13.6.11

Depresi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya sebenarnya sedang cuba mengulangkaji pelajaran dalam tempoh beberapa jam yang lepas.

Dan keputusannya amat menghampakan saya.

Haha.

Jadi,oleh kerana saya merupakan seorang Generasi Y,yang mana ADD/ADHD merupakan masalah biasa bagi sebahagian besar daripada kami,saya telah post entri di Tumblr.

Sebenarnya,artikel itu ditulis untuk bagi motivasi kepada diri saya.

Dan juga kepada seorang hamba Allah SWT yang saya kenal.

Beliau ini kelihatannya sedang berputus asa dengan hidupnya pada ketika ini.

Janganlah begitu.

Chill okayh?

Dan oleh kerana macam bermanfaat je,saya hendak letak di sini.

Selamat Membaca!



depression atau dalam bahasa tempatan - depresi adalah satu tekanan.

tekanan itu boleh menyebabkan seseorang menangis.

tekanan boleh membuatkan seseorang gila.

tekanan itu boleh menyebabkan seseorang berputus asa.

tapi itu dari segi buruk.

dari satu sudut pula.

tekanan boleh mendatangkan kebaikan.

menjadikan seseorang itu semakin kuat.

kuat dari segi dalamannya.

tidak mudah berputus asa.

dan kembali kepada Maha Pencipta.

ketahuilah,tekanan merupakan satu ujian.

dan ianya merupakan adat kehidupan.

dan kehidupan dunia itu sendiri merupakan satu ujian.

jadi bersabarlah.

jangan mudah berputus asa.

kerana untuk mendapat kejayaan.

memang memerlukan tekanan dan pengorbanan.

berdoalah.

dan mohonlah kepada-Nya wahai anak muda.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
[2:214]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Anda tahu siapa anda.

P/P/S : Doakan supaya dipermudah.Amin.



5 comments:

  1. Tanpa tekanan yang mencukupi, tak mungkin karbon bertukar jadi berlian.
    Tanpa tekanan yang mencukupi, tak mungkin besi mampu ditempa menjadi sesuatu yang berguna.
    Tanpa tekanan yang mencukupi, tak mungkin petroleum terbentuk.
    Tekanan itu sunnatullah untuk menghasilkan sesuatu yang berguna.

    Pernah dengar peribahasa arab
    'asy-syadaid tasna3u ar-rijal'.

    Kesusahan-kesusahan itu akan menghasilkan rijal.

    Teruslah hidup dalam tekanan. Life begins at the end of your comfort zone.

    ReplyDelete
  2. Attention deficit disorder

    ReplyDelete
  3. jzkk.perlukan ini.

    ReplyDelete