6.7.11

Siri Pencarian 1 : Mencari Suatu Yang Hilang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Tahun lepas,sekitar waktu yang sama (Musim Panas 2010),saya memulakan Siri Percutian Musim Panas.Saya menulis Siri itu dengan momentum yang tinggi,darah Anak Muda etc etc.

Tapi itu cerita Tahun Lepas.

Tahun ini,sekitar bulan Jun,momentum saya menurun.Momentum apa?Segala-galanya.Manusia memang selalu lupa untuk bersyukur.

Astaghfirullahalazim.

Jadi,saya ingin kembali mencari momentum yang hilang itu.

Dan bersempena dengan itu,pencarian ini saya akan abadikan (ewah,ini kalau dibaca oleh kakak saya sudah semestinya digelakinya) dalam Siri Pencarian.

Konsepnya mudah - Penulisan santai yang menceritakan Pencarian Kebenaran oleh seorang hamba yang lemah.

*** *** ***

3 Julai 2011 - saya berangkat pulang ke Tanah Air bersama beberapa orang rakan.

Banyak juga Pelajar Malaysia yang pulang bersama.Ada yang saya kenal,ada yang macam kenal,ada yang tidak kenal dan ada juga yang saya buat-buat tidak kenal.

Di Dubai (transit flight) ada beberapa kejadian menarik yang berlaku.

Kisah Encik Hasan Dari Syria

Selepas Perjalanan yang agak panjang dari Moscow,selepas makan bersantap,saya dan rakan saya pergi bersolat di Surau yang disediakan.

Selepas bersolat,rakan saya ini membaca Al-Quran.

Tiba-tiba,ada seorang Pakcik duduk mendengar bacaan rakan saya ini dengan khusyuk sambil mulut mengikuti bacaannya.

Selang beberapa ayat,Beliau membetulkan bacaan kawan saya ini.

Oh,Beliau ini menghafal Al-Quran.Nice.

Perbuatan Beliau yang mendengar bacaan Al-Quran ini membuatkan saya teringat satu kata-kata (saya tidak sure sumber dari mana,so saya takleh mention saya tau dari mana).Kata-kata yang berbunyi,"jika terlihat ada orang membaca Al-Quran,dengarlah".

Tidak silap saya lebih kurang begitu.Tapi tidak pasti dari mana ayat ini.Kalau ada di antara anda yang tahu,bagitahu okay?

Jadi,selepas rakan saya ini membaca Al-Quran,saya menyapa Pakcik ini,"Yo bro,what up?".

Okay,itu lawak bodoh.Sebenarnya saya sapanya begini,"Assalamualaikum".

"Walaikumsalam WBT.From Malaiziya?",jawab Pakcik itu.

"Yup.Awak?",tanya saya.

"Syria",jawabnya.

Perbualan diteruskan.Beliau menerangkan bahawa Beliau ini seorang Ahli Perniagaan.Hendak pergi ke China.Urusan perniagaan katanya.Beberapa bulan yang lepas berada di Malaysia.Kenapa?Urusan perniagaan juga - Kelapa Sawit.

Perbualan diteruskan lagi sehingga menyentuh Isu Penting yang saya hendak kongsikan di sini.

"So,saya baca di Suratkhabar beb.Pasal Revolusi di Syria.Dan saya ada member yang juga belajar di tempat sama.Dia cakap keadaan di Syria agak teruk.So apa cher ni beb sebenarnya?Cuba story sikit",tanya saya kepadanya (saya tanya dalam Bahasa Inggeris,tapi untuk menyedapkan jalan cerita,saya melakukan Penulisan dalam Bahasa Melayu-Santai-Urban-Bombastik).

"Ya,ya.Betul.Kami sedang berusaha.Insya-Allah.Islam akan menang.Islam is going up (sambil menunjukkan tangannya ke atas).Insya-Allah.Alhamdulillah.Islam is going up",terangnya (sebenarnya panjang Beliau cerita lagi,saya just ringkaskannya).

"Insya-Allah.Tapi,what's the reason?Adakah leadership anda tidak disukai?Government?Sekadar ingin tahu punca dari mulut rakyat Syria sendiri.I don't believe in the Media",terang saya.

"No,no.Pemimpin kami.Beliau katakan Beliau seorang Muslim.Tapi,perwatakannya tidak mencerminkan keMuslimannya.90% orang Syria mahukan Islam kembali etc etc",lebih kurang begitulah terangnya.Tapi,saya yakin anda dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan.

"Oh,saya rasa bukan di Syria sahaja.Di serata dunia juga begitu etc etc",terang saya.

"Insya-Allah,Masya-Allah,Alhamdulillah.Islam is going up.Kita mesti bekerja keras!",terang Pakcik ini bersemangat lalu meminta diri meninggalkan saya dan rakan-rakan.


Islam yang dimaksudkan kami berdua di sini adalah Islam yang sebenar.Yang paksinya adalah Iman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Bukan Islam kepentingan peribadi etc.Sebaliknya,Islam yang melangkaui konsep perkauman,kepartian etc.SubhanAllah.

Sekadar mengquote sekali lagi kata-kata Pakcik ini,"Islam is going up!Percayalah,kebenaran akan menang juga akhirnya".

Dan oleh kerana Pakcik ini tidak sempat memberitahu namanya,mari kita gelarkannya sebagai Pakcik Hassan.Dan ya,saya tidak bersetuju dengan Prinsip Kebenaran yang diperjuangkan oleh Team Baju Kuning di Malaysia.Ianya sama sekali berbeza dengan Revolusi yang sedang berlaku di Timur Tengah sekarang.Banyakkan membaca,banyakkan melihat ke luar tingkap,pasti kita kurang beremosi.


Pakcik Bengaluru dari Bengaluru (mungkin?)

Tidak lama selepas kami keluar dari Surau,seorang lelaki India tua datang kepada kami,"Bengaluru,bengaluru",sambil menunjukkan tiketnya kepada kami.

Mukanya?Panik.

Saya lihat tiketnya.

Tiketnya menunjukkan waktu 9 Malam.Waktu pada ketika itu sudah pukul 1 Pagi.Ini bermakna,Beliau sudah terlepas flight ke Bengaluru.Next flight dari Bengaluru ke Chennai akan bertolak pada pukul 6 Pagi.

Saya katakan kepada Pakcik itu,"Beb,dah lepas dah beb flight kamu ni (lebih kurang begitulah,tapi mungkin lebih sopan".

Beliau hanya mengulang "Bengaluru,bengaluru",dan terus mengulang.

"Pakcik ini tidak tahu berbahasa Inggeris",fikir saya dalam hati.Ini sangat
heartbreak.

Saya menunjukkannya kaunter pertanyaan yang ada di situ.Lalu menyuruh Beliau bertanya Pekerja yang ada di situ.

Beliau pergi ke situ.Tapi,macam blur jek.

So,saya dan rakan-rakan menolongnya.

"Pakcik ni ada prob",saya cakap kepada Makcik di situ.

"Eh,baiknya wow",jelas Makcik cuba bergurau senda jenaka ringan di kehinginan malam pukul 1 Pagi.

"Well,biasalah",jawab saya cuba mengiyakan lawak Makcik itu.

So,Makcik itu tengok tiket,seraya berkata,"Baba!Flight anda sudah terlepas!Baba tidur ke?Baba kena turun kaunter Transfer Desk bla bla bla".

Saya mengconsiderkan Baba itu adalah perkataan tempatan Dubai yang bermaksud Pakcik.

So,Baba pun meninggalkan kami,dengan muka yang still panik.

So,masa hendak naik flight,dalam flight ke Malaysia,saya duduk sebelah orang lelaki yang agak tidak sopan perangainya.

Agak tensi di situ,tapi bila teringat kisah Baba Bengaluru,saya bersyukur sahaja kerana saya masih sempat menaiki Kapal Terbang.

Alhamdulillah.

Apalah agaknya nasib Baba.

Hurm.

*** *** ***

Saya hendak menulis panjang lagi.

Tapi saya mahu keluar.

Biasalah.Cuti beb.

Insya-Allah cuti ini saya akan gunakan sebaik mungkin.Atau sekurang-kurangnya berusaha.

Maafkan salah silap,terkasar bahasa.Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


P/S : Setelah digoogle,barulah saya tahu,Bengaluru adalah Bangalore.Begitu mudah sesetengah manusia masuk ke tempat orang lain,dan menukar nama tempat itu mengikut bahasanya.Banyak lagi hendak diceritakan sebenarnya kepada anda.Kerana banyak yang telah berlaku walaupun saya hanya tiba di Malaysia pada 4 Julai kelmarin.Cepat bukan waktu berlalu?Berubahlah.Jangan berlagak gedebe/samseng kampung/hero motor kapcai.Tunggukan update seterusnya.Bye bebeh.

P/P/S : You're my best friend,my sunshine.



1 comment:

  1. Salam...
    Setuju tak kalau dikatakan di airport ni bermacam-macam perangai orang kita boleh jumpa dan perhatikan?? Transit lama kat airport banyak benda yang boleh belajar kalau pandai guna masa..

    ReplyDelete