1.6.11

Siri Refleksi Diri 3 : Mula Tamat Hidup Mati (Penerbitan).

Prenote : Penulisan Santai Beragenda (Okay,I saja letak Agenda,sebab cam nice).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

What is up?What is up?Tangan ke udara.Tangan ke udara.

Alhamdulillah.

Saya sudah melepasi beberapa Ujian dengan begitu bergaya sekali pada Semester ini.

Tinggal lagi 3 Paper yang perlu diduduki saya.Semoga dipermudahkan,Amin.

Semalam,saya teringat tentang satu ayat yang pernah ditulis saya dalam satu Penulisan sebelum ini.

Ayat yang berbunyi lebih kurang begini,

Untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia,adalah dengan cuba untuk mengoccupiedkan diri melakukan perkara berfaedah.

Nampak macam poyo apabila saya cuba mengquote diri sendiri di atas.

Tapi betul.Bila saya baca kembali Penulisan saya yang lama-lama (bila ada masa lapang),rasa insaf menjelma.Dan bermonolog,

Pergh.Insaf,insaf.

Jadi,oleh kerana saya mempunyai banyak masa lapang dalam beberapa hari ini sebelum Paper yang seterusnya,awal pagi tadi,sebelum Subuh,saya membuat satu video.

Video cikai je.

Tapi,saya buat ini untuk mengelakkan saya dari melakukan perkara sia-sia.Di samping menjadi peringatan untuk diri sendiri (dan sesiapa yang ingin mengambil pengajaran daripadanya).


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23:1-3]

Yalah.Manusia kalau ada masa lapang,memang mudah lupa.

Sabda Rasulullah SAW : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]

Jadi,inilah dia video yang saya maksudkan itu.Ada sinopsis sekali.Bacalah,okay?



Ahmad.Remaja Tipikal.18.

Berbekalkan semangat "Hidup Muda Berani Mencuba",tiada "perkara" dan "benda" yang tidak dicubanya di dunia ini.

Hidupnya diteruskan dengan "tempo" yang sama,sehinggalah umurnya 30,di mana pada tahun ke-30 hidupnya ini,Ahmad terlibat dalam kemalangan.Dan meninggal dunia.

Kita yang lain juga - sama seperti Ahmad.Kita tidak tahu bilakah penamat hidup kita ini.Kerana hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui tentang itu.

Dan kita semua akan kembali kepada-Nya nanti.Tidakkah kita tahu semua perkara yang kita lakukan di dunia ini kelak akan dihitung?

Tapi bezanya,Ahmad sudah mati.Kita masih hidup.

Kita masih punya peluang.

Berubahlah.

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. [7:34]

Allah SWT Maha Penerima Taubat.

Soundtrack :

1) Queen - Another One Bites The Dust.
2) Arctic Monkeys - Chun Li's Spinning Bird Kick

P/S : Dan ya,video ini sukar difahami.

http://youtube.com/penamaya/

Itu sahaja.

Semoga kita refleksikan kembali diri kita.

Dan semoga Penulisan ini membawa kebaikan kepada diri saya dan anda semua,berbanding keburukan.Amin.

Dan mari beristighfar jika ada masa lapang.

Astaghfirullahalazim.Astaghfirullahalazim.Ha,kan senang gitu?Kejap je.

Okay.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Video jika ditonton semata-mata menonton,tiadalah guna video itu.Dan ya,Subscribelah Channel Youtube saya.Ada banyak Video bagus saya Favouritekan kat situ.Semoga bermanfaat.Okay see you next time.Kalau ada umur,insya-Allah.

P/P/S : Ahmad tidak bersalah.



No comments:

Post a Comment