22.6.11

Realiti Semasa/Motivasi/Santai : Bercerita Mengenai Istidraj,Kasih Sayang Ibu Bapa & Tamadun Ilmu Orang Kita Pada Hari Ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah SWT,pada hari Isnin lepas saya telah lulus semua peperiksaan untuk Semester ini.Tidak cemerlang.Sekadar lulus.Tapi itu adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan buat diri saya.

Ini kerana setelah sekian lama menuntut di Negara Soviet ini,inilah pertama kali saya berjaya melepasi semua peperiksaan tanpa perlu repeat paper.Semuanya 'lulus' dengan bergaya dengan 'sekali ambik' sahaja.Alhamdulillah.

Susah beb belajar sini.

Apa yang saya dapat lihat di sini adalah bahawa,semakin banyak kita bersyukur kepada Allah SWT,insya-Allah,semakin mudah urusan kita.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". [Ibrahim : 7]

Kita mungkin tidak nampak perkara ini.Tapi percayalah,jika kita bersyukur,nescaya Allah SWT Tambahkan nikmat-Nya kepada kita.

Yang penting,kita niatkan perbuatan kita ikhlas kerana Allah SWT.Bukan kerana perkara lain.Bukan untuk riak etc.

Kadangkala bimbang juga bila memikirkan exam yang lepas sebegitu bergaya kali ini.Boleh jadi ini satu Ujian (yang sememangnya merupakan satu Ujian).Bimbang menjadi Istidraj.

Rasullulah SAW bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ". [Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi].

Rasullulah (SAW) said :"When you see Allah (SWT) gives good fortunes to his slaves who are always committing sins (disobedient),know that the person is being given istidraj by Allah (SWT)." [At-Tabrani, Ahmad and Al-Baihaqi]

Istidraj ini mengikut apa yang saya faham (sila betulkan jika saya silap) adalah apabila rezeki diberikan kepada seseorang oleh Allah SWT,lantas menjadikan orang itu semakin jauh dari Allah SWT.

Ini kerana,ada orang yang tidak berusaha juga boleh mendapat rezeki.Orang yang menipu juga boleh mendapat rezeki.

Jadi,apa yang perlu kita buat apabila mendapat rezeki seperti ini adalah supaya sentiasa bersyukur.Bersyukur dan menguatkan lagi usaha dan doa.

Dan sekarang ini,saya ada banyak masa lapang.

Sabda Rasulullah SAW : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]

Sebenarnya,mengikut pemerhatian saya,semakin sibuk saya,semakin banyak saya menulis.Tetapi,semakin free saya,semakin malas saya menulis.

Kenapa?

Rujuk kembali Hadis di atas.

Dan kaitkan dengan diri anda.

Kemudian kaitkan pula dengan Surah Al-'Asr.

Dan tanya diri kita semua,adakah kita pada ketika ini termasuk dalam golongan orang yang rugi,atau orang yang beruntung?

Apa-apapun,dalam penulisan kali ini saya tidak mahu menulis berat.Hanya beberapa perkara ingin dicoretkan untuk dijadikan peringatan buat kita semua.Semoga bermanfaat.

*** *** ***

Hari ini,Senior saya meminta saya menjaga anaknya semasa ketiadaan Beliau pergi mengambil Peperiksaan.

Apa yang hendak saya sampaikan kepada anda bukannya kebergayaan saya menjaga kanak-kanak tersebut,sebaliknya saya hendak menyentuh tentang Kasih Sayang Ibu Bapa Tiada Tandingannya.

Sepanjang saya menjaga kanak-kanak itu tadi,apa yang saya dapat simpulkan adalah,

Betapa besarnya pengorbanan Ibu Bapa (terutamanya Ibu kita) terhadap kita.

Specialnya kaum Ibu adalah kerana walaupun wanita secara amnya adalah kaum yang tidak segagah lelaki,tetapi apabila tiba perihal menjaga anak dan keluarga,wanita 1000 kali ganda lebih gagah daripada lelaki.

Ibu kita menjaga kita tanpa bantuan sesiapapun.Tidak pernah berputus asa menidurkan kita walaupun kita menangis semasa kecil.Tidak penat mendukung kita.Memasakkan untuk kita etc etc.

Semua ini dilakukan oleh manusia yang bernama Wanita.Nice kan?

Betapa Allah SWT Maha Bijaksana.Walaupun wanita itu secara zahirnya lemah,tapi ada kekuatan dari dalam.

Jadi,kepada anda-anda di seluruh dunia,hargailah kasih sayang Ibu Bapa anda.

Pernah dengar kisah seorang Pemuda yang mendukung Ibunya ke Mekah dari jauh untuk menunaikan Haji?Dan apabila ditanya adakah perbuatan itu cukup untuk membalas jasa Ibunya - jawapannya adalah tidak.Kita tidak akan mampu membalas jasa Ibu Bapa kita.

Tapi kita boleh mendoakan mereka dan menjaga mereka dengan baik.Itulah keindahan ajaran Islam.Nice bukan?Jika kita hidup dengan nilai so-called-modenisasi,aspek ini tidak ditekankan.Bukti?Berapa ramai wanita tua di Bandaraya Metropolitan di seluruh dunia yang still buat kerja seorang diri mencari rezeki tanpa dibantu Anak-Anak?Do the math.

Tapi ajaran Islam menekankan supaya kita menjaga Ibu Bapa kita di hari tua etc etc.

SubhanAllah.

Doakanlah Ibu Bapa kita.Doa Anak Soleh boleh membantu mereka sampai bila-bila.

Kenapa saya menulis tentang ini?Ini kerana saya merasakan bahawa menjaga Baby Kecil walaupun hanya satu hari adalah suatu perkara yang amat mencabar beb.

Bagaimana Ibu kita boleh menjaga kita semua dengan sabar etc etc?SubhanAllah.

Dalam satu Hadis juga ada disebutkan bahawa kita perlu menjaga hati Ibu Bapa kita lebih daripada orang lain.

[Bukhari :: Book 8 :: Volume 73 :: Hadith 2] Narrated Abu Huraira: A man came to Allah's Apostle and said, "O Allah's Apostle! Who is more entitled to be treated with the best companionship by me?" The Prophet said, "Your mother." The man said. "Who is next?" The Prophet said, "Your mother." The man further said, "Who is next?" The Prophet said, "Your mother." The man asked for the fourth time, "Who is next?" The Prophet said, "Your father. "

Sekarang baru saya faham kenapa selepas tiga kali disebutkan 'mother' barulah disebutkan 'father' dalam Hadis di atas.

Yusuf Islam pun ada buat lagu untuk ini.



Dulu dengar kosong je.Tak ambik port.Sekarang saya sudah faham.Haha.

So,saya respek Ibu saya.And I Love You Mama.Okay my Dad also.

*** *** ***

Saya pergi ke Kedai Buku Gergasi petang tadi.

Ingat hendak beli Buku,tapi Ekonomi tidak mengizinkan.

Jadi hanya survey sahaja.

Apa yang dapat saya simpulkan,Tahap Ilmu kita pada masa kini amat lemah dibandingkan dengan Negara-Negara Barat.

Kita hanya tahu berslogan hendak 'BUDAYA ICT',tapi hakikatnya orang kita lebih gemar berpolitik.

Satu perkara yang perlu direnungkan bersama.

Tahu kenapa saya cakap begini?

Kedai buku yang saya pergi tadi besar.Amat besar.Sebesar Giant Nilai mungkin?Oh itu sangat Hiperbola.Kecik sikitlah.Tapi besarla.

Dan 90% buku yang dijual di Kedai itu ditulis dalam Bahasa Ibunda mereka.Dan buku-buku itu bukan buku Novel Cinta etc semata,sebaliknya kebanyakan buku yang ada adalah buku bertemakan perkara dan isu yang serius lagi berat.

Apa yang berbeza antara kita di Malaysia dengan mereka di Barat/Jepun adalah kerana budaya membaca dalam kalangan mereka adalah meliputi semua aspek masyarakat.Semua orang suka membaca.Dalam train mereka membaca buku tanpa malu.Berbeza dengan orang kita.Membaca buku itu seolah-olah kelihatannya seperti satu kegiatan riadah minda untuk Golongan Elit tertentu sahaja dalam masyarakat.Pelik bukan?

Compare pula dengan Kedai buku di Malaysia.Kedai buku kita kurang.Sedikit.Itupun jika ada Kedai buku besar,bahagian Rak Melayu amat kecil.Apa yang lebih menyedihkan,yang dijual di rak buku bahasa Melayu hanya Novel Cinta dan buku-buku ringan.No offense.Tapi tahap Ilmu di Malaysia amat rendah.

Saya sebenarnya kecewa bila ada orang Bijak Pandai dalam Pihak Bertanggungjawab cuba mengembalikan pengajaran Sains dalam Bahasa Melayu.

Tahu kenapa?

Cuba compare page wikipedia untuk AIDS dalam Bahasa Melayu dan AIDS dalam Bahasa Inggeris.Anda akan mendapat satu perbezaan yang ketara lagi jelas mengapa perbuatan mengembalikan mata pelajaran Sains dalam Bahasa Melayu adalah satu Idea yang merepek.

Apa yang perlu dilakukan kita bukan mengembalikan Sains dalam Bahasa Melayu,sebaliknya kita perlu mengajar Sains dalam Bahasa Inggeris.Kemudian,Golongan Professional ini perlu menerjemahkan Ilmu ini ke dalam Bahasa Melayu kembali.

Tapi sayang,akibat faktor Politik,Jati Diri yang lemah etc,Ilmuwan kita tidak berminat menerjemahkan hasil Ilmu yang menggunakan Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.Ada yang berusaha ke arah ini.Tetapi tidak ramai.Sad.So sad.

Dan banyak lagi Isu yang menghantui "Tamadun Ilmu" kita di Malaysia.Atau lebih tepat,Tamadun Ilmu orang Islam pada masa kini.

Ini bukan perkara yang hanya perlu diratapi begitu sahaja.Sebaliknya kita perlu menganalisa dan menjayakan sesuatu untuk mengubahnya.Yang pasti,bukan dengan mencipta satu lagi Slogan Letup yang baru.Tapi,kita memerlukan usaha yang dapat membuahkan hasil.Real effort.Ibarat kata Gallagher Brothers,"D'you know what I mean?"

Tapi sekali lagi sayang,kita dilekakan dengan AF dan Maharaja Lawak.

Itulah kronologi menyedihkan yang sedang melanda kita orang Islam di Malaysia.

Jadi,kepada anda-anda yang berilmu,dan ada kesedaran,anda perlu melakukan sesuatu di sini.Bangkitkan kembali Tamadun Ilmu Islam di Malaysia.Dalam semua bidang.

Hanya dengan Ilmu kita boleh menjadi Hamba Allah yang terbaik.Kerana kita faham.Faham?

Jangan hanya fikir "Nak duit,nak duit untuk diri sendiri" etc etc.Sebaliknya,cuba berfikir sebagai seorang yang bersemangat Pejuang.

Boleh.Kita memang boleh.Dengan doa dan usaha,insya-Allah boleh.

Apa-apapun,hanya pendapat peribadi.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Betulkan salah silap.

Bukan berlagak ego.

Jangan makan dalam.

Saya hanya menegur untuk kebaikan semua pihak.

Maafkan terkasar bahasa.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Allah Maha Melihat.Kita tidak boleh berjaya selagi tidak boleh kita tidak boleh dikritik untuk kesilapan yang kita lakukan.Heh.

P/P/S : Orang lain buat kerja senyap-senyap.Tidak pandang belakang lagi.Kita?Menjadi Jaguh Kampung.Berpolitik siang malam.Ibarat seorang Lagenda Tempatan yang kalah bersabung.Hilang ayam,hilang negeri - begitulah nasib yang bakal melanda kita sedikit masa lagi jika kita terus leka sebegini.Bangkitlah umat Islam.Ketepikan kebencian yang ada dalam dadamu.Bersatulah kembali.Allah SWT Maha Melihat.



3 comments:

  1. Tahniah kerana telah lulus dengan bergaya :)
    Memang budaya ilmu di barat adalah jelas lagi nyata. Buku2 banyak bahasa ibunda, perpustakaan sentiasa meriah bak pasaraya di Malaysia dan sana sini dapat dilihat orang membaca

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Bila merantau negara orang ni memang betullah perangai orang barat ni suka membaca samada dalam train, bas...diorang tak buang masa...kedai buku kat sini pun memang kebanyakannya dalam bahasa ibunda diorang...yang respeknya diorang ni memang sangat mengagungkan bahasa ibunda sendiri...takdalah bahasa-bahasa rojak ni...terbalik pulak dengan Malaysia...

    Dah duduk jauh ni terharu pulak tengok video tu..maklumlah 1st time berjauhan dengan famili..apa-apa pun ibu kita adalah segala-galanya..tak lupa jugak dengan ayah...

    Tahniah sebab dah lulus..boleh balik Malaysia dengan hati tenang...

    ReplyDelete