5.6.11

Coretan Seorang Konservatif : Liberalism/Secularism Di Tanah Air Kita.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya sebenarnya ingin menulis Penulisan lain pada malam ini.

Tapi,sebelum menulis tadi,saya membuka Youtube.Dan saya terjumpa satu video yang menyedihkan saya.

Sedih kerana betapa teruknya orang kita sehingga sanggup mempermainkan Islam sebegitu sekali.

Apakah kita menyangka Islam itu bahan mainan?

Betapa Jahilnya masyarakat kita pada hari ini.

Saya menyeru semua pihak yang Berilmu untuk menguatkan lagi usaha menyebarkan Islam yang sebenar agar sampai kepada Majoriti Umat Islam di Malaysia (khususnya).

Jangan eksklusifkan Islam kepada Pihak "Kaki Surau" sahaja.Sedangkan yang bermasalah adalah orang di luar sana.

Kembangkan minda.

Kita kena bekerja keras.Apa alasan kita untuk bermalas-malasan apabila kita tahu Golongan Muda kita sedang menghadapi ancaman Pemikiran "Liberal" yang amat besar di luar sana?

Dan yang menyedihkan,serangan ini bukan datang dari luar.Tapi dari dalam kalangan masyarakat "Islam" itu sendiri.

Sama-samalah kita berdoa.

Dan salah satu contoh yang menunjukkan Pemikiran Liberal telah berjaya menguasai Pemikiran kita adalah apabila kita hanya mengingati "Islam" apabila berlaku kematian,perkahwinan,Hari Raya dan Sembahyang Jumaat sahaja.

Waktu selain itu,kita meninggalkan Islam.Hurm.

Di kesempatan ini,saya ingin sertakan Penulisan yang saya tulis di Tumblr saya sebentar tadi.

Semoga bermanfaat.


liberalism/secularism.

mereka sudah sampai di Malaysia tanah air kita.

sebenarnya sudah lama mereka sampai.

dengan halus meracuni pemikiran manusia.

tanpa disedari disebarkan oleh manusia yang menentangnya sendiri.

Islam dijadikan lawak dalam rancangan lawak.

moral dipandang rendah.

kebenaran diambil mudah.

bila ditanya kenapa,dikata “Just For Fun”.

yang sedar harus sentiasa mengingatkan diri dan keluarga.

supaya tidak terpengaruh.

jangan salahkan orang lain.

salahkan diri sendiri.

dan ya.

aku seorang konservatif.

jika terbuka yang engkau maksudkan itu.

bertentangan dengan fahamanku.

dan ingatlah.

Allah SWT Maha Melihat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Walaupun in-person saya bukanlah seorang yang serius,tapi saya amat tidak bersetuju apabila melihat ada orang cuba berjenaka dengan Islam seperti-mana gelagat mereka di Barat yang mempermainkan kepercayaan mereka sendiri.Ini kerana Islam bukan suatu perkara mainan.Ianya cara hidup yang diturunkan kepada manusia oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW.Ianya satu-satu Agama yang diredhai Allah SWT,Maha Pencipta Sekalian Alam.Astaghfirullahalazim.Geleng kepala sebentar.

P/P/S : Jika hanya melalui cara ini (penulisan) saya dapat menyuarakan kebenaran,ya,saya akan terus menulis biar apa juga orang lain kata.Semoga diberi kekuatan.Amin.


7 comments:

  1. Itulah yang sedihnya,kita asyik menyalahkan orang luar tetapi hakikatnya umat islam itu sendiri yang membuatkan Islam diperlekehkan oleh penganut agama lain.Semoga kita semua ditetapkan dan dikuatkan iman dalam hidup seharian.Teruskanlah menyatakan kebenaran menerusi penulisan anda.Ia niat yang murni.Mungkin permulaan tiada yang sedar,namun lama kelamaan ia pasti akan dapat membuka hati orang yang membacanya.Bukan kata pepatah,'mata pena itu lebih tajam dari mata pedang'.Tulisan yang membina.

    ReplyDelete
  2. Meracun? Selagi awak tak boleh terangkan dengan terperinci tentang liberalism/sekularism, selagi itu saya takkan mengambil serius tentang apa yang awak tulis. Saya yakin apa yang awak cuba cakap adalah tentang libertarianism i.e kebebasan individu. Berdasarkan apa yang awak tulis, awak seolah2 menyalahkan fahaman dan isme semata-mata ke atas apa yang awak fikir sebagai masalah sosial. Kalau begitu, adalah adil bagi libertarian untuk menyalahkan agama kerana memotivasikan pengganas? Tentu tidak, bukan? Libertarian adalah golongan yang percaya kepada kebebasan individual, dan tidak, tidak semua mereka adalah atheist. Tapi mereka berpegang kepada prinsip 'kepercayaan dan agama' adalah perkara peribadi. Tidak semua berpandukan kompas moral yang sama. "Lakum diinukum waliyaddin". Saya seorang Muslim yang percaya kepada kebebasan bersuara, biar apapun yang disuarakan. 'Penghinaan' adalah sesuatu yang manusia cipta bila sesuatu itu tidak mereka senangi. Dan tidak, sekularism bukanlah sesuatu yang kotor. Pemisahan kerajaan dan agama memastikan tiada penyalahgunaan nama Tuhan demi kepentingan politik, kerana penyalahgunaan nama Tuhan dalam politik boleh menimbulkan huru-hara. Bukankah itu sesuatu yang elok bagi konservatif? Apa yang seseorang buat, biarlah itu antara dia dan Tuhan, atau dia dan dirinya bagi seorang atheist. Tuhan Maha Penyayang, ambillah sifat penyayang itu dari membazirkan masa memaksa orang lain mengikut kompas moral anda itu. :) Bacalah. Jangan menulis mengikut perasaan. Liberalism/libertarianism/secularism adalah benda yang baik. Begitu juge dengan agama dan kepercayaan. Yang seringkali merosakkannya adalah manusia itu sendiri. Kami liberal tiada masalah dengan anda yang konservatif (kecuali bila anda semua memaksa-maksa), tetapi seringkali, konservatif menghabiskan masa mencaci kami. Fikirlah. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  3. walaikumsalam/assalamualaikum semua.
    first of all,saya hanya hendak balas dekat komen anon.secara spesifik.

    1) saya tahu siapa anda.ada tiga calon sahaja daripada orang yang saya kenal yang boleh menulis seperti ini.tolak campur tinggal dua orang.

    2) saya tidak menulis dengan emosi.sepertinya anda yang menulis dengan emosi.harap maklum.

    3) tentang masalah sosial,itu bukan salah liberism sahaja.sila baca penulisan-penulisan saya yang dahulu yang saya yakin awak tidak pernah baca.jadi,abaikan tentang itu.

    4) em.malas la nak balas lagi.sebab saya dah tulis banyak kat ats tu.

    5) kawan (saya tau anda kawan saya),kalau tidak suka,jangan baca.sepanjang saya berkawan dengan anda,ada saya memaksa mendoktrinkan pemahaman saya dekat anda?so jangan emo melebih boleh?rileks sudah.lu yang kecoh lebih.

    dan ya anon,
    saya tidak pernah memaksa sesiapa percaya apa saya tulis.

    libertarian ada blog menulis kefahaman diorang.jadi,saya juga ada blog.
    konsepnya sama.tidak mahu baca.tinggalkan.

    okay.

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  4. Susah bila manusia tidak sedar akan perang pemikiran yang sedang berlaku.

    Apabila 'redha' manusia yang dicari - dengan harapan dunia aman.

    What nonsense.

    Good explanation you have.
    Keep it up.

    ReplyDelete
  5. anon,tell me,is it logical for someone to call themself a muslim,and claim to believe in Allah,but he/she doesn't want to make the prayer.is it possible ?tell me.like the author said,"Allah maha melihat".

    ReplyDelete