25.6.11

Kisah Penguin Di Antartika Dan Burung-Burung Yang Berterbangan Di Udara Kadangkala Boleh Dijadikan Pengajaran Untuk Sesiapa Yang Memikirkannya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.



kenapa bila menyebut tentang penguin
hanya hitam putih yang difikirkan manusia
pernyataan yang sungguh random
tapi kenapa itu sahaja?

"Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka." [38:27]

ternyata
pemikiran random kita itu kosong
tidaklah Allah SWT Ciptakan alam ini dengan sia-sia
video di atas salah satu buktinya
bagi orang yang berfikir

penguin
mereka bertahan melindungi anak mereka
walaupun angin sejuk mendatangi kuat
angin sejuk bersuhukan -50°C
dari mana naluri ini datang?
SubhanAllah

menyentuh tentang angin
tadi sempat bersiar-siar
siapa yang pergi bersiar-siar?
Penulis

semasa mendaki bukit
di langit
kelihatan sekawan burung
berterbangan
membuat corak berbentuk V

melihat keadaan burung-burung yang berterbangan riang itu
teringat satu ayat Al-Quran

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [61:1]

dan juga ayat ini

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." [17:44]

itu kisah burung
yang berterbangan di langit
di darat
bagaimana pula kisahnya dengan manusia?

ya kita manusia
adakah kita bersyukur kepada-Nya?
mata meliar melihat keliling

terdiam
astaghfirullahalazim.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ditulis sebagai peringatan buat diri sendiri.


6 comments:

  1. How to maintain enthusiasm?

    ReplyDelete
  2. @anon

    sy akn type pjg utk soalan anda.sb ad bbrp org prnh tny sy soalan ini di email.mgkin akn tulis post gak nanti.

    btw,always bear in mind ke mana kita sedang bergerak.semakin hari kita hidup,semakin dekat kita dengan mati.

    dalam konteks orang zaman sekarang,memang tidak dinafikan,sukar mengekalkan momentum iman.

    hendak-hendak jika anda seorang remaja (which im sure you're).saya boleh mencadangkan anda untuk tonton youtube,tapi bila anda menonton youtube,kemudian bila anda off laptop dan rakan2 sblh mengajak anda menonton filem tidakkah itu mencabar?

    saya ada dua link untuk share :

    http://www.bangsamusnah.com/ - i hvnt seen this yet,but from what i read,video/flash clip ini bagus.try tngok.dan muhasabah diri. you need to use chrome untk tngok.

    dan ini

    http://drmaza.com/home/?p=1439

    ye hadis ghuraba ini memainkan peranan penting.

    tapi jawapan mudah untuk soalan anda senang sahaja - jangan putus asa.doa amat penting dalam perkara ini.kerana doa mendekatkan seorang hamba (kita) kepada Allah SWT.luahkan segala2nya dalam doa.doa dalam BM lg bgus. dan YAKIN bahawa Allah akan memperkenankan doa anda.kalau terjatuh,segera bertaubat.

    mgkin anda akan didistract oleh benda laen.tp jgn sskali biarkan kejatuhan anda buat anda xnk bgun blek.nvr gv up - nmpk cam tema joe jambul,tp mmg betul.nvr gv up.sb nikmat dunia ni sikit je banding dgn akhirat.banyakkan baca artikel2 konspirasi jugak untuk ketahui perkara2 semasa - benda ni jgn percaya 100% .tp leh buat kita alert apa sdg berlaku.hence kita akan sentiasa high on the spirit.

    http://ibnuyaacob.com/ blog yang bagus.tp jangan caye 100%. pandai2 tapis .


    http://www.youtube.com/watch?v=U8Zyh75Q8FE
    dan tngok video ini gak.

    aftr all,ini semua hanya cadangan.know what,mungkin kadang2 kita silap sb kita trlampau lama hanya amek teori,tapi tak buat praktikal.cadangan last,cuba bertahajud.bangun.mintak Allah segala2nya.insya-Allah hati tenang.insya-Allah kita akan bangun kembali dri kelemahan.baca tafsir quran.fahami maksud bacaan smyg.

    saya pon slalu low gak.nak2 summer ni.

    ti saya tulis artikel ttg ni.thanks for asking btw.good ques btw.

    assalamualaikum.

    p/s : takde orang leh tukar diri kita melainkan diri kita.setkan minda kita boleh.tidak smstinya kita kena tngok video2 je sbnrnye.bosan jugk duduk dpn laptop je.klu free2 tu,dri kita borak kosong,kita duduk istighfar.duduk jalan2 kat taman,amek angin smbil berzikir.tu pon leh tingkatkan iman kita.lebey kurang la.u knw what i mean.

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah tuan blog.

    sayu melihat penguin2 itu.
    jzkk atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. -50 degree.
    -20++ pun dah separuh nyawa tahan.
    Subhanallah.
    Hari tu ada juga nampak burung-burung terbang bentuk V. Dah sampai Moscow rupa-rupanya burung-burung tu.

    ReplyDelete
  5. Salam
    Bagus. Boleh dijadikan iktibar

    ReplyDelete
  6. Indahnya pengui2 tu..wat teringin nak jadi ayah ja..

    ReplyDelete