30.6.11

Intro : Suatu Pencarian (Kerana Ianya Bukan Untuk Orang Lain).

Prenote : (Sigh) Astaghfirullahalazim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kecewa - itu merupakan perkataan yang dapat saya rasa terhadap diri saya pada ketika ini.

Tetapi,kecewa tidak mampu membawa seseorang ke mana-mana selagi tiada tindakan yang diambil untuk mengubat kecewa itu.

Kecewa akan tinggal kecewa jika kecewa tidak diatasi.

Astaghfirullahalazim.

Beberapa hari yang lepas,saya tidak menulis blog.Maaf.

Dan mungkin juga dalam masa beberapa hari mendatang ini,saya tidak akan menulis blog.

Astaghfirullahalazim.

Kita semua anak Adam berdosa.Tapi sebaik-baik anak Adam adalah anak Adam yang bertaubat.

Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah SWT.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Oleh kerana saya (mungkin) tidak akan menulis dalam tempoh beberapa hari yang akan datang,dan dalam tempoh beberapa minggu lepas saya banyak menulis,jadi di sini saya senaraikan Penulisan saya dalam minggu lepas.

Anda semua yang masih belum membaca boleh klik pada tajuk-tajuk Penulisan di bawah ini.

1) Siri Refleksi Diri 5 : Jangan Pernah Berputus Asa Dalam Mengajak Keluarga/Rakan-Rakan/Diri Sendiri Kepada Kebenaran.

2) Siri Refleksi Diri 6 : Jangan Lupa Merenung Kesilapan Diri.

3) Realiti Semasa/Motivasi/Santai : Bercerita Mengenai Istidraj,Kasih Sayang Ibu Bapa & Tamadun Ilmu Orang Kita Pada Hari Ini.

4) Penulisan Ringkas Yang Santai Lagi Random : Menggunakan Masa Lapang Ke Arah Kebaikan.

5) Penulisan Serius : "Jika Kamu Menolong (Agama) Allah Nescaya Dia Akan Menolongmu".

6) Pelaburan Akhirat - Jika Lelaki Yang Pernah Membunuh 100 Orang Ini Berusaha Untuk Bertaubat,Kenapa Tidak Kita?Bertaubatlah.Sesungguhnya Allah SWT Maha Penerima Taubat.

7) Kisah Penguin Di Antartika Dan Burung-Burung Yang Berterbangan Di Udara Kadangkala Boleh Dijadikan Pengajaran Untuk Sesiapa Yang Memikirkannya.

Itulah Penulisan-Penulisan yang saya sempat tulis sekitar Minggu Lepas (dengan izin Allah SWT,Alhamdulillah).

Saya kongsikannya kembali di sini kerana apa?

Kerana saya yakin ada antara anda yang masih belum membacanya.

Itu sahaja.

Nasihat terakhir saya,janganlah berputus asa merubah diri.Allah SWT Maha Melihat.

Astaghfirullahalazim.

Doakan yang terbaik untuk kita semua.

Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : "Get up and go outside" [C. Nicholls].

P/P/S : Muzik,Seks Liar Kegajahan,Pornografi,Narkotik,Dadah dan Alkohol sedang rancak membunuh Generasi Muda kita secara pantas setiap hari.

P/P/P/S : Ianya bukan sekadar tulisan untuk menunjukkan gaya.

P/P/P/P/S : Need a spaceship,literally.

P/P/P/P/P/S : Aaaa,these P - they just keep coming.



No comments:

Post a Comment