10.6.11

Siri Refleksi Diri 4 : Bersabarlah,Sesungguhnya Allah SWT Bersama Orang Yang Sabar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Pertama sekali,marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya,kita masih dikurniakan petunjuk dan hidayah oleh-Nya.

Alhamdulillah.Astaghfirullahalazim.

Marilah kita melatih diri kita supaya sentiasa meringankan lidah kita untuk berzikir.Dan semoga dengan zikir ini,kita mendapat keredhaan Allah SWT.Ikhlaskan hati kita.

Astaghfirullahalazim.

Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT,saya telah lepas 8 Peperiksaan so far.3 lagi yang perlu diambil.Way to go bebeh!

Tapi,adakah saya bersyukur?

Kadangkala saya sedih dengan diri saya (dan anda juga mungkin begitu terhadap diri anda).Kenapa?

Saya telah mendapat kejayaan.Tapi dalam masa sama saya sering lupa kepada-Nya.Astaghfirullahalazim.

Anda juga saya yakin begitu.

Apa yang boleh saya nasihatkan diri saya dan anda semua adalah,"Segeralah kembali kepada Allah SWT apabila anda menyedari kesilapan anda.Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah SWT".

Dalam penulisan kali ini,saya hanya ingin menulis dengan tujuan merefleksikan kembali perbuatan-perbuatan saya dalam tempoh beberapa hari ini.

Jadi kemungkinan,ia bersifat peribadi.Dan random.

Dunia ini memang tidak indah.

Malah disebutkan dalam Hadis.

[Muslim :: Book 42 : Hadith 7058]

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: The world is a prison-house for a believer and Paradise for a non-believer.

Dunia ini sememangnya satu penjara.Ya.Penjara bagi orang yang beriman.Begitulah ibaratnya.

Tapi,Allah SWT memberikan khabar gembira kepada orang yang beriman,dan yang bersabar.

Peringatan gembira itu dikhabarkan dalam Al-Quran.Di mana diberitahu bahawa orang yang beriman semasa di dunia ini dan beramal soleh,akan mendapat balasan yang baik dari Allah SWT di Akhirat kelak.

Ya.Kita mestilah mengambil berat perkara ini.

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
[2:152-153]

Kemenangan 'abadi' itu hanya dapat diperolehi oleh orang yang di dunianya bersabar.Dan sesungguhnya Allah SWT bersama orang-orang yang bersabar dan beriman.

Pernahkah terjadi kejadian di mana ada orang menyakitkan hati anda yang amat sangat sehingga anda rasa hendak bagi penumbuk sahaja ke mukanya,tapi anda bersabar semata-mata tidak mahu menyakiti hati umat Islam yang lain?

Ketahuilah,tiada satu perkara baik pun yang dilakukan kita di dunia ini yang akan disia-siakan.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[99:7-8]

Semua perkara yang kita lakukan di dunia ini,tidak mengira kecil atau besar,baik atau jahat,semuanya akan dihitung di akhirat kelak.

Janganlah mengalah dan berputus asa dalam melakukan kebaikan,semata-mata hanya kerana ada orang yang menyakitkan hati anda.

Jangan begitu.

Bersabarlah.

...Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. [2:158]

Astaghfirullahalazim.

Kadang-kadang saya bimbang.Bimbang kalau-kalau Penulisan saya di sini bakal memakan diri saya.Memakan diri di sini bukan dari konteks "dunia",tapi dari segi "mengundang kemurkaan Allah SWT".

Tapi,bila difikir-fikir balik,adalah perlu untuk saya terus menulis di sini sebagai medium peringatan kepada saya,dan Umat Islam yang lain.Insya-Allah.Amin.

Yang penting,saya mesti sentiasa memperbetulkan niat,mengawal emosi,dan juga mencari Ilmu.Agar tidak menulis suatu perkara yang sesat.

Peringatan ini juga ditujukan kepada semua Umat Islam yang berada di atas jalan ini.

Akhir sekali dari saya kepada diri sendiri dan anda semua,bersabarlah.

Tatkala kita merasa kita paling sengsara,ingatlah bahawa ada orang yang lebih sengsara daripada kita.Tapi,mereka lebih tabah daripada kita.Astaghfirullahalazim.Mohonlah supaya diberi kekuatan.Amin.

Carilah Ilmu.Janganlah kita berpecah-belah lagi.

Carilah Ilmu kerana Allah SWT.

Jadilah seperti seorang pengembara di atas muka bumi ini.Ambil mana yang cukup sahaja.Janganlah kita lupa kepada matlamat sebenar kita hanya kerana leka dengan dunia yang sekejap ini.

Astaghfirullahalazim.

Itu sahaja untuk kali ini.

Ambil jernih,buang keruh.Maafkan jika ada terkasar bahasa,betulkan salah silap.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Alhamdulillah,kerana masih diberikan kesedaran.Dan petunjuk-Nya.Semoga istiqamah.Amin.


2 comments:

  1. Moga dirahmati-Nya sentiasa. Amin.

    ReplyDelete
  2. baru hari ni saya marahkan teman serumah saya...tp cuma dalam hati...demi tidak mahu menibulkan pergaduhan,saya senyap dan sabar saja...huhu

    ReplyDelete