15.6.11

Kita Masih Punya Peluang Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan.Janganlah Sia-Siakannya Lagi.Marilah Berubah.Jangan Pernah Berputus Asa Dengan Rahmat-Nya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

kegelapan malam
mampu menukar kain yang putih
menjadi hitam

kegelapan malam
mampu membutakan mata si celik
lemas terkapai-kapai

tapi untuk setiap malam
ada siang yang datang menjelma
menukar gelita menjadi cerah gundana

untuk setiap malam
biar segelap mana
pasti ada cahaya di siang harinya

begitu juga hidup
kita sebagai manusia
hidup di dunia ini ada tanggungjawabnya

jangan sesekali memikirkan hidup ini percuma
ada tanggungjawab yang perlu dilaksana
sebagai hamba

tapi manusia
adat mana yang tidak melakukan kesilapan
silap hari pasti kita tersalah langkah juga

banyak yang berputus asa
tidak kembali
lenyap dalam sejarah dunia

tapi ketahuilah
Allah SWT Maha Penerima Taubat
bertaubatlah kita

bertaubatlah sementara masih ada masa
kerana cahaya itu sentiasa ada
biar segelap mana sekalipun jalan kita pernah lalui

bertaubatlah
jangan fikirkan kata orang lain
kerana kata-kata manusia bisa membunuh

ya Allah
ampunkanlah dosa-dosa kami
berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami

amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Klik sini untuk bacaan lanjut yang bermanfaat.Akan menulis semula dalam waktu terdekat.

P/P/S : Sehebat mana pun kita menganggap diri kita,lihat ke langit,awan ciptaan Maha Pencipta itu lebih tinggi dari KLCC kebanggaan kita.Ingatlah,kita ini hanyalah hamba.Jadilah seorang hamba.Yang patuh pada perintah Maha Pencipta.Semoga istiqamah.Amin.

P/P/P/S : Cukuplah berkata-kata.Marilah mulakan tindakan.



No comments:

Post a Comment