4.6.11

Ulasan Khutbah Jumaat : 7 Sikap Yang Diperlukan Dalam Mencapai Kejayaan (Di Manakah Terletaknya Kesilapan Kita?).

Prenote : Penulisan ini sepatutnya diterbitkan pada 3 Jun 2011.Tapi oleh kerana beberapa masalah teknikal,Penerbitan ditangguhkan sehingga 4 Jun 2011.Dan diminta anda semua (yang ingin mendapatkan sedikit Ilmu di sini) untuk menghabiskan Pembacaan Penulisan ini sehingga tamat supaya memudahkan pemahaman anda.Insya-Allah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


*** *** ***

A : Kau balik cuti Musim Panas ni?

B (Pelajar Syria) : Tak.

A : Kenapa?

B : Negara aku kan tengah perang.

A : Aah,family kau camne?

B : Aku tak tau,tak dapat contact.Dan aku tak tau samada diorang still hidup atau tidak.Di bandar aku sahaja 1500 orang sudah mati.

A : (Terdiam dan malu dengan diri sendiri).

*** *** ***

Assalamualaikum.

Di atas ini merupakan excerpt dari sebuah Penulisan saya yang akan datang.

Perbualan yang menyebabkan saya tertanya-tanya kepada diri sendiri dengan pertanyaan yang berbunyi begini,

"Malaysia aman damai.Mungkin ada sedikit kekucar-kaciran.Tapi still aman damai.Apa yang Umat Islam di Malaysia buat sebagai tanda menghargai keamanan ini?Keamanan ini nikmat juga sebenarnya.Tapi,apakah kita menghargainya?Apakah keamanan ini semakin mendekatkan kita dengan Allah SWT,atau semakin menjarakkan kita daripada-Nya?Istidraj?"

*** *** ***

Sebenarnya semua penulisan yang ditulis dalam blog ini adalah sebagai peringatan diri.Sebab,kalau saya tidak menulis,saya akan keluar,dan bila saya keluar,saya admittedly merupakan seorang lelaki yang suka wanita (tapi saya rasa semua lelaki macam itu),dan sekarang musim panas,dan *sigh*,susah diterangkan.

Ini sebenarnya salah satu cara saya mengelakkan diri dari membuat perkara yang mungkar.

Tidak mengapa.Abaikan sahaja.

*** *** ***

Sebelum kita mulakan,saya ingin mengemukakan suatu soalan yang sudah lama bermain di fikiran saya,

Kenapa pada zaman sekarang,lebih ramai wanita yang mudah jatuh cinta dan tertarik dengan Islam,dan lelaki pula lebih mudah tergoda dan terpedaya dengan kehidupan dunia?Kenapa lelaki pada hari ini begitu lemah?

Saya ada jawapan saya.Tapi tidak mahu tulis lagi buat masa ini memandangkan dalam penulisan kali ini saya hendak tulis tentang perkara lain.

*** *** ***

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT,kita sempat lagi bertemu dengan hari Jumaat (di Malaysia pada waktu saya menulis ini sudah hari Sabtu,cepat bukan waktu berlalu?).

Alhamdulillah sekali lagi,segala Puji bagi Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya dapat menunaikan Solat Jumaat pada hari ini.

Sebenarnya,sukar untuk saya mencari peluang bersolat Jumaat sepanjang saya berada di Negara Soviet ini.Bukannya apa,jadual yang padat etc etc.

Sedih,kecewa etc.Seakannya seperti terlalu pentingkan dunia.Aiseh.

Tapi apa-apapun,Alhamdulillah,hari ini saya diberi peluang untuk menunaikan Solat Jumaat di Asrama saya.

*** *** ***



*** *** ***

Khutbah Jumaat pada hari ini dibacakan oleh Saudara Muhd Zulfadhli Muhd Zaimi.

Satu khutbah yang cukup menarik,menyebabkan saya tertarik untuk berkongsikan sedikit perkara yang disentuh di dalam khutbah tadi di dalam blog ini.Dan saya juga akan menambah sedikit point yang saya faham tentang Teks ini,insya-Allah.

Di atas ada diletakkan gambar teks lengkap khutbah Jumaat tadi.Anda boleh save gambar itu jika berminat.

Overall,khutbah ini mengikut pemerhatian saya cuba menyentuh tentang kekurangan faktor dalaman/murni dalam kalangan kita umat Islam (di Malaysia khususnya).

Dan tahniah kepada Saudara Zul kerana berjaya mengupas isi khutbah dengan menarik sekali.

Saya secara peribadi mendapati khutbah Jumaat di Malaysia,jarang yang mempunyai kupasan dan isi yang menarik.

Ini pada pandangan saya adalah satu kerugian yang besar.

Ini kerana waktu Sembahyang Jumaat itulah waktu yang paling sesuai untuk menyebarkan dakwah menyeru orang ramai supaya bertakwa kepada Allah SWT.

Tapi,apa yang dapat kita lihat,kebiasaannya ramai Para Jemaah yang terlena akibat terlalu 'khusyuk' mendengar Khutbah Jumaat (termasuklah saya sendiri).

Pihak AJK Masjid di Malaysia perlu melakukan tindakan segera untuk menangani masalah ini.Mungkin boleh menjemput Khatib yang lebih berkredibiliti,yang muda,yang ideanya menarik etc etc.

Timbul persoalan lain pula di sini : Orang Muda kita tidak ramai yang berkebolehan,atau jika ada pun,mereka tidak berminat,jika berminat pun mereka kurang Ilmu.

Persoalan demi persoalan yang timbul yang tidak dicari penyelesaian segera - akhirnya akan membawa kita kembali kepada permasalahan itu tadi.Akibatnya,masalah Umat Islam semakin hari semakin melarat.

Sesuatu perlu dilakukan di sini.Kita punya Jemaah yang ramai.Dengan usaha dan doa kepada Allah SWT,insya-Allah kita mampu menangani masalah ini.Insya-Allah.

*** *** ***

Niat Yang Betul

Perkara pertama yang disentuh dalam Khutbah tadi adalah tentang Niat.

Tabii/Fitrah manusia adalah mahukan kejayaan.

Untuk berjaya,kita memerlukan usaha.Dan sebagai seorang Muslim,kita diingatkan bahawa setiap perbuatan itu bergantung pada niatnya.

Jadi,kita perlu memperbetulkan niat kita dalam setiap perbuatan.Betulkan niat kita supaya sentiasa ikhlas.

Menyentuh tentang kejayaan,seakannya definisi kejayaan bagi kita pada hari ini sudah tersasar jauh dari Islam itu sendiri.

Kita manusia pada hari ini (tidak kira Umat Islam atau tidak) hanya mengambil kira kejayaan dari aspek luaran tidak mengira dalam bidang apa sekalipun.

Dalam bidang Akademik - kita hanya mementingkan berapa A yang kita dapat.

Dalam menilai samada seseorang itu berjaya dari segi Kemanusiaan pula - kita hanya mementingkan Perempuan Berdada Besar (maaf) dan Lelaki Berbulu Dada (maaf lagi).

Dan perkara ini berlanjutan dalam setiap bidang - Ekonomi,Ilmu dan sebagainya.

Kita hanya mementingkan berapa ringgit untung dalam perniagaan yang kita miliki berbanding "Apakah duit yang kita dapati itu nanti Halal/Haram?Apakah duit yang kita miliki itu dapat kita manfaatkan ke jalan Islam?".

Dalam mengamalkan Islam juga sama,kita hanya mementingkan luaran.Tapi tidak dalaman.

(Ini pendapat peribadi) Sebagai contoh,kita belajar Al-Quran supaya "kita mengaji berlagu",bukannya belajar Al-Quran untuk memahami Kalam Allah itu sendiri.

SubhanAllah.Astaghfirullahalazim.

Kalaulah kita faham dan tahu apakah yang berada dalam Al-Quran itu dan kita hayatinya setiap hari,nescaya Umat Islam boleh bangkit kembali.Tapi yang menyedihkan adalah kita tidak begitu.Kita hanya membaca,tanpa memahami.Ini perlu kita betulkan.Okay?Sama-sama kita betulkan.

Ilmu (Pengajian Islam sebagai contoh) pula?Dicari untuk mendapat Sijil semata.Akibatnya,kita kekurangan Ilmuwan yang dapat memberikan pandangan secara kritis terhadap permasalahan Umat.

Sebenarnya pada pendapat saya,adalah menjadi tanggungjawab Generasi Muda untuk mendalami Ilmu Islam.Ini kerana,masalah yang melanda Generasi Muda pada hari ini,adalah masalah Orang Muda.Bukannya masalah Orang Tua.Jadi,yang boleh menyelesaikan masalah ini,sudah semestinya Orang Muda itu sendiri.

Tapi,bagaimana masalah hendak diselesaikan jika Orang Muda tidak turun padang?

Sama-sama kita fikirkan.

*** *** ***

Ada Wawasan & Matlamat

Satu kesilapan dalam Masyarakat kita pada hari ini adalah kerana Pendidikan (dalam konteks ini Pendidikan Islam) diajarkan kepada Anak-Anak semata-mata kerana Pendidikan itu dianggap satu perkara yang sudah menjadi norma masyarakat,bukannya keperluan.

Apakah maksud ayat saya di atas?

Maksudnya - belajar tentang Islam tanpa disertai hati.Belajar sekadar "belajar".Pergi Sekolah Agama Rakyat di petang hari semata-mata "pergi".Di kelas juga sama.Pelajaran tidak sampai ke hati.Berapa ramai kita dapat lihat Kanak-Kanak yang pergi ke Sekolah Agama,tapi bila tamat waktu sekolah melontarkan kata-kata kesat di khalayak ramai.

Perkara ini sebenarnya ada disentuh dalam buku Islamic Renaissance yang anda boleh baca di sini.Kita kena sama-sama perbaiki masalah ini.

Pada pendapat saya,Ibu Bapa memainkan peranan yang amat-amat penting untuk masa depan Anak-Anak.

Tapi,kita pada hari ini lebih senang menyerahkan tanggungjawab mendidik dan membentuk pemikiran Anak-Anak kita kepada Cikgu Taska,Guru Besar,Cikgu Tadika etc etc.

Yang mengajar cara Solat pun - Makcik Ngaji.

Habis tu di manakah tanggungjawab Ibu Bapa?Pada pendapat peribadi saya lagi,Para Ibu perlulah memfokuskan kepada Anak-Anak 100% apabila Anak-Anak sudah mencapai satu tahap umur yang memerlukan didikannya.Kiranya,duduklah menjaga anak di rumah kerana mereka memerlukan nasihat kita.

"Tidak Glemer?" - Tidakkah kita mahukan yang terbaik untuk Anak-Anak kita?

Jangan risau tentang rezeki.Allah SWT akan menambahkan rezeki kita jika kita bersyukur (mengikut perintah-Nya) - rujuk Surah Ibrahim : Ayat 7 untuk maklumat lanjut.

"Ala,tapi kena la juga usaha kalau nak duit".

Hurm.Ingatlah.Dunia ini sementara sahaja.Kita seakan-akan lupa bahawa dunia ini hanya satu tempat singgahan.Sedangkan Akhirat itulah tempat Abadi.

Mungkin kata-kata saya ini seakannya sexist (jika anda menafsirkan kata-kata saya ini dari sudut pandangan Orientalis),tapi cuba lihat di sekeliling kita.Saya merasakan salah satu punca kerosakan Remaja pada hari ini kerana kurangnya Nasihat Ibu Bapa di rumah ketika mereka masih kecil dan boleh dibentuk.

Ini kalau dah besar panjang baru nak tegur,tak dapek la.Tak gitu?


Ini bukan kritikan.Ini teguran ikhlas daripada seorang Anak Muda kepada semua Umat Islam (dan juga dirinya sendiri).

Berkorbanlah kepentingan dunia yang sedikit ini untuk mendapat kejayaan Akhirat.Susah ke?Memang susah jika kita jauh daripada jalan Allah SWT.Tapi,tidak susah jika kita kembali kepada-Nya.

Saya tertarik apabila membaca satu blog yang ada mengquote kata-kata Sham Kamikaze,"Mintalah Hidayah daripada Allah SWT sekuat hati,insya-Allah kita akan dapat Hidayah".

Kita pada hari ini kurang Generasi dengan sifat-sifat berikut :

berani dan sanggup berkorban
tidak takut untuk menentang arus
tidak takut dikritik
tidak takut menyuarakan kebenaran
tidak takut mengatakan apa yang betul
ciri-ciri ilmuwan yang mencintai Ilmu
material bukan tujuan utama hidupnya

Sebaliknya,kita pada hari ini mencari Ilmu lebih kepada hanya untuk mencari Gelaran Dr. (sebagai contoh etc etc),bukannya mencari Ilmu kerana semangat cintakan Ilmu itu sendiri.

Berbeza dengan Generasi Islam terdahulu (sebagai contoh).

Tersebut kisah (dalam teks di atas ada disebutkan) Jabir bin Abdullah yang berjalan beribu-ribu batu semata untuk mencari sepotong Hadis.

Dapatkah kita lihat sikap sedemikian pada zaman ini?

Mungkin ada,tapi amat sedikit.

Saya merasakan,semakin 'maju' manusia itu,semakin 'pemalas' manusia itu.

Don't get me wrong.Kemajuan itu perlu.

Apa yang saya maksudkan di atas adalah lihat sahaja zaman kita ini.Internet semua ada.Kemudahan mencari Ilmu di hujung jari.Tapi,kita makin pemalas cari Ilmu.Hanya tahu bersuka-suka.Menjadi mangsa kapitalis.

Nampak flow?

Di sinilah pentingnya niat.Jika kita mencari Ilmu,dan diniatkan untuk mencari keredhaan Allah SWT,serious cakap,walaupun Ombak Badai datang menghalang,semangat kita tidak akan pernah luntur.Kerana apa?Kerana kita tahu Allah SWT Maha Mendengar,Maha Berkuasa,Maha Adil.Dia akan Mempermudahkan urusan kita etc etc.

Nampak flow?

Saya pernah baca,banyak Ilmuwan-Ilmuwan Islam pada zaman dahulu itu sendiri banyak yang dibunuh dan dipenjara akibat memperjuangkan kebenaran menentang arus.

Tapi pada hari ini,kita lebih selesa bercakap perkara yang 'manis untuk didengar' sahaja berbanding mencari kelemahan kita dan berbincang cara untuk menanganinya secara serious.

Saya juga begitu.Tidak tipu.Itu sebab saya tulis ini.Untuk mengingatkan diri saya.

*** *** ***

Saya secara peribadi merasakan adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar bagi Generasi Muda pada hari ini - dengan segala kemahiran menggunakan Internet etc etc - untuk mencari sebanyak-banyaknya Ilmu tentang Islam dan dimanfaatkan dalam kehidupan serta disebarkan kepada masyarakat.

Ya,belajar secara online ada kelemahan tertentu.Jikalau begitu,kenapa kita tidak pergi mendaftarkan diri untuk menimba Ilmu di Institut-Institut Pengajian Islam di Tanah Air kita?

Bukankah banyak di Malaysia Institut seperti itu?Kita bicara mahukan kebangkitan Islam,tapi apa sumbangan kita?

Kita hanya tahu bercakap,tapi apa tindakan kita?

It is the time to walk the talk.

Generasi Muda banyak tenaga,jangan bazirkan tenaga kita untuk menaip di Facebook semata.Jika masa anda terhad sekalipun,belilah Buku-Buku tentang Islam,dan luangkan masa membaca buku itu ketika masa lapang.

Bacalah di dalam Train etc etc.Tapi ada masalah lain pula.Apa?Malu.Takut orang ingat kita skema suka membaca.

*Tepuk kepala*

Dan untuk kalangan anda yang berilmu dan mempunyai pemikiran yang bagus,anda mesti lakukan sesuatu untuk mengubah keadaan ini.Elakkan daripada menjadikan suasana pembelajaran Islam itu terlalu formal.Tapi bukan bermaksud terlalu berhibur sehingga tiada apa pun yang dapat dipelajari.

Bersederhanalah.Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah SWT ke arah kebaikan dan kemaslahatan Umat.

*** *** ***

Saya hendak menulis panjang sebenarnya pada awal tadi,tapi akibat Proses Penulisan Artikel ini yang terhenti banyak kali,idea dan momentum banyak hilang.See?Kita tidak boleh bertangguh dalam membuat kebaikan.

Jadi,kesimpulannya di sini,selagi kita tidak mempunyai sikap-sikap di atas,jangan sesekali kita bercerita tentang memiliki kejayaan (begitulah lebih kurangnya apa yang saya nampak daripada Khutbah tadi).

Cadangan yang boleh kita praktikkan untuk menyelesaikan masalah ini :

Istiqamah,Fokus dan Ikhlaslah dalam Berjuang mencari keredhaan Allah SWT.Ini kerana,pada akhirnya,kita akan menghadap-Nya juga pada satu hari nanti untuk diadili.

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu dan Kami tidak melihat berserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka) dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). [6:94]

Yang lain-lain anda boleh rujuk Teks di atas tadi.

Sekian.

Semoga Allah SWT meredhai usaha ini.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Betulkan jika ada salah silap.Maaf jika terkasar bahasa.Maaf juga jika penulisan lari fokus.Biasalah.Orang perubatan kata ADD.

P/P/S : Sebenarnya banyak lagi saya nak tulis.Tapi next time la.Aiseh.Banyak sebenarnya perkara baik yang kita boleh lakukan jika kita tidak membuang masa kepada perkara sia-sia.



3 comments:

  1. Assalamualaikum

    kalau boleh, letak logo "Gerbang Utama" di blog anda boleh?

    sbb blog anda juga telah di senarai di sana...


    http://blogkarkun.blogspot.com/


    boleh ambil logo di sana INSYA ALLAH.


    apa2, email saya : hainur.hapis@gmail.com

    ReplyDelete
  2. setuju...

    semakin maju kita, semakin malas kita...

    mmg mklumat di hujung jari, tp rasanya kemudahan tu digunakan utk bnda lain. sy pn mngaku...

    ReplyDelete
  3. @hainur
    walaikumsalam
    dah letak
    terima kasih.alhamdulillah.

    @budak kecik
    smoga dapat pengajaran.insya-Allah.doakan yang terbaik untuk penulis dan semua umat islam.

    ReplyDelete