8.6.11

Orang Muda.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

to be honest,
saya secara peribadi,
merasakan,
orang muda ada kuasa yang amat besar untuk mengubah dunia,
amat-amat besar,

tetapi jika,
ya,
jika dan hanya jika,
mereka berada dalam satu semangat dan pasukan yang kukuh,
serta tahu ke mana arah tuju,

jika mereka berada dalam posisi itu,
mereka akan mampu menggegarkan dunia,
ini bukan retorik,
saya tahu tentang ini,

sejarah juga membuktikan tentang perkara yang sama,
lihat sahaja Sejarah Islam sebagai contoh,
berapa ramai kisah orang muda yang membangkitkan Islam,
salahudin,fatih,ali etc,
semuanya orang muda,

malah Soekarno sendiri di rantau ini,
ada berkata tentang orang muda,
berikannya 10 orang pemuda,
nescaya dunia dapat digegarkannya,
lebih kurang begitu quote dari Beliau,
nampak seperti jenaka,
tidak,
tidak jenaka,

kerana apa?
kerana orang muda ini darahnya muda,
semangatnya tinggi,
otak mereka geliga,
mereka tahu selok-belok zaman ini,
kerana mereka asalnya dari zaman ini,
ini zaman mereka,
bukan zaman generasi terdahulu,

dengan semangat dan tenaga yang tinggi ini,
serta kerajinan tanpa henti berusaha,
dunia pasti dapat digegarkan,
kerana satu orang pemuda,
bisa membawa pengaruh kepada seribu orang manusia,
atau mungkin berjuta,
itu sebagai contoh,

tapi malang,
pada hari ini,
kita lihat,
pemuda kita,
lemah,
kerana apa?
tiada ilmu,
tiada visi,
tiada pemikiran,
tiada semangat,
tiada jati diri,
tiada segala-galanya,
luaran mungkin kita hebat,
tapi dalam kita kosong,
saya katakan ini tentang pemuda-pemuda Islam kita,
kita dilekakan dengan dunia,
tapi hendak cakap sudut dunia kita hebat,
tidak juga,
turut sama lemah,
akibatnya boleh dikata,
dunia dan akhirat kita pada masa ini,
dua-duanya goyang,

tapi yang ironi,
di Barat,
dari sudut 'dunia',
cuba lihat,
dari sudut gelombang muzik mereka,
semuanya dikepalai oleh orang muda,
alex turner,pete doherty,carl barĂ¢t,
just to name a few,
mereka itu semuanya arkitek neo-psychedelic era di Barat,
dan mereka itu semuanya bermula,
ketika muda,

apa yang hendak dikatakan di sini,
bukannya menyuruh kita mengikut apa yang mereka buat,
tapi cuba lihat semangat mereka,
mereka ada jati diri,
mereka ada keyakinan,
mereka ada semangat mengemukakan sesuatu yang baru,
dan yang patut dicontohi lagi adalah,
sikap golongan tua mereka yang memberi support,
kepada golongan muda ini,
untuk mengemukakan suatu idea yang baru,

ya,
itu yang kita kurang di dalam konteks masyarakat Islam,
kita orang muda mahukan perubahan,
kita mahu Islam tersebar dengan lebih jauh,
tapi apa sumbangan kita?
kita semua Internet-savvy,
tapi apa yang kita buat dengan menjadi Internet-savvy?

tapi,
berhati-hati juga,
jangan sampai melakukan pembaharuan dalam agama,
yang dimaksudkan dengan usaha orang muda di sini adalah,
satu gerakan oleh orang muda,
dengan semangat muda,
fahamkah?

berbalik kepada persoalan tadi,
apakah yang kita kurang itu?

satu,
kita kurang generasi muda yang optimis,
kita kurang generasi muda yang berani,
berani belajar,
berani dikritik,
berani berkorban,

tapi apa puncanya?
kerana apa berlakunya kekurangan ini?
tiada siapa boleh dipersalah sebenarnya,
tapi kita kena bangkit wahai orang muda,
jangan hanya tahu berkata-kata,
dalam dirimu,
ada potensi yang besar,
tapi gajah itu ditikuskan oleh orang yang tidak mahu kau bangun,

dan yang kedua pula,
kita kurang orang tua yang bersikap membantu,
ada,
mungkin ada,
tapi kebanyakan orang tua kita,
masih lagi sukar menerima perubahan,
ego dalam menerima kenyataan,
gerontokrat bak kata Sasterawan Negara,
enggan memberikan peluang kepada orang muda,
apabila sebut orang muda,
mereka fikir orang muda itu,
hanya perlu diberikan aktiviti hiburan,
bukan sesuatu yang berat,
bukan salah mereka juga,
jika mereka lihat generasi muda kita lemah,

tapi,
apa yang perlu kita ambil pengajaran di sini adalah,
orang muda perlu bangkit,
kerana apa?
kerana orang muda ada potensi yang besar,
di Barat,
mereka mengeksploitasi orang muda,
untuk kepentingan dunia,
dan dalam masa sama,
aura eksploitasi ini,
turut melanda orang muda kita,
tapi sayang,
kerana apa?
kerana orang muda kita bukannya bangkit sebagai pengeksploitasi,
sebaliknya orang muda kita dieksploitasi,
sehingga lupa akar umbi,

orang muda,
jangan jadi follower,
sebaliknya jadilah trendsetter,
dan ingat,
kita orang Islam,
hidup dunia bukan sasaran abadi,
tapi jadikannya sebagai perkakas,
untuk meraih kemenangan abadi di sana kelak,
dan untuk mencari sebanyaknya redha Allah SWT,

apakah kita tidak malu menjadi orang muda yang lembik,
lembik di sini bukan dari segi fizikal,
kerana ramai sebenarnya orang muda kita yang berbadan besar,
tapi lembik kerana tidak mampu berbuat apa-apa,

bangunlah orang muda,
bukan bangun memberontak kosong bajet otai,
tapi bangun menukar dunia kepada satu yang lebih baik,
dengan berilmiah,
dengan bertatasusila,
berlandaskan Islam,
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah,

bangunlah dari tidurmu,
hayatilah kisah Ashaabul Kahfi dalam kitab Al-Quran itu,
dan laksanakanlah,
kerana kita orang muda ada tenaga,
apakah kita mahu mengharapkan orang tua sahaja?
nescaya tidak termampu,
kerana mereka banyak komitmen lain,

bangunlah,
jangan asyik mempersalahkan orang lain,
bangun bukan untuk memberontak mencetuskan huru-hara,
tapi bangun untuk mencari redha Allah SWT,
untuk membangkitkan Islam kembali,
faham?
ilmu perlu dicari untuk melaksanakan misi ini,
tidak cukup dengan semangat,
tapi semangat itu perlu,

bangunlah,
jangan menjadi tikus lagi,
janganlah terus tidur lagi,
janganlah terus bersikap aku-isme lagi,
niatkanlah kerana Allah SWT,

semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita,
dan semoga ini tidak menjadi hanya retorik kosong,
kepada yang membacanya,
dan sudah tentu kepada yang menulis,
semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah-Nya,
dan diberikan kekuatan,
amin.



Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. assalamualaikum..
    terima kasih atas perkongsiannya..
    memang kisah tokoh-tokoh islam banyak membangkitkan semangat saya, juga semangat orang muda yang lain. namun semangat sahaja tidak cukup, kan? kami mungkin masih lemah, dan banyak lagi perlu diperbaiki. moga Allah bantu kami orang muda, moga Allah bantu seluruh orang mukmin.

    ~seorang hamba~

    ReplyDelete
  2. terkenang kata-kata Ustaz Rahmat dalam filem Sang Murobbi,
    ketika seluruh dunia lalai dari melaksanakan tanggungjawab ini, maka biarlah saya yang bertanggungjawab, sebahagian atau semuanya.

    mari kita mulakan, kawan.



    my recent post...bukti kewujudan Allah

    post sebelumnya...hamba zaman sekarang

    ReplyDelete