23.6.11

Penulisan Serius : "Jika Kamu Menolong (Agama) Allah Nescaya Dia Akan Menolongmu".

Prenote I : Saya amat memohon kerjasama anda semua untuk memperbetulkan sebarang kesilapan yang ada di dalam Penulisan ini.Ini kerana,saya merasakan inilah antara Penulisan yang paling berat saya pernah tulis setakat ini.Berat kerana saya meletakkan banyak Ayat Al-Quran dan Hadis.Jadi,tolong betulkan sebarang kesilapan yang didapati dalam Penulisan ini.

Prenote II : Saya hanya seorang hamba Allah SWT.Menulis Penulisan ini bukan berlagak Hero.Tapi,lebih kepada berpegang dengan Prinsip "Kerana Ianya Satu Kewajiban".


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). [3:200]

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. [14:27]

Assalamualaikum.

Saya baru membaca satu Penulisan di Tumblr yang anda boleh baca di sini.

Penulisan tentang Lambakan Rancangan Realiti di Malaysia.

Ala,cliché la lu bro.
Asyik-asyik condemn AF!
Tipikal nye komen!
Ortodox!
Jumud!

Sorak manusia-manusia lain dari belakang kemarahan.

Teringat saya satu Penulisan yang saya baca beberapa hari lepas,yang di dalamnya mengandungi ayat berbunyi "engkau berjuang kerana apa?".

Teringat pula saya komen seorang yang mengaku dirinya sebagai Liberal di dalam Penulisan saya pada pagi ini (yang saya yakin bahawa saya amat mengenali siapakah gerangan Anon yang memberi komen itu).

Yang membuatkan saya terfikir,

Dalam menyebarkan kebenaran,kita akan hilang banyak perkara.
Kita akan hilang ramai kawan.
Kita akan dilihat tidak popular.
And whatever.
Siapa yang mahu kebenaran?
Hanya orang yang sedar sahaja yang mahukan kebenaran.
Dan orang-orang yang 'sedarkan' apakah keadaan sebenar yang sedang berlaku ini,pasti akan ditentang oleh mereka yang lain.

Dalam kata lain,perjuangan menyatakan kebenaran bukan mudah.

Jika hendak mudah dan jalan 'popular',itu bukan perjuangan menyatakan kebenaran.

Lihat sahaja Sejarah kita.

Lihat Malcolm X sebagai contoh,apakah yang diperjuangkan Beliau?

Kebenaran.

Apakah perjalanan hidupnya?

Adakah menggembirakan?

*** *** ***

Let me be clear.

Islam hanya ada satu.Kita tidak boleh menukar ajaran Islam mengikut hawa nafsu kita.

Kerana 'penukaran' Islam ini hanya akan membawa kepada Pencemaran/Pembaharuan.

Hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,

Maksudnya: 'Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu'. Hadith hasan sahih. [Sumber : Link]

Nampak?

Saya bukan seorang Ulama.Saya hanya seorang hamba Allah SWT.Yang lemah.Yang mencari kebenaran.Dan saya sering tergelincir.

Tapi,walaupun saya seorang yang sering tergelincir,saya tahu,bahawa jalan ini (Islam) merupakan jalan yang benar.Al-Quran merupakan Panduan bagi seluruh Umat Manusia.Ia (Islam) merupakan satu-satunya jalan yang dapat membawa kita kepada kejayaan hidup di dunia dan akhirat.Kebenarannya jelas.Ibarat kata Orang Tua,"Sudah jelas terang lagi bersuluh".

Jadi,apabila ramai manusia yang memutar-belitkan "Islam" mengikut nafsu mereka,ini adalah mengecewakan.

Tapi,kecewa tidak boleh membawa ke mana-mana.

Kita mesti berusaha mencari Ilmu untuk menyebarkan Islam yang sebenar kepada seluruh dunia.

Mereka akan berkata,"Ekstremis/Ortodox whatever".Tapi kita mesti tanya diri kita,kita hendak mencari pangkat pengaruh dunia,atau kita hendak mencari redha Allah SWT?

Jadi,ianya merupakan satu tanggungjawab untuk kita Umat Islam bangun.

Tapi,berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Bukannya bertindak gedebe-kesamsengan-bergaduh,tapi Solat Lima Waktu kita tinggalkan.

Bukan begitu.

Kita banyak perkara yang perlu diperbaiki.Bangunlah.

*** *** ***

Saya terbaca suatu Penulisan.

Dalam penulisan itu ada ayat Terjemahan ayat Al-Quran di bawah (Penulisan dalam Bahasa Inggeris,tapi saya letakkan Ayat Al-Quran dalam Bahasa Melayu) :

Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.
[8:64-66]

Ayat Al-Quran di atas menunjukkan betapa pentingnya sikap bersabar dalam Perjuangan.

Di dalam Penulisan yang sama juga,ada dinyatakan,

[Bukhari :: Book 6 :: Volume 60 :: Hadith 175]

Narrated Ibn Abbas:

When the Verse:-- "If there are twenty steadfast amongst you, they will overcome two hundred." (8.65) was revealed, then it became obligatory for the Muslims that one (Muslim) should not flee from ten (non-Muslims). Sufyan (the sub-narrator) once said, "Twenty (Muslims) should not flee before two hundred (non Muslims)." Then there was revealed: 'But now Allah has lightened your (task)..' (8.66)

So it became obligatory that one-hundred (Muslims) should not flee before two hundred (non-muslims). (Once Sufyan said extra, "The Verse: 'Urge the believers to the fight. If there are twenty steadfast amongst you (Muslims) ..' was revealed.) Sufyan said, "Ibn Shabrama said, "I see that this order is applicable to the obligation of enjoining good and forbidding evil."

Dan juga ini,

[Muslim :: Book 40 : Hadith 6865]

Al-Bara' b. 'Azib reported Allah's Apostle (may peace be upon him) as saying: This verse:" Allah grants steadfastness to those who believe with firm word," was rereaied in connection with the torment of the grave. It would be said to him: Who is your Lord? And he would say: Allah is my Lord and Muhammad is my Apostle (may peace be upon him), and that is (what is implied) by the words of Allah, the Exalted:" Allah keeps steadfast those who believe with firm word in this world and in the Hereafter."

Jadi,kita umat Islam,bersabarlah.Carilah redha Allah SWT.Bukannya redha manusia.

*** *** ***

Sebenarnya,jika difikir-fikir balik,kita memang perlu menyebarkan kebenaran,atau dalam konteks ini,menyebarkan Islam.

Kita wajib mencari Ilmu untuk memahami Islam.

[Dawud :: Book 25 : Hadith 3634]

Narrated AbudDarda':

Kathir ibn Qays said: I was sitting with AbudDarda' in the mosque of Damascus.

A man came to him and said: AbudDarda, I have come to you from the town of the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) for a tradition that I have heard you relate from the Apostle of Allah (peace_be_upon_him). I have come for no other purpose.

He said: I heard the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) say: If anyone travels on a road in search of knowledge, Allah will cause him to travel on one of the roads of Paradise. The angels will lower their wings in their great pleasure with one who seeks knowledge, the inhabitants of the heavens and the Earth and the fish in the deep waters will ask forgiveness for the learned man. The superiority of the learned man over the devout is like that of the moon, on the night when it is full, over the rest of the stars. The learned are the heirs of the Prophets, and the Prophets leave neither dinar nor dirham, leaving only knowledge, and he who takes it takes an abundant portion.

Kita tidak boleh menyerahkan tanggungjawab memahami Islam hanya kepada bahu Golongan Tertentu.

Ini kerana,jika kita tidak memahami Islam yang sebenar,kitalah yang akan rugi.

Nak-nak pula pada zaman sekarang ini,di mana kejahilan berleluasa.Sehingga ada yang mengatakan "Gay itu dibolehkan".Lebih memburukkan keadaan,mereka mengaitkan pernyataan mereka itu dengan nama Islam.Astaghfirullahalazim.Apakah itu?

Apakah kita hanya mahu duduk bersilang tangan menonton Cerekakura pada hari Sabtu,ketika Fitnah berleluasa di luar sana?

Jika kita tiada Ilmu,dengan mudah kita akan terpengaruh dengan pernyataan-pernyataan yang tiada asas ini.Pernyataan yang dibuat dengan berteraskan nafsu semata.

Ibu Bapa adalah WAJIB (pada pendapat saya) melengkapkan anak-anak dengan Ilmu tentang Islam.Bukan hanya Anak-Anak,malah Ibu Bapa sendiri WAJIB mendalami Islam yang sebenar.

Ini kerana,ketika mereka masuk ke sekolah Asrama/Universiti nanti,pelbagai Pemikiran Pelik akan datang kepada mereka.Anak-Anak yang kurang Ilmu dan kefahaman,pasti tewas.

Bagaimana saya tahu?Kerana saya juga Orang Muda.Ini zaman di mana Penipuan disebarkan dengan begitu licik.Licik sehingga kita tidak sedar kita telah terjatuh ke dalamnya.

Kita perlu menukar persepsi pandangan kita terhadap Islam.Jangan hanya pandang Islam itu sebagai suatu 'Agama'.Sebaliknya,pandanglah Islam itu sebagai satu cara hidup yang benar.Ala,susah pulak nak terangkan.Takpe.Insya-Allah anda faham apa saya tulis ini.Kita mesti sedar,dunia ini hanya sementara.Akhirat itu yang sedang ditujui kita.Jadi,carilah redha Allah SWT.

Golongan Liberal pasti tidak senang duduk dengan Penulisan saya ini.Tapi,saya bukan menulis untuk mencari keredhaan mereka.Jadi,maafkan saya kerana menulis sesuatu yang tidak menyenangkan hati kamu semua wahai Golongan Liberal.Dan saya berdoa agar Allah SWT Memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita semua dan sesiapa yang mencari kebenaran.Amin.

*** *** ***

Adalah menjadi harapan saya untuk terlibat dalam Kegiatan Dakwah secara lebih giat selepas habis belajar di sini nanti.Kerana saya ada kebolehan dan pengalaman (ini bukan self-confident melampau),jadi adalah perlu saya menggunakannya ke jalan Allah SWT.Ini kerana,

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [Muhammad : 7]

Tapi,ada satu perkara yang saya dan anda semua perlu berjaga-jaga.

Apakah itu?

Iman yang selalu turun dan naik.

Ya.Iman memang selalu turun dan naik.Kita tidak boleh bongkak.Semua ini datang dari Allah SWT.

Tapi,kita mesti sentiasa berdoa untuk mengekalkannya.




Untuk mendapat Hidayah Allah SWT,dan supaya sentiasa berada di atas jalan yang lurus ini,kita perlu bermohon kepada Allah SWT.

Ini kerana hanya Dia yang boleh Memberikan kita Hidayah ke arah kebenaran.

Berdoalah.

Jangan berputus asa.

Jangan sesekali berputus asa.

*** *** ***

Dalam kita menjalani kehidupan,sentiasalah ingat bahawa setiap perbuatan kita sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT.Dia Maha Melihat.

Bertaubatlah.Kembalilah kepada Allah SWT.Sama-samalah kita mencari Ilmu.Semoga kita semua sentiasa berada dalam keredhaan-Nya.

Itu sahaja untuk kali ini.

Betulkan salah silap.Ambil jernih,buang keruh.Maaf jika ada terkasar bahasa.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. salam,
    sebenarnya mahu komen di entry tentang istidraj, ibu bapa so on tu.

    tapi alang2 boleh rangkumkan sekali iA.

    pertama, tahniah kerana berjaya menulis satu entry yang panjang dan berisi. sebab tak semua orang mampu buat benda ni.

    kedua, tentang tamadun ilmu di mesia. -realitinya masyarakat kita memang lebih gemar 'menonton' daripada membaca. tambah lagi bila trend sekarang mengadaptasi novel ke filem/drama.
    -buku ilmiah di mesia mahal. orang terpaksa berfikir banyak kali untuk beli. kalau buku yang diterjemah lagilah komisen yang diambil tinggi. maka, daripada tak beli apa-apa, masyarakat kita akan pilih untuk beli novel yang mereka 'mampu'.
    mungkin penyelesaiannya adalah, kita sogok semua penulis novel untuk tulis sesuatu yang 'berat'. supaya semua novel jadi novel yang berisi dan berilmiah. pakej 2 in 1.


    ketiga, tentang program realiti di mesia.
    masyarakat kita memang dah 'kelemasan' dalam kebanjiran program hiburan tak berfaedah macam ni.
    dan atas langkah itulah tiba-tiba program imam muda. dan sekarang solehah-ustazah pilihan diterbitkan. sebagai alternatif.
    cuma kita lebih arif fitnah wanita itu sangat besar bila wanita dibawa ke depan. maka, untuk menjamin program yang 'bermanfaat' sebegini jadi 'alternatif' dan bukannya jadi fitnah adalah kita sendiri yang faham agama ni perlu terjun secara serius dalam bidang pengacaraan dan penyebaran media ni.
    susah. dan akan ambil masa. tapi insyaAllah boleh.
    saya personally, tak setuju. tapi bila dilihat dari aspek yang lain, ada baiknya walaupun sikit.
    dan sekarang ni, 'penerjunan' secara beramai-ramai dalam bidang macam ni macam sudah jadi kewajipan. supaya suara kita didengari. kalau setakat cakap-cakap, komen situ sini, saya rasa... kita macam tak buat apa-apa lebih kurang.

    so mantapkan diri, tambahkan kefahaman diri dan orang sekeliling untuk tukar trendsetting masyarakat ni. jangan berseorangan. kita tak mampu nak lawan arus nanti.

    keempat, maaf komen terpanjang.

    ReplyDelete