23.6.11

Penulisan Ringkas Yang Santai Lagi Random : Menggunakan Masa Lapang Ke Arah Kebaikan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Pernahkah anda cuba menggoreng telur,dan cita-cita anda adalah untuk menggoreng telur yang bahagian orennya tidak berapa masak,kiranya telur goreng mata lembik,dan apabila anda cuba mengangkat telur itu,bahagian oren itu pecah,tumpah ke atas pinggan anda tanpa rasa bersalah - pernahkah anda mengalami keadaan ini?Tentunya mengecewakan perasaan anda bukan? [Quote]

Saya sudah lama tidak menonton dan membaca video dan Penulisan Islamik di Internet.

Dan keadaan ini sangatlah tidak bagus buat diri saya.

Ini kerana,saya secara peribadi berpendapat,untuk mengekalkan diri kita dalam keadaan 'sentiasa mengingati Allah SWT',kita perlulah sentiasa mengingatkan diri kita dan mengoccupiedkan diri kita dengan bacaan/video Islamik.

Sekadar memetik kata-kata seorang Rakan saya,

Sesaat kita tidak mengingati Allah SWT,senang Syaitan masuk jarum terhadap kita.

Mungkin ada pro kontra statement Beliau itu,tapi pada pendapat saya,ada kebenarannya.

Jika sudah setiap hari kita asyikkan diri kita dengan perkara-perkara yang mungkar,bagaimana boleh kita mengingati Allah SWT?

Jadi,sementara ada masa lapang yang banyak buat beberapa ketika ini,saya bercadang untuk menggunakannya sebaik mungkin.

Di bawah ini saya senaraikan beberapa cadangan yang anda boleh gunakan untuk memanfaatkan masa lapang anda.Perkara yang bermanfaat yang saya maksudkan di sini adalah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.


1) Membaca PDF buku Islamik.Saya buat masa ini sedang membaca sebuah buku bertajuk Diseases Of The Hearts & Their Cures karangan Ibn Taymiyyah.Buku ini amat bermanfaat dan menginsafkan pada pendapat saya.Diharap saya dapat menghabiskannya dalam masa terdekat dan berkongsi dengan anda apa yang saya baca.Anda boleh download PDF ini di link ini.Di situ juga ada banyak lagi buku-buku bermanfaat yang anda boleh baca.Alang-alang kita ada laptop/handphone mahal etc etc,kenapa kita tidak gunakannya ke arah kebaikan?

2) Menonton video Islamik Youtube.Channel yang bagus adalah Khalifahklothing.Dari situ anda boleh discover channel-channel lain lagi.

3) Membaca artikel-artikel Islamik di blog yang bagus.Antaranya MuslimMatters dan juga SuhaibWebb.Com.Tentu ada yang bertanya kenapa semuanya dalam Bahasa Inggeris.Ini kerana walaupun saya menulis dalam Bahasa Melayu,saya secara jujurnya lebih gemar membaca dalam Bahasa Inggeris.Kenapa?Supaya dapat saya praktikkan Bahasa Inggeris saya.Maklumlah,belajar di Negara Soviet ini jarang dapat guna English.

Itulah antara perkara yang saya ingin buat sepanjang ada masa lapang ini.Atau sekurang-kurangnya mencuba.Anda juga boleh mencuba alang-alang mempunyai banyak masa lapang.Jangan sia-siakan masa lapang anda.

Dan yang lebih bagus adalah jika selepas anda melakukan perkara-perkara di atas,anda sebarkan Ilmu yang anda dapat itu bersama keluarga dan orang sekeliling anda.Mungkin melalui lisan,blog,FB etc.Bukankah bagus begitu?

Saya sharekan perkara ini bukan untuk riak.Tapi sekadar berkongsi sesuatu yang saya rasa boleh kita manfaatkan bersama.Kalau anda di Malaysia sebenarnya lagi bagus.Tahu kenapa?Anda boleh menghadiri Majlis-Majlis Ilmu di Masjid/Institusi berdekatan.

Dalam konteks saya,ianya agak mustahil.Kerana saya tidak berada di Malaysia.Menggunakan Internet adalah medium paling mudah dan pantas untuk saya mendapatkan Ilmu tentang Islam.

Itu sahaja untuk kali ini.

Wallahualam.

Saya tulis random sahaja petang ini.

Maaf kalau ada tersalah bicara.Terkasar bahasa.Tersalah info.Tiada niat melakukannya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.



No comments:

Post a Comment