16.6.11

Penerbitan : Refleksi Anak Muda (E-Book Pertama Oleh Pena Maya)/Download Adobe Reader.

Prenote : Penulisan Bahasa-Pasar-Random-Habis-Tidak-Tipu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebelum apa-apa,saya ingin mengucapkan terima kasih.Terima kasih kepada semua.Dan kepada sesiapa yang berkenaan.

Syukur Alhamdulillah,hari ini urusan saya mudah.Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah SWT.

Betapa Allah SWT itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,walaupun kita ini banyak dosa,tetap diberikan rezeki.

Persoalannya - bersyukurkah kita?

Saya tadi siang hari berdoa supaya diluluskan Ujian,walaupun sebenarnya jika difikir logik,memang sukar untuk saya lulus.

Tapi,Alhamdulillah,saya lulus.

Pengajaran - Jangan berputus asa.Okayh?

*** *** ***

Jadi,semasa dalam perjalanan balik ke rumah,saya terfikir untuk menulis.

Tapi,hendak dijadikan cerita,diizinkan Allah SWT,saya mendapat ilham untuk membuat suatu perkara yang menarik.Dan mungkin bermanfaat.

Perkara itu adalah - menghasil dan menerbitkan sebuah E-Book.

Menarik bukan?

Jadi,saya membuat buku ini sejak dari balik tadi.

Dan proses terhenti seberapa ketika akibat hilang fokus.

Kemudian,disambung sehingga sekarang.

Dan resultnya,tada.Siap.

Nanti dulu.Sabar.

Bagi story habis dulu.

Saya mengambil keputusan sebagai permulaan dalam usaha menceburi bidang E-Book ini,untuk menerbitkan koleksi Penerbitan saya yang lama-lama yang saya rasa bermanfaat.

Tapi,mungkin ada yang sedikit kasar.Kerana penulisan itu ditulis sedikit masa dahulu.Semasa saya masih muda.

Tapi saya sengaja letakkan juga.

Supaya menjadi peringatan kepada kita semua bahawa berubah itu ada tahap-tahapnya.Tapi,itu tidak bermaksud kita kena slow-down the step.Kita kena bekerja keras.Tapi,berubah ada tahap.Lama-lama kita akan sedar banyak perkara kita sudah berubah.

Okay.

Sebenarnya saya tulis artikel ni dah lewat.

Saya sudah penat.

Jadi,tanpa membuang masa,saya mempersembahkan Refleksi Anak Muda - E-Book Pertama Pena Maya!

Klik di sini untuk download E-Book.

Anda hanya memerlukan Adobe Reader untuk membaca E-Book Pena Maya itu.Dan sudah semestinya sebuah komputer,atau telefon bimbit yang mampu membaca E-Book.Ke anda mahu buat jenaka santai dengan membaca E-Book itu dengan menggunakan Mesin Jahit Singer tahun 1920-an?

Haha.Okay.Serious menjadi lawak anda kalau anda betul-betul buat begitu.

By the way,kalau tiada Adobe,anda boleh download Adobe di sini.

Itu sahaja.

Selamat Membaca.

Semoga Bermanfaat.

Ini snippet dari E-Book saya.

Penerbitan Sulung oleh Penulis Blog Pena Maya ini merupakan satu usaha kecil untuk memperbanyakkan bahan bacaan dengan tema “Kembali Kepada Maha Pencipta”.Sasaran utama Penulisan adalah Golongan Muda Islam Urban yang kebanyakannya ingin kembali kepada jalan yang diredhai Allah SWT ini,tetapi masih teragak-agak untuk memulakan langkah.Diharapkan dengan Penulisan ini sedikit sebanyak dapat membuka pintu mereka-mereka yang dahagakan perubahan untuk berubah dan terus istiqamah dalam perubahan.Insya-Allah.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Seriously tulisan serabut kan?Ini kerana saya sudah tidak larat.Saya perlukan tenaga.Bila sebut tenaga,bermaksud Biskut Tiger.Lawak tak?Okay,tak lawak ea?Maaf.Bye.

P/P/S : Sebenarnya boleh je saya tulis Artikel Penerangan tentang E-Book ni esok,tapi saya taknak tangguh.Entah esok saya dah tiada.Siapa tahu?Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Kita manusia,jangan tangguh lakukan kebaikan.Tahu?



5 comments:

  1. Salam..tahniah sebab dah berjaya keluarkan sebuah E-book..mungkin ini salah satu tapak permulaan untuk hasilkan buku pulak lepas ni...insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. congrats bro!

    ReplyDelete
  3. Tahniah anak muda. Moga2 ia terkategori sebagai ilmu bermanafaat yg ada imbuhannya hingga ke akhirat.

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua.doakan yang terbaik .amin.

    ReplyDelete