23.6.11

Pelaburan Akhirat - Jika Lelaki Yang Pernah Membunuh 100 Orang Ini Berusaha Untuk Bertaubat,Kenapa Tidak Kita?Bertaubatlah.Sesungguhnya Allah SWT Maha Penerima Taubat.

Prenote : Maaf penulisan ini banyak menggunakan Bahasa Inggeris.Jika ada yang tidak faham,boleh ajukan soalan kepada saya.Jangan malu,jangan segan.Insya-Allah saya akan bantu terangkan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

[The Book of Destiny (Kitab-ul-Qadr) Muslim :: Book 33 : Hadith 6418]

Abdullah b. Amr b. al-'As reported that he heard Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Verily, the hearts of all the sons of Adam are between the two fingers out of the fingers of the Compassionate Lord as one heart. He turns that to any (direction) He likes. Then Allahs Messenger (may peace be upon him) said: 0 Allah, the Turner of the hearts, turn our hearts to Thine obedience.

“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati,teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” [HR. Ahmad dan at Tirmidzi]

“Ya Allah yang mengarahkan hati,arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” [HR. Muslim]


(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36] [Untuk Bacaan Lanjut,Sila Klik Sini]

Assalamualaikum.

Penulisan kali ini santai sahaja.

Saya mahu berkongsikan dengan anda beberapa kisah benar yang terjadi dalam Masyarakat kita.Saya yakin,semua dari kita pernah menyaksikan kisah-kisah yang bakal saya ceritakan di bawah ini.Atau mungkin perkara ini berlaku kepada diri kita sendiri.Siapa tahu?

Di akhir penulisan nanti,akan saya terangkan sedikit kesimpulan dari kisah-kisah ini.

Selamat Membaca.

*** *** ***

Kisah A

A seorang Anak Muda.Beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai "Budak Baik".Tidak merokok,tidak mencarut,cemerlang dalam Akademik,tidak menonton Porn (ye,ramai Anak Muda menonton Porn pada masa kini - Ibu Bapa,take notes),tidak mengambil Ganja (ramai juga Anak Muda yang ambil dadah untuk tujuan fun - Ibu Bapa take notes yang ini juga),tidak main wanita dan sebagainya.Kata ringkasnya,Budak Suci.

Waktu berlalu.Kini Beliau di Universiti.Akibat kegagalan menyerap "Budaya Asing" yang liar,Beliau tumpas.

Setelah beberapa Purnama berlalu,Beliau kini menghisap rokok,kata-kata carutan bermain di mulutnya etc etc.

Malah,rakan-rakannya yang dahulunya lebih "Liar" daripadanya kini turut terkejut dengan perubahan mendadak A.

*** *** ***

Kisah B

B seorang Gadis.Bersekolah di SMKA.Menyebut latar belakang Pendidikannya,anda akan terus tahu B ini Gadis yang bagaimana.B merupakan seorang yang Aktif dalam berdakwah dalam kalangan rakan-rakannya.Di mana ada Majlis Ilmu pasti disertainya.

Waktu berlalu,B jatuh cinta.Jika dahulu,B seorang yang menjaga batas pergaulannya,kini B dengan mudah membuka pintu untuk lelaki asing bergaul dengannya etc etc.Jika dahulu B memakai pakaian yang sopan etc berlandaskan Syariat,kini B bukan lagi B yang lama,sebaliknya B sudah menjadi B dengan Imej Baru.Memakai Jeans Skinny,baju ketat,tudung tidak menutup dada etc.

Keluarganya puas menasihati,tapi B seakan-akannya sukar menerima nasihat.

Tamat Kisah B.

*** *** ***

Kisah C

C merupakan seorang Jejaka Tampan.Dari kecil,C tidak pernah mendapat Pendidikan Agama yang sebenarnya.C merupakan seorang yang sentiasa tertarik dengan Islam,tapi akibat persekitaran yang mengelilingi Beliau,C lemas.

Di Kampus,C merupakan seorang "Bad Boy".Wanita,Rokok,Arak,Porno - semuanya pernah dirasainya.

Masa berlalu,C mula menyedari ada kekosongan dalam dirinya.Lalu bertekad mencari kebenaran.Dan C terjumpa dengan Islam.

Berkat usaha dan doa untuk berubah,C kini merupakan Imam di Masjid.Walaupun pernah bertatu,C tidak segan untuk berubah.Memang ramai yang tidak berpuas hati dengan C apabila melihat perubahan yang berlaku pada dirinya."Mulut orang",detik hati C.

Tapi C tekad untuk berubah.Tidak memandang belakang lagi.C mendaftarkan diri untuk mengambil Pengajian Islam secara sambilan di IPT etc etc.

Kini C sudah berkahwin dengan Isteri yang mampu membimbingnya ke jalan yang benar.C insaf.

*** *** ***

Kisah D

Orang ramai menggelarkan D sebagai "Gadis Rosak,Bohsia".

Tapi orang ramai tidak mengetahui apakah Punca D menjadi sebegitu.

D merupakan seorang Gadis remaja yang bermasalah.Ibu Bapanya bercerai.Akibat kurang didikan dan kasih sayang,D membesar dengan rakan-rakan yang membawa pengaruh buruk kepadanya.

Satu hari,D didatangi seorang rakan perempuannya di sekolah.Rakannya itu mengajaknya ke Surau untuk bersembahyang.

D malu.Tapi rakannya meyakinkan D bahawa tiada apa-apa yang buruk akan berlaku."Abaikan sahaja mulut orang",nasihat rakannya.

D akur.Di surau,hati D sayu.

Waktu berlalu,D kini mula berubah.D berdoa agar Allah SWT mempertemukannya dengan lelaki yang boleh membimbingnya ke jalan yang benar.

D mula menghadiri Majlis Ilmu.Dalam kata lain,D benar-benar telah berubah.

Ditakdirkan Allah SWT,D berjumpa dengan C (rujuk kisah di atas).

Mereka kini telah berkahwin dan berubah.Mungkin lebih baik daripada orang yang tidak pernah 'rosak'.Mereka bersyukur.

*** *** ***

Apa kesimpulan daripada cerita-cerita di atas?

1) Jangan bongkak merasa hebat - Kita tidak mengetahui apakah kesudahan hidup kita.Allah SWT mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.Dan Dia Maha Berkuasa Membolak-Balikkan hati kita pada bila-bila masa sahaja.Jadi,jangan bongkak.Sentiasalah berdoa kepada-Nya memohon petunjuk dan Hidayah-Nya.Kerana Dia Maha Penyayang,Maha Pengampun.Berdoalah.Nescaya dimakbulkan.Jangan sesekali merasa hebat,lantas berhenti dari mencari Petunjuk dan Keredhaan-Nya.

2) Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan - Sering kali kita dengar orang yang apabila ditanyakan soalan "Bila kau nak stop buat benda buruk ni",mereka menjawab dengan jawapan,"Aku bukan taknak.Tapi susah la bro".Kisah-kisah di atas membuktikan bahawa mereka salah.Malah menunjukkan kepada kita,di mana ada kemahuan untuk berubah,pasti kita akan nampak jalannya.

3) Pentingnya kawan/persekitaran yang baik dalam Proses Perubahan - Untuk benar-benar berubah,kita perlu mencari kawan yang baik dan meninggalkan kawan yang membawa pengaruh yang buruk kepada kita.Tidak jumpa kawan yang baik?Rujuk nombor 2) di atas kembali.Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,


[Bukhari :: Book 7 :: Volume 67 :: Hadith 442] Narrated Abu Musa : The Prophet said, 'The example of a good pious companion and an evil one is that of a person carrying musk and another blowing a pair of bellows. The one who is carrying musk will either give you some perfume as a present, or you will buy some from him, or you will get a good smell from him, but the one who is blowing a pair of bellows will either burn your clothes or you will get a bad smell from him."

4) Bertaubatlah,Allah SWT Maha Penerima Taubat - Biar sebesar mana kita merasakan kesalahan yang pernah kita lakukan,ingatlah,Allah SWT Maha Penerima Taubat.Kembalilah kepada-Nya memohon keampunan.Bacalah Al-Quran.Banyak ayat dalam Al-Quran yang menunjukkan betapa Allah SWT sentiasa Menerima Taubat hamba-hamba-Nya yang telah melakukan kesalahan.

Ada suatu Hadis Rasulullah SAW,yang bermaksud,

[Muslim :: Book 37 : Hadith 6662]

Abu Sa'id al-Khudri reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: There was a person before you who had killed ninety-nine persons and then made an inquiry about the learned persons of the world (who could show him the way to salvation). He was directed to a monk. He came to him and told him that he had killed ninety-nine persons and asked him whether there was any scope for his repentance to be accepted. He said: No. He killed him also and thus completed one hundred. He then asked about the learned persons of the earth and he was directed to a scholar, and he told him that he had killed one hundred persons and asked him whether there was any scope for his repentance to be accepted. He said: Yes; what stands between you and the repentance? You better go to such and such land; there are people devoted to prayer and worship and you also worship along with them and do not come to the land of yours since it was an evil land (for you). So he went away and he had hardly covered half the distance when death came to him and there was a dispute between the angels of mercy and the angels of punishment. The angels of mercy said: This man has come as a penitant and remorseful to Allah and the angels of punishment said: He has done no good at all. Then there came another angel in the form of a human being in order to decide between them. He said: You measure the land to which he has drawn near. They measured it and found him nearer to the land where he intended to go (the land of piety), and so the angels of mercy took possession of it. Qatada said that Hasan told him that it was said to them that as death approached him, he crawled upon his chest (and managed) to slip in the land of mercy.

Jika lelaki yang pernah membunuh 100 orang manusia ini diterima taubatnya oleh Allah SWT,kenapa tidak kita merebut peluang ini juga?Kenapa kita tidak mahu bertaubat?Ingat,Syaitan sentiasa berusaha untuk melengah-lengahkan niat baik kita (Contoh : Kita mahu berubah,tapi Syaitan berbisik supaya kita menangguhkan niat kita).


Itu sahaja untuk kali ini.

Bertaubatlah.

Allah SWT Maha Penerima Taubat.

Kembalilah kepada-Nya.Carilah Ilmu.

Semoga kita semua diberikan petunjuk dan hidayah oleh-Nya.

Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri terutamanya.Sila betulkan jika ada salah silap.Maaf jika ada terkasar bahasa.Ambil jernih,buang keruh.Kongsikanlah link Penulisan ini dengan rakan-rakan/saudara-mara/keluarga yang lain.


6 comments:

  1. banyak kisah menarik untuk dikongsi bersama..


    semoga kita sama-sama dpilh Allah untuk mendapat rahmatNya..

    jemput singgah..klik sini, perkara yang perlu dilakukan jika terlanjur

    sesungguhNya Allah Maha Menerima taubat..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongian.moga dirahmati.

    ReplyDelete
  3. Salam,tuan,kalau tuan ada pengalaman yang menarik di india,sila berkongsi dengan saya di blog saya...semoga Allah melimpahi keberkatan pada tuan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih.Bermakna sungguh penulisan di atas.Saya nak tanya,saudara tahu tak mana mana website yang boleh download ayat ayat suci Al-Quran dalam mp3?Saya pernah cari,tapi susah nak upload.

    ReplyDelete
  5. @Hh

    assalamualaikum
    saudara boleh tngok sini

    http://baikiminda.blogspot.com/2011/03/teknoloji-tutorial-memuat-turun.html

    download software tu .dalam tu ada mp3 untuk Al-Quran sekali satu set lengkap.

    insya-Allah.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.May Allah SWT bless you.Terima kasih banyak banyak! :D

    ReplyDelete