19.6.11

Siri Refleksi Diri 5 : Jangan Pernah Berputus Asa Dalam Mengajak Keluarga/Rakan-Rakan/Diri Sendiri Kepada Kebenaran.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sepatutnya pada petang ini saya hendak keluar bersiar-siar.

Tapi,sebelum sempat keluar tadi,saya dengan izin Allah (Alhamdulillah) sempat membaca satu penulisan di link ini.

Apa yang saya dapat simpulkan dari Penulisan itu adalah betapa besarnya tanggungjawab kita Umat Islam untuk mengingatkan sesama sendiri.Dan yang paling penting,tanggungjawab kita untuk sentiasa mengingatkan diri untuk sentiasa istiqamah dan fokus di atas jalan ini.

Usaha perlu dilakukan kita untuk sentiasa berada dalam keadaan 'mengingati Allah'.

Sebagai seorang remaja,pelajar dan Orang Muda pada zaman ini,saya tidak nafikan,memang sukar untuk mengekalkan momentum Iman.

Ditambah lagi dengan latar belakang saya yang bukan berasal dari Sekolah Agama etc etc.Dan persekitaran yang saya duduki sekarang juga agak mencabar buat seorang Muslim yang sedang ingin cuba berubah.

Ianya memang sukar.Dan saya juga sedar,tentu ramai daripada kalangan anda yang membaca yang berada dalam keadaan yang sama seperti saya bukan?

Dalam kata lain,anda ingin berubah,tapi perubahan anda seringkali tergendala akibat beberapa faktor.Antaranya,anda kurang rakan-rakan yang dapat membantu (mungkin ada,tapi sedikit),kekangan 'masa' etc etc.

Pertama sekali,saya ingin berkongsi sebuah Hadis yang seringkali saya jadikan peringatan untuk diri saya tatkala seakan-akan lemah dan longlai dalam perubahan.

Hadis yang berbunyi,

It is narrated on the authority of Abu Huraira that the Messenger of Allah (may peace be upon him) said: Islam initiated as something strange, and it would revert to its (old position) of being strange. so good tidings for the stranger. [Muslim :: Book 1 : Hadith 270]

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) [Hadis Riwayat Muslim]

Apa yang anda faham tentang Hadis ini?

Pertama sekali,perlu diingat,saya bukan seorang yang berlatar belakang Pengajian Islam.Saya juga bukan seorang Ustaz whatsoever.

Saya hanya seorang hamba Allah,yang ingin berubah.Sama seperti anda yang lain.Dan saya juga ada masa silam yang gelap.

Anda membaca Penulisan saya pada waktu ini tidak lebih kerana saya (dengan izin Allah SWT) merupakan Penulis di sini.Menjadi Penulis di sini tidak menjadikan saya seorang yang sempurna.Malah pada hakikatnya,saya sama seperti anda.Lemah dan sering tergelincir.

Perlu diingatkan perkara ini kerana takut ada yang tersalah faham kedudukan saya.Takut ada yang menyangka saya ini 'Alim Ulama'.Jangan buat tafsiran sebegitu.Saya ulang sekali lagi,saya sama seperti anda.

Saya menulis di blog ini kerana hanya di sini saya dapat meluahkan pemikiran dan keinginan saya untuk menjadi hamba Allah SWT yang terbaik.Dan saya yakin,itu impian setiap daripada kita.Apa yang kita kurang sekarang ini adalah tindakan dan Ilmu.

Berbalik kepada Hadis Ganjil (Ghuraba) di atas tadi.

Apa yang saya faham daripada Hadis ini adalah betapa untuk menjadi orang Islam yang beriman itu,banyak pengorbanan perlu dilakukan.Dan sudah semestinya orang lain akan memandang ganjil terhadap kita.

Jika kita ingin berubah sebagai contoh - seorang wanita yang hendak memakai tudung labuh - sudah semestinya Beliau akan dipandang 'slack' oleh kawan-kawannya yang ingin bertudung dengan gaya 'Erin,Yuza atau Waleeda' sambil berjeans skinny.

Dan,kadangkala pernyataan oleh rakan-rakan sebegini,menyebabkan ada sesetengah dalam kalangan kita yang seolah-olah berputus asa.Berputus asa kerana mulut manusia.

Pertama sekali,kita kena tanya diri kita,kita berubah untuk mencari redha Allah SWT,atau kita berubah kerana ingin mencari keredhaan manusia?

Lihat sahaja kisah Para Sahabat Rasulullah SAW.Mereka melakukan banyak pengorbanan untuk mencari keredhaan Allah SWT.Mereka terpaksa meninggalkan harta etc etc.Jadi,apa yang perlu diambil pengajaran di sini adalah,jangan berputus asa dalam perubahan.Kerana kita bukan hendak mencari kekayaan atau pangkat di dunia,sebaliknya kita hendak mencari redha Allah SWT dan kejayaan abadi di akhirat kelak (insya-Allah).

Jadi,merujuk kepada Hadis di atas kembali,jika anda dipandang ganjil,atau jika anda merasa tersisih oleh keliling anda ketika anda merasakan anda telah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh orang Islam,tahniah.Tahniah kerana anda telah menjadi orang yang ganjil.

Hadis di atas,seringkali saya jadikan peringatan kepada diri sendiri tatkala saya 'lost'.

Dalam penulisan yang saya sebutkan di atas tadi (rujuk link ini),diceritakan bahawa sekumpulan Ilmuwan Islam telah bersetuju untuk mengadakan Usrah/Perjumpaan Ilmu sesama mereka untuk bertukar pandangan dan saling menasihati.

Banyak yang kita boleh dapat pengajaran daripada Penulisan itu jika kita fikir menggunakan mata hati.

Pertamanya,mereka ini semuanya pasti terdiri daripada manusia-manusia yang mempunyai jadual yang padat dalam hidup mereka.Tapi,still,mereka luangkan masa untuk mencari Ilmu dan berdakwah kepada orang ramai.

Kita - yang biasa-biasa ini - mungkin tidak berpeluang menyebarkan Islam seaktif mereka,tapi still,kita ada tanggungjawab untuk menyebar,menasihati dan menyedarkan beberapa pihak yang berdekatan dengan kita.

Dan usaha ini mesti dilakukan secara konsisten dan istiqamah sehingga akhir hayat.Dan sudah semestinya niat kerana Allah SWT.

Siapakah pihak-pihak yang berdekatan dengan kita ini?

Pertamanya - keluarga kita sendiri.

Ya.Ibu Bapa,adik beradik etc etc.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk menyedarkan mereka.Saya yakin kebanyakan dari kita yang mempunyai kesedaran sukar berinteraksi dengan keluarga kita apabila tiba hal-hal seperti ini.Mungkin atas faktor malu etc etc.

Masih tidak faham?

Contohnya begini.Ali baru berubah.Dahulunya Beliau merokok,main wanita,bla bla bla.Dalam kata lain,Beliau pernah tersasar.Tapi,Beliau tahu itu semua salah.Dari dahulu lagi.Dan kini dengan izin Allah SWT,Beliau diberikan petunjuk dan hidayah oleh-Nya.Dan Alhamdulillah,Beliau banyak meluangkan masa bersama saudara-saudara yang baik etc etc.

Tapi,keluarganya masih tidak nampak akan perubahan yang berlaku ke atas dirinya.Beliau cuba menasihatkan keluarganya.Tapi keluarganya seolah-olah mengambil ringan nasihatnya.Jadi,Beliau buntu di situ.

Nampak?Lebih kurang begitulah bunyi ceritanya.Banyak dari kita pernah mengalami kejadian seperti ini.

Ada satu video yang menarik tentang perkara ini yang boleh anda tonton.Di bawah ini saya letakkan video itu.


Sudah tonton?

Dalam video itu ada diceritakan 'how to deal with our family' bila tibanya Isu seperti ini.

Dikatakan dalam video ini betapa kita perlu bersabar dengan family kita.Dan jangan sesekali berputus asa menyebarkan Islam kepada mereka.Faham?

Ini kerana ada ayat Al-Quran yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [66:6]

O ye who believe! save yourselves and your families from a Fire whose fuel is Men and Stones, over which are (appointed) angels stern (and) severe, who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah, but do (precisely) what they are commanded. [66:6]

Nampak?

Jadi,secara jelasnya dalam Ayat Suci Al-Quran di atas dikatakan kepada kita yang beriman supaya kita menyelamatkan diri kita dan keluarga kita daripada seksaan Api Neraka.

Apakah kita mahu berputus asa begitu sahaja?Jangan.

Jika pendekatan kita sebelum ini terlalu keras,mungkin kita boleh gunakan pendekatan lain kali ini.

Antaranya apa?

Kita boleh sharekan dengan mereka 'link-link' blog bermanfaat (mungkin Blog saya haha),atau ketika dalam perjalanan jauh balik kampung kita boleh pasang ceramah agama yang menarik.Jika Ahli Keluarga kita tertarik dengan Bahasa Inggeris,anda downloadlah ceramah agama dalam Bahasa Inggeris di Youtube.Kemudian convertkannya ke dalam bentuk Mp3.Dan sekarang ini kan banyak kereta boleh pasang Mp3?Nampak flow?Gunakanlah teknologi ke arah kebaikan.

Then,kalau tak pun,download video Youtube,time-time raya,pasang video yang bagus di Tv.Sambung Laptop dengan Tv.Ini tidak,bila raya pasang cerita 'Bohsia'.Haha.Tak malu ke tengok dengan Makcik-Pakcik kita?

Apa yang penting yang ingin dikatakan di sini adalah betapa perlunya kita mengingatkan keluarga kita.Jangan biarkan mereka terus leka.Mereka terima atau tidak,itu urusan Allah SWT.Tapi kita sebagai manusia,perlu sentiasa mendoakan supaya Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada mereka,serta tidak pernah berputus asa menyedarkan mereka.

Apa kita tidak sedihkah bila orang lain kita ingatkan,tapi Ahli Keluarga sendiri kita biarkan?

Yang kedua,Rakan-Rakan kita.

Ya,ramai dalam kalangan kita Anak Muda hidup bersama rakan-rakan.Dan tidak dinafikan,ramai Rakan-Rakan kita yang mempunyai perangai yang mungkin annoying/messed-up.

Tapi,itu bukan alasan untuk kita tidak menasihatkan mereka.

Mungkin jika anda ada Facebook/Twitter etc,anda boleh sharekan Link yang baik.So nanti mereka akan tengok.

Dan seperti yang kita sedia maklum,ramai sebenarnya dalam kalangan umat Islam pada hari ini yang tidak sembahyang Subuh primetime.Tidak tipu.Ini kisah benar.

Buktinya?

Sepanjang saya duduk asrama,ramai yang kantoi Subuh (Ibu Bapa sila take note perkara ini).

Saya pun dahulunya begitu.Tapi,kita tidak boleh pasrah begitu sahaja.Kita kena berusaha memperbetulkan keadaan.Ini kerana Solat adalah antara perkara yang akan ditanya dahulu selepas kita mati nanti (sila betulkan jika saya silap).Dan ingatlah,Pintu Taubat itu sentiasa terbuka selagi kita masih hidup.

Jadi,jika anda ada rakan yang liat bangun Subuh,jangan putus asa kejutkannya Subuh.Walaupun Beliau marah,anda kejutkannya juga setiap hari.Okay?

Dan yang ketiga,tahukah anda siapa yang perlu kita ingatkan?

Diri kita sendiri!

Ya.

Diri kita sendiri.

Tahu apa maksud ayat ini?

Maksudnya begini.

Apabila setiap hari kita asyik mengingatkan orang (Post di Tumblr/Twitter mungkin?),akan tiba masa kita tergelincir.Mungkin kita ter-riak etc etc.

Jadi,adalah perlu untuk kita sentiasa mengingatkan diri kita untuk memperbetulkan niat etc etc.Jangan riak.Niatkan segala perbuatan kerana Allah SWT,untuk mencari keredhaan-Nya.

Kerana riak itu penghapus amal.

Dan kita juga akan mengalami waktu ketika iman kita merosot.Jadi,adalah perlu kita sentiasa muhasabahkan diri kita sendiri apabila merasakan kemerosotan iman.

Jangan malas!

Malas tidak membawa kita ke mana-mana.Mungkin kita boleh menghadiri Ceramah di Surau,berborak dengan Rakan yang baik tentang Islam etc etc.Atau mungkin membaca Al-Quran.

Faham?

Jadi,kesimpulannya di sini,semua dari kita ada tanggungjawab yang besar dalam menasihati sesama sendiri.

Ini usaha yang perlu dilakukan secara berterusan sehingga kita mati.

Jangan pernah berhenti.Semoga Allah SWT meredhai usaha kita ini.

Kerana berhenti berusaha ke arah jalan ini hanya membolehkan Syaitan Dan Rakan-Rakan cucuk jarum/masuk line.

Mungkin kita bukan Ustaz/Ulama,tapi jika kita semua lakukan apa yang saya cadangkan di atas,insya-Allah,Islam akan bangkit kembali.Segala masalah yang kita hadapi,insya-Allah akan sedikit demi sedikit menunjukkan penyelesaian.

Jangan hanya ucapkan "AKU MAHU PERUBAHAN",tapi dalam masa sama tiada tindakan diambil,hanya mengharap bantuan orang lain.

Sebaliknya,ucaplah "AKU MAHU PERUBAHAN,JADI AKU MESTI BERTINDAK" dan mulakan tindakan.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ada salah silap,sila betulkan.Ambil jernih,buang keruh.Terkasar bahasa,minta maafkan.

P/P/S : Berdoalah kepada Allah SWT memohon pertolongan.Doa itu senjata Mukmin.



3 comments:

  1. Salam..saya mencari tentang refleksi diri dan terjumpa entri saudara. Saya masih dalam usaha untuk melakukan perubahan diri. Entri saudara hampir sama dengan pengalaman saya. Terima kasih diatas perkongsian ini. Akan saya jadikan panduan untuk lakukan refleksi diri. Doakan semoga saya berjaya. Insha Allah

    ReplyDelete