidak boleh cakap saya ini "menulis tanpa membaca,menulis kosong".Saya juga seorang yang banyak membaca.Okay?So,jangan suka memandang rendah.

Saya tidak mahu mendoktrinkan pemikiran sesiapa.Tapi,saya mahu menerangkan perkara sebenar.Jika selepas ini tidak terima,it's okay.

"....Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." [Quran 2:85]

"Manusia itu hakikatnya sedang tidur,dan bangun hanya setelah dirinya mati" - Saidina Ali RA

Dan terakhir,mengenai Islam Liberal.

Saya tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan "Islam Liberal" yang disebut dalam media sekarang,tapi mengikut apa yang saya faham,"Islam Liberal" itu adalah apabila seseorang mengaku mereka Islam,tapi mereka (sebagai contoh) mengatakan Solat itu tidak wajib etc etc.

Astaghfirullahalazim.

Tahukah anda apakah Rukun Islam?

1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Menunaikan solat fardu lima waktu
3) Berpuasa pada bulan Ramadan
4) Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5) Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Boleh baca di sini untuk maklumat lebih lanjut.

Sebenarnya,ianya adalah dari satu Hadis yang panjang.Anda boleh baca Hadis itu di link atas ini.

Nampak?

Kita mengaku Islam,tapi kenapa kita tidak sembahyang?Kenapa tidak berpuasa?

Ya.Kita mungkin tersilap.Jika tersilap,kembalilah.Saya tidak salahkan anda juga kadangkala jika anda tidak mengetahui tentang perkara ini.

Mungkin persekitaran dari mana anda datang menyebabkan anda menjadi sebegini.Tapi,setelah anda mengetahui hakikat yang sebenar,berubahlah.

Allah SWT Maha Penerima Taubat.Pintu taubat terbuka luas.Bertaubatlah sementara masih ada umur.

Dan,jangan tafsirkan Islam mengikut hawa nafsu.

Tapi,bukan juga melonggarkan Islam mengikut hawa nafsu.Kena ingat itu.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya hanyalah seorang hamba kepada Allah SWT,Maha Pencipta Yang Maha Berkuasa.Harap Maklum.Sebarang kesilapan,sila betulkan.Tapi,biarlah teguran berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Kerana hanya dari situ kebenaran ada.Bukan melalui pemikiran seorang Tokoh Falsafah.

P/P/S : Okay,saya sudah bercakap di bahagian saya.Hendak terima atau tidak,terpulang.Tapi adalah menjadi kewajiban bagi saya menerangkan perkara sebenar kepada anda.Dan saya berdoa semoga Allah SWT memberikan saya (dan anda semua) petunjuk dan hidayah-Nya.Dan semoga kita semua mati dalam keadaan beriman.Dan semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik.Amin.



7 comments:

  1. "Setiap perkara kita lakukan pada hari ini,Allah SWT Maha Melihat.Dan semua perkara ini akan dihitung.Anda percaya atau tidak dengan perkara ini,hakikatnya,kita semua akan kembali kepada-Nya satu hari nanti untuk dihitung.Astaghfirullahalazim."

    betul.sangat setuju

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana membaca komen saya yang terdahulu. :)

    1) Sesetengah ulama berpendapat yang homoseksualism itu adalah fitrah, dan hadis yang berpendapat sebaliknya adalah hadis yang palsu kerana pada awal tahu selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., umat Islam tidak tahu apakah hukumnya homoseksualiti dlam Islam, dan hukum (hadis & fatwa) yang kita ada sekarang telah dikelurkan oleh golongan orthodoks berlandaskan budaya dan pandangan peribadi mereka. Bahkan ada hadis yang menyatakan cinta sesama jantina ini dibolehkan (maafkan kalau kurang jelas). Wallahualam. Anda boleh membaca tentang ini di sesawang atau mencari sendiri kitab hadis. :)

    2) Pandangan anda tentang evolusi adalah yang paling pelik pernah saya temui. Evolusi bukan bermaksud kepercayaan bahawa tiadanya Tuhan. Jauh sekali. Kenapa adanya beruk masih ada walaupun selepas berevolusi? Seleksi natural adalah jawapannya. Survival of the fittest. Itulah sebab mengapa sesetengah puak di muka bumi ini akan pupus dan mengapa sesetengah tidak. Adaptasi. Sebab itu, untuk mengatakan evolusi itu menidakkan kewujudan Tuhan adalah cetek sekali. Kewujudan sesuatu sebelum big bang itu menunjukkn adanya satu kuasa Grand Designer. Hebatnya Dia sehingga pergerakan zarah pun Dia telah putuskan hendaklah mematuhi hukum tertentu (gerakan Brown). Dialah mencipta semua hukum dan kitalah yang mematuhinya. begitulah teroi evolusi itu. :)

    3) Islam Liberal. Satu stigma dilemparkan oleh golongan konservatif bahawa mereka ini kononnya menolak Islam etc. Tidak. Jangan jadi jahil. Agak jahil saudara mengatakan kami liberal menganggap solat itu tidak wajib etc. Itu offensif. Sebenarnya, kami muslim seperti anda, cuma kami beranggapan bahawa setiap individu ada hak ke atas dirinya, dan apa yang beliau lakukan adalah antara beliau dan Dia (atau diri sendiri bagi seorang atheist). Tiada apa yang absolute dalam dunia. Hanya Dia yang mengetahui segalanya. :)

    Sekian. Maaflah lambat membalas. Kerja. :)

    ReplyDelete
  3. Tiada apa-apa.Blog saya.Memanglah kena baca.Tidak baca,nanti sia-sia usaha anda.

    1) Hadis yang mana?Sebutkan di sini.Tahukah anda pada akhir zaman akan muncul banyak orang yang berdusta atas nama Rasulullah SAW.

    "Maksudnya : “Sesungguhnya berdusta ke atasku ( menggunakan namaku ) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain ( menggunakan nama orang lain ). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )"

    Dan orang Islam sedia tahu tentang hukum homoseksual.Kerana apa?Dalam Al-Quran ada disebut perkara ini.

    "[80]Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
    [81]
    "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
    [82]
    Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri".
    [83]
    Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.
    [84]
    Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. [7:80-84]"

    Saudara,berhati-hati ketika membaca di Internet.Nasihat saya sahaja. :)

    ReplyDelete
  4. 2) Anda pernah baca asal-usul Penciptaan Manusia di dalam Al-Quran?Bukan petik sedikit-sedikit.Baca penuh.Pernah?Asal-Usul Penciptaan Manusia dalam Al-Quran ini didedahkan jauh lebih lama sebelum manusia ada mesin canggih etc etc bla bla bla yang dapat mengetahui tentang apa yang berada dalam perut.Tapi Allah SWT menerangkan segala perkara ini dengan lengkap.Anda mahu percaya perkara yang didedahkan lebih 1400 tahun dahulu,atau anda hendak percaya perkara yang tidak sampai 500 tahun dahulu.Terpulang.Banyak kisah penciptaan Adam dalam Al-Quran disebut. :) Saudara,beriman kepada Allah SWT bermaksud beriman kepada Al-Quran dan Rasul-Nya.

    3) Bukan stigma.Memang ada kawan saya yang mengaku Liberal.Dan tidak sembahyang depan-depan mata.Secara jelas.

    Saya memang Jahil.Sebab saya sedang mencari Ilmu.Tapi,saya tidak sanggup menukar belit sesuatu mengikut kefahaman peribadi semata.Yang benar mesti dicakap walaupun pahit.Offensif?Tidak.Tiada niat menyerang sesiapa.

    Dan ada Hadis yang patut kita renungkan bersama-sama.

    "Jabir bin Abdullah says: I heard the Messenger of Allah (SallAllah-u-Alaihi-wa-Sallam) saying this: The difference between a man (Muslim) and shirk and kufr is the abandoning of salaah.
    (Sahih Muslim: Kitab ul Iman: Book 001, Number 0147)"

    Dan ada video untuk Saudara tonton.

    http://www.youtube.com/watch?v=98njLzG36x4

    Dan ya,semua manusia,tidak kira Atheist,Christian,Islam,Buddha,whatever - semuanya pada Hari Kiamat nanti akan dibangkitkan menghadap Allah SWT.Dan semua amalan,baik yang kecil atau yang besar,akan dihitung di Akhirat kelak.Even perbuatan saya sedang menulis kepada anda perkara ini,akan dibentangkan kembali.Dalam Al-Quran ada disebut perihal ini - Hari Pengadilan.

    "Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). [6:94]"

    Beruntunglah orang yang baik Amalannya.

    Ya,memang semua orang akan dihitung amalannya.Dan pada hari Akhirat,Ibu Bapa sendiri tidak akan mengisahkan Anak-Anak mereka.Kawan baik akan meninggalkan kawan baik.Kenapa?Mereka takut akan azab Allah SWT.Ya.Memang kita akan berseorangan nanti.Tapi,di dunia inilah kita hendak mencari amal.Supaya mendapat keredhaan Allah SWT.Kita pilih.Nasihat saya,bacalah Al-Quran.Yang diturunkan 1400 tahun dahulu.

    Dan even golongan yang mengaku Atheist,mereka juga akan dihisab.Kita semua hamba Allah SWT.Bezanya,kita ini hamba jenis apa.Ops,adakah ini termasuk dalam cubaan mendoktrinkan pemikiran seorang liberal?Itu unintentionally.

    Itu sahaja.

    Maaf cepat balas.Baru habis examlah katakan.Semoga kerja berbahagia. :)

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  5. Tiada Hadis (yang Sahih) yang bercanggahan dengan Al-Quran.Harap maklum.

    ReplyDelete