17.6.11

Realiti Semasa : Kegilaan Pemikiran Berpolitik Melampau-Lampau Dalam Kalangan Umat Islam Di Malaysia.

Prenote : Sila baca Penulisan ini dari pandangan seorang umat Islam,hamba Allah SWT.Bukannya dari pandangan Ahli Parti X atau Y atau Z.Dan diingatkan,ini pendapat peribadi.Tiada niat menghentam sesiapa.Just menyuarakan opinion saya yang tidak seberapa ini.Dan ditegaskan,saya manusia biasa,bisa melakukan kesilapan.Jika ada salah silap,minta betulkan dan maafkan.Itu lebih baik.Terima kasih.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebelum meneruskan,saya ingin quote beberapa perkara yang saya baca pada hari ini di Internet.

Nothing ruins the light of guidance like arrogance. [Link]

Tend to overreact. That's typical "orang kita". Siasat dulu beb. Jgn suka2 ati nak label this and that. [Link]

Sebenarnya yang untung bukan orang Islam bila bergaduh sesama sendiri dalam politik ini. [Link]

Saya jarang menulis tentang Isu Politik.

Tapi,pada hari ini,akibat terlalu penat,muak dan jemu dengan realiti semasa,saya ingin membuat statement pandangan saya terhadap Dunia Politik Orang Melayu kita,yang kebanyakannya beragama Islam.Jadi,apabila ianya melibatkan umat Islam,saya merasakan perlu untuk memberi sedikit pandangan,agar sama-sama dijadikan Tauladan.Niat memberi nasihat bukan berlagak hero,sekadar pandangan seorang saudara kepada saudara-saudaranya yang lain.

1) Firstly,saya secara peribadi tidak pro kepada mana-mana Pihak,baik pihak Kanan atau Kiri.Prinsip saya,tidak perlu taksub.Ini kerana,yang benar tetap benar.Yang salah,tetap salah.Yang ego,tetap ego.Yang angkuh,tetap angkuh.Ketaksuban kepada suatu bendera akan menyebabkan seseorang tersepit apabila tiba suatu keadaan yang menuntut Beliau membangkang/menegur tindakan Pihak yang disokongnya.Dalam kata lain,ketaksuban akan membuatkan seseorang itu menjadi taklid buta,even bila secara jelas Pemimpin Parti X atau Y atau Z membuat kesilapan.

2) Saya secara peribadi amat sedih apabila sebahagian besar Majoriti Rakyat Malaysia,apabila seseorang itu cenderung ke arah Islam,mereka mengecop seseorang itu dengan gelaran "Ahli Parti X".Dan jika seseorang itu sepertinya ingin menasihati Parti Y,mereka dengan pantas mengecop manusia itu sebagai "Pembelot,Ahli Parti Y".Kebijakan apakah ini?Apakah semua perkara perlu dikaitkan dengan Politik?Apakah tidak wujud istilah 'seorang manusia yang ingin menasihat seseorang tanpa ada sentimen Politik'?Apakah semua perkara kebaikan yang dilakukan oleh seseorang yang berpengaruh itu semata-mata untuk mendapat kuasa dan harta?Sejak bila masyarakat kita menjadi begitu materialis-duniawi?Ke manakah hilangnya sikap "bersangka baik" dalam kita Umat Islam?

3) Tapi,memang tidak dinafikan,banyak juga pihak yang melakukan sesuatu untuk mengambil kesempatan dan populariti.Tapi,itu bukan hak kita untuk melabelkan semua orang sesuka hati kita.Kita mesti jauhi sikap hasad dengki yang tidak bermanfaat ini.

4) Perkara ini (sikap berpuak-puak/berparti) hanya membawa kepada jurang yang lebih besar dalam kalangan rakyat Malaysia (yang mana dalam konteks ini Umat Islam).Dan seterusnya pada akhirnya akan membawa perpecahan kepada Umat Islam.Ini adalah bencana yang amat besar sekali.Sehinggakan pada satu tahap,perpaduan sesama sendiri ditolak atas sentimen Politik.Yang ingin mengajak untuk bersatu padu pula,juga bersentimenkan Politik.Apakah semua ini?Ke manakah kewarasan kita?

5) Yang lebih membimbangkan adalah dakwah yang berkemungkinan terhenti akibat dasar sentimen Parti Politik.Astaghfirullahalazim.

6) Masih tidak clear?Begini.Jika keadaan berpuak-puak ini berterusan,tidak mustahil,apabila ada seorang hamba Allah SWT ini yang ingin menyebarkan Islam ke Parti X dan Y,tapi ditolak oleh kedua-dua mereka.Tahu kenapa?Parti X menolak mereka kerana menyangkakan bahawa hamba Allah SWT ini adalah orang Parti Y yang cuba menyebarkan Propaganda Parti Y kepada mereka.Yang pihak Parti Y pula menolak nasihat yang diberikan oleh hamba Allah ini hanya kerana hamba Allah ini pernah memberikan ceramah kepada suatu kelompok yang majoriti hadirinnya adalah orang Parti X.Last-last,hamba Allah ini sukar menyebarkan Islam.Siapa rugi?

7) Yang lebih merbahaya tahu apa?Persepsi orang yang belum Islam terhadap Islam itu sendiri.Ya,jika orang yang belum memeluk Islam itu seorang yang berilmu,pasti Beliau berfikir 'Islam tidak mengajar ini,orang Islam sahaja yang tidak mengamalkan Islam itu dengan sebenar'.Tapi bagaimana pula dengan orang yang belum memeluk Islam,kurang pula ilmunya dan sedang mencari-cari definisi kehidupan?Apa kata jika Beliau baru tertarik dengan Islam,tapi bila melihatkan gelagat orang Islam di Media Massa pada hari ini yang suka bergaduh sesama sendiri,apakah Beliau masih tertarik dengan Islam?Kita bersalah jika kita menimbulkan salah faham begini (ini pendapat peribadi saya,sila betulkan jika salah).

8) Pihak Pemimpin perlu faham,majoriti rakyat kita adalah golongan yang tidak suka membaca.Jadi,Majoriti rakyat kita mudah dipengaruhi dengan sentimen dan emosi.Lihat sahaja Umat Islam di Negara kita,baik dari kalangan kanan atau kiri,mudah benar dipengaruhi berita yang tidak pasti.Jadi,sila jangan suka menggunakan sentimen emosi.

9) Kita di Malaysia,dalam kepala hanya fikir Politik.Berjuang semata untuk Parti (bukan semua,tapi majoritinya begitu).Berjuang semata untuk menang Pilihan Raya.Apakah kita lupa apakah tugas kita sebenar di muka bumi ini?Apakah kita melakukan tugas untuk mencari populariti dan redha manusia,atau kita mencari Redha Allah SWT?Tidak semua orang di Malaysia begitu.Ya.Tidak semua.Tapi majoriti begitu.Tidak percaya?Cuba baca blog Politik.Tidak kira Parti X,Y atau Z.Boleh rosak IQ kalau baca.Serious cakap.Fitnah berleluasa.Tapi,bila kita cakap statement macam ini,orang tuduh kita "Pembelot".Aiseh.Susah-susah.

10) Saya terfikir-fikir,kalaulah semua orang di Malaysia asyik berpolitik,siapa yang hendak sebarkan Islam dengan sebenar-benarnya?Ya,memang Politik itu perlu.Tapi yang paling penting adalah Akidah itu dahulu.Lihat sahaja Psikologi Rasulullah SAW dalam berdakwah.Perkara pertama yang ditackle Baginda SAW adalah memperbetulkan Akidah orang Arab ketika itu.Menyokong Parti X,Y atau Z,tidak menjadikan kita seorang Muslim yang baik.Saya pernah berjumpa dengan manusia yang menyokong Parti X.Dan Beliau ini bercerita tentang Islam etc,tapi perkara yang wajib dilakukan sebagai umat Islam iaitu Solat Lima Waktu ditinggalkan Beliau.Bukan seorang dua sahaja yang berperangai sebegini.Ramai.Amat ramai.Bukti jelas yang menunjukkan bahawa Dakwah Islam sebenar perlu dijalankan dengan lebih kuat.

Kesimpulan yang saya dapat berikan di sini adalah :

Kita perlu kembali kepada Islam yang sebenar.Dan carilah Ilmu.Fikir dengan akal dan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah,bukannya menggunakan Emosi Perkauman/Kepartian or whatever they call it nowadays.

Faham?

Jangan buat orang semakin lari daripada Islam itu sendiri.

Dan ya,buat Kaum Tua,sementara kamu semua berbalah merebut kuasa,tidakkah kamu sedar,Anak-Anak Muda kita semakin hari semakin parah keadaannya?Apakah ada nasihat ikhlas yang kamu berikan kepada mereka?Atau kamu hanya berfikir bagaimana hendak menang Election?

Saya bukan menulis untuk membangkang Kerajaan.Come on.Penatla bila tulis macam ini orang ingat kita Pembangkang,nak tarik scholar.Apakah nonsense ini?Ini juga bukan Penulisan Emosi.Just pandangan seorang Anak Muda yang perlu difikirkan sesama kita.Saya tulis ikhlas.Kerana memikirkan masa depan kita semua.Dan kerana mencari keredhaan Allah SWT.Bukan untuk mendapat kuasa atau populariti (dan semoga dijauhkan dari riak).

Kerana pada akhirnya,kita semua akan datang berseorangan juga menghadap Allah SWT.

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). [6:94]

Kita kena ingat,sekarang zaman Internet.Orang tidak mudah ditipu.Tapi ramai juga orang yang menipu dengan internet.Nampak flow?

Dan kita juga kena ingat,dalam masa kita bergaduh sesama sendiri,umat Islam semakin jatuh.Yang untung bukan kita,tapi?Fikir-fikirkanlah.

Carilah Ilmu.Allah SWT Maha Melihat.Labelisme hanya membawa kepada perpecahan.Sebarkanlah Islam dengan gigih dan kuat.Kepada semua manusia.Kita perlukan lebih ramai Tenaga Pendakwah.Jangan buat sesuatu yang menyebabkan Golongan Muda hilang minat kepada Islam.Jangan!

Bersihkan hati.

Wallahualam.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Mungkin kerana terlalu selesa,kita lupa tujuan sebenar.Berubahlah.Allah SWT Maha Melihat,dan Maha Mengetahui apa yang berada dalam hati dan dada kita semua.Kita semua akan kembali kepada-Nya juga satu hari yang pasti nanti.

P/P/S : Kita semua orang Islam bersaudara.Kenapa perlu bergaduh?Nampak seperti anganan Utopia,tapi persoalannya tetap sama,kenapa kita perlu bergaduh?Allah SWT Maha Melihat.Sama-samalah kita menasihati sesama sendiri.Kita boleh berbaik dengan orang bukan Islam,kenapa tidak kita berbaik sesama kita juga?Fikir-fikirkanlah.Masyarakat Islam yang bersatu padu akan membawa kekuatan dan akhirnya memudahkan urusan kita untuk menjalankan Syiar Islam itu sendiri.Faham?Just my two cents.



3 comments:

  1. Jangan mengoyak akhirat semata - mata untuk menampal dunia....

    "Moga dicintai Allah"

    ReplyDelete
  2. Salam,mashaAllah,coretan yang menarik,
    Tuan blog,saya menjemput saudara untuk memberikan pandangan terhadap artikel yang di tulis oleh saya.Semoga Allah swt memberikan kebaikan kepada saudara.

    ReplyDelete