13.7.11

Siri Pencarian 10 : Pengajaran Apa Yang Boleh Dicari Melalui Kisah 'Hujan Lebat Dan Si Penunggang Motosikal'?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya sedang menunggang motosikal ketika hujan turun dengan selebat-lebatnya di kawasan saya berada ini.

Amat lebat sehingga hendak buka mata pun susah.

Tapi,Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi.

Walau bagaimanapun,ada sesuatu yang membuatkan saya terfikir selepas menunggang dalam hujan ini.

Sesuatu yang berbunyi,

Kasihan orang-orang yang tiada kenderaan lain selain motosikal.

Kasihan orang-orang yang tiada kereta etc.

Tapi anak ramai.

Setiap hari kenderaan utamanya adalah motosikal dan bas.

Kalau hujan,habis basah lenjun.Kadangkala baru sahaja Nasi Ayam dibeli untuk keluarga,tapi tiba di rumah makanan sudah basah.

Kasihan juga kepada Pakcik/Atuk Tua yang berbasikal menjual Kuih mencari rezeki di Ibu Kota.

Mungkin cara penceritaan saya tidak begitu bagus,tapi saya yakin anda dapat tangkap apa saya cuba sampaikan.

Tapi pelik,walaupun sudah diketahui ada orang yang lebih malang daripada kita,kita jarang bersyukur.

Kereta rosak air-cond sedikit,kita sudah mengamuk panaslah,apalah,itulah.

Cuba bersyukur.

Ya.

Pengajaran yang saya dapat hari ini mudah sahaja.

Cuba belajar bersyukur.

Jangan suka merungut melampau.

Jika anda rasa rumah anda kecil,ketahuilah ramai lagi orang yang tiada tempat tinggal yang tetap.Malah,saya pernah berjumpa orang yang tinggal di dalam kotak sahaja di Moscow.

Anda boleh berkata,"Ah,dah mereka yang malas".

Tapi,ke manakah kemanusiaan anda?

Tidak semua orang yang susah itu malas.Kadangkala mereka menjadi mangsa aniaya orang lain.

Itulah tanggungjawab kita membantu sekadar yang termampu.

Orang kaya - bersedekahlah.

Sedekah itu dapat menghapus sikap buruk dari diri kita seperti berlagak,mementingkan diri etc.Yang penting ikhlas kerana Allah SWT.

Dan yang terakhir,jangan suka memandang rendah pada orang susah.Setiap dari mereka ada isu (prob) yang tersendiri yang kita tidak diketahui.

Tidak semua orang suka meminta-minta.Jadi,jika anda nampak ada orang susah,bantulah mereka.

Okay,saya hendak beristirehat sebentar.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Pakcik yang beranak lima yang menunggang dalam hujan sama sekali tidak sama dengan Mat Motor yang jatuh motor akibat mengangkat motor dalam hujan.Ada beza yang besar di situ.


2 comments:

  1. assalamualaikum.. tidak memahami p/s.. boleh jelaskan?

    ReplyDelete
  2. bukan semua orang kita perlu kasihankan.

    pakcik yang ada lima orang anak di rumah yang menunggang di dalam hujan - kalau kita nampak pakcik ini lalu dalam hujan - ini patut kita kasihankan.

    tapi kalau mat motor yang lalu depan kereta kita willie then jatuh dalam hujan,itu kita kena fikir juga kalau nak kasihankan.tapi tolong la kot kalau boleh.tapi kalau nak kesian takleh la.

    maksud kesimpulan besar - bukan semua kes kita perlu kasihan.ada kes kita perlu bertegas.sama juga dengan perkara lain.

    ReplyDelete