18.7.11

Siri Pencarian 12 : Pencarian Selepas Empat Hari (Jangan Pernah Berhenti Mencari) - Penulisan Mesti Baca.

Prenote : Penulisan berbentuk diari ini ditulis condong kerana ini Penulisan Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. [3:30-32]

*** *** ***

Assalamualaikum.

Wat up brrrrrooooooooooooooossssssssss!

Saya cadangkan kepada anda semua,jika mahu membaca penulisan di blog ini (ataupun blog-blog Ilmu lain,tidak kira bidang apa),supaya membaca penulisan-penulisan yang ada dengan penuh hemat dan penghayatan.Dan jangan skip part terjemahan ayat Quran.

*** *** ***

Menurut Abu Umamah al-Bahili,Nabi Muhammad SAW bersabda (yang bermaksud) : Sesungguhnya Allah,para malaikat-Nya,penduduk langit dan bumi hinggakan semut di dalam sarangnya dan ikan di lautan pasti akan mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (agama)." [Hadis Riwayat Al-Tirmizi]

Menurut al-Mubarakfuri : "Maksud 'ilmu kebaikan' di dalam hadis ini adalah ilmu agama yang dengannya manusia mendapat keselamatan di akhirat." [Rujuk Tuhaftul Ahwazi,karya Al-Mubarakfuri,jilid 7,ms. 380]

*** *** ***

Last two days,I takde kat bandar I.Tapi,I ada kat luar bandar.

Cuba u guys teka I ada kat mane?Haaa.Cuba teka.Takleh la gitau terus.Gitau terus takde la sensation cerita nanti.Tak fun la yous.

Alaa.Tak dapat teka?Teruk la you guys ni.

I bagi hint la.I berada di dua tempat.

Satu kat pantai.

Satu kat Ibu Kota.


*** *** ***

Jumaat dan Sabtu saya berkeputusan mengajak keluarga saya bercuti bersama.

Ini memandangkan adik saya ada pulang ke rumah untuk cuti hujung minggu.Ditambah pula,jarang semua adik beradik saya dapat berkumpul bersama di rumah sejak hampir lima tahun (mungkin enam atau tujuh atau lebih,whatever) yang lepas.

Tapi,Bapa saya tidak dapat hadir bersama dalam Percutian ini kerana ada kerja di luar bandar (orang putih kata kerja luar,ada beza ke beb?).

Lagi satu,saya mahu menggembirakan hati Ibu saya.Yalah,menggembirakan hati Ibu itu bukankah satu perbuatan yang mulia?

Lagipun,'keredhaan Allah SWT terletak pada keredhaan Ibu Bapa'.

*** *** ***

Banyak pengajaran yang saya dapati sepanjang tiga hari ini.

Antaranya yang paling penting adalah psikologi berbicara tentang Islam dengan Ahli Keluarga kita.

Ya.Menyeru Ahli Keluarga kita adalah satu kemestian/tanggungjawab/kewajiban untuk kita semua.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [66:6]

Tapi,oleh kerana Ahli Keluarga adalah orang yang rapat dengan kita,walaupun ianya kelihatan mudah untuk menasihati mereka dalam sesetengah bidang,sebenarnya tidak.Ianya lebih sukar untuk menasihati keluarga kita daripada menasihati orang luar yang kita tidak kenal.

Tahu kenapa?

Kerana untuk menasihati Ahli Keluarga,kita (amat) perlu menjaga hati mereka.Bimbang ada yang terguris.

Ini kerana semakin rapat kita dengan seseorang,semakin mudah hati mereka terguris.

Jadi,ini semua psychology beb.Jangan main-main.Misi besar.Non-stop sehingga kita mati.

*** *** ***

Saya berkesempatan berada di sebuah Pusat Membeli-Belah semasa Percutian itu.

Adik saya mahu membeli sesuatu.

Sementara mereka mencari apa yang mereka hendak beli,saya pergi meninjau sebuah Kedai Buku yang berada dalam Premis itu.

Saya sebenarnya sangat suka berada dalam Kedai Buku yang besar (apa la noob sangat budak ni skema masuk kedai buku - persepsi kebanyakan orang Malaysia tentang Kedai Buku - jika anda ada persepsi sebegini,ubah pemikiran anda sekarang juga).

Ini kerana,banyak pilihan buku yang ada dalam Kedai Buku yang besar berbanding dengan apa yang dijual di dalam Kedai Buku yang kecil.

Cumanya,jika dahulu,saya lebih suka mencari buku-buku Pop Culture,Politik atau Pop Art etc,sekarang saya lebih suka mencari buku-buku Ilmiah yang dapat dimanfaatkan saya untuk kehidupan ini dan kehidupan akan datang.

Pada pendapat saya,ada beza antara membaca E-Book dengan membaca buku cetakan naskhah fizikal yang sebenar.Ada kepuasan yang berbeza di situ.

Dipendekkan cerita,saya ada membeli beberapa buah buku di Kedai Buku itu (to be exact - 5 buku).

Mungkin ada yang berkata saya berlebihan dalam membeli buku itu.Dan mungkin ada yang berkata agak mahal harga buku-buku yang saya beli itu.

Tapi sebenarnya,tidak pun.Tidak mahal.Tidak sampai RM 100 untuk 5 buah buku.

Murahlah tu.Compare dengan Ilmu yang kita boleh gunakan untuk sepanjang hayat kita.Itulah Pelaburan Akhirat namanya.Kita baca buku itu,kita ajarkan kepada orang (mungkin melalui blog etc),kemudian orang ajar kepada orang lain,orang lain ajar kepada keluarga mereka dan whatever.Tapi,kiranya keuntungan yang kita dapat dari sebuah buku itu adalah tidak terkira.

Jadi,jangan kedekut membeli buku.Takkan takleh beli.Tiket wayang 3D RM 17 leh beli beb.

Lagipun,

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah,ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadis Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Yang penting apa?Yang penting ikhlas kerana Allah SWT.

*** *** ***

Okay sambung kembali Penulisan.

"Huh,pergi mana tadi stop menulis?",tanya anda.

"Pergi makan Nugget Ibu saya masak.Haha",jawab saya.

Saya tidak tahu kenapa,saya amat suka spend masa dengan family saya sejak saya sudah semakin berusia ini.Saya lebih suka spend masa dengan family saya compare dengan spend masa kosong bersama rakan-rakan sejak akhir-akhir ini.

Eh jap,sebenarnya saya tahu kenapa.Tapi.Okay apa-apa aje.


Jadi,anda yang lain,contohilah saya (bukan nak riak,sekadar menyeru kepada kebaikan).Sementara makan-makan itu,anda boleh cuba borak dan cuba mengeratkan hubungan silaturahim kekeluargaan.Yang penting ikhlas kerana Allah SWT.

*** *** ***

Hari Sabtu malam,saya tiba di rumah dari Percutian di tepi pantai (seghoooonoooookkk beb dah lama tak tengok pantai,subhanAllah lawa).

Saya tiba pada pukul 8 Malam.

Sambil mengangkat barang keluar dari boot kereta,saya mendengar Kuliah Maghrib dari Masjid depan rumah saya (suara penceramah itu dipasang loudspeaker ke luar Masjid oleh Jawatankuasa Masjid,so semua orang boleh dengar la basically apa yang dibicarakan oleh Penceramah).

Topiknya tentang Nisfu Syaaban.

Ceramah itu tidak menarik perhatian saya sehinggalah Penceramah itu mengatakan ayat ini,

"Kiranya,orang Islam yang tidak bangun Subuh jemaah,banyak faedah yang mereka dah rugi.Itu belum kira mereka yang tak bangun sembahyang langsung.

Dan sebenarnya orang Yahudi (musuh Islam etc) berkata,"Selagi orang Islam tidak bangun Sembahyang Subuh Berjemaah,jangan risau,mereka tidak perlu dibimbangi.Mereka tidak dapat mengalahkan kita selagi mereka tidak bangun berjemaah".

(Sebenarnya,Penceramah ini berceramah dalam Bahasa Loghat Tempatan Daerah saya.Haha.Only Allah Knows how I love this accent/slang/loghat/whatever.Haha)

Mendengar ayat ini,saya terus terfikir sebegini,"Eh beb,best beb ceramah ni beb.Kau tak nak pergi ke beb beb.Okay la beb.Aku pergi la beb beb".

Saya terus mengambil kunci motor dan memecut laju riang ke Masjid (takde la laju sangat sebenarnya,baru masuk gear dua dah sampai Masjid,lu cite letup kan bro).

"Eh,kata rumah depan Masjid,tapi asal naek motor gak?",tanya seseorang yang penuh dengan kecurigaan.

"Bukan bro,penat bro baru balik jalan jauh drive",jawab saya berdalih.

Dan oh ya,kepada anda semua,kalau hendak pergi Masjid,sebenarnya better jalan kaki.Sebab jika tidak silap saya (ada dibaca dalam sebuah buku),setiap langkah yang kita pergi masjid itu akan diampunkan dosa-dosa kita.

Dipendekkan cerita,tidak sampai 60 saat kemudian saya tiba di Masjid.

Antara Isi Penting Ceramah Berkenaan adalah :

- Jangan kedekut bersedekah.Syaitan menakut-nakutkan kita dengan kepapaan/kefakiran apabila kita hendak menderma.Padahal,ketahuilah kita,tidak akan berkurang satu sen pun harta kita apabila kita menderma.Sebaliknya,Allah akan tambahkan nikmat-Nya kepada kita dengan lebih banyak lagi selepas kita menderma.Yang penting ikhlas.

- Jadikan baki bulan Syaaban ini sebagai Latihan sebelum memasuki Ramadhan.

- Jadikan Ramadhan ini sebagai Kubu mengubah diri semula.

- Betulkan Cara Sembahyang.

Sebenarnya banyak lagi yang diajarkan malam itu oleh Penceramah berkenaan.Itulah pentingnya jika ada Majlis Ilmu berdekatan dengan anda,hadirilah.

Kerana banyak kebaikan sebenarnya dalam Majlis Ilmu ini.

*** *** ***

Semalam Hari Ahad,saya memandu riang ke Ibu Kota menghantar Adik saya pulang ke tempat Beliau belajar.

Sempat singgah di sebuah Pusat Membeli Belah,dan saya sekali lagi masuk ke dalam Kedai Buku.

Saya buat apa di situ?

Beli buku lagi.Cant resist it la beb.Sebab kat tempat I tak banyak buku best.Lagipun,lagi lapan minggu (aaaa nak abis cuti dah ke doe?) nak balik Moscow.So baik beli buku sekarang.Tak habis baca leh bawak sana (serious noob/dork/geek/skema budak ni baca buku - kata seorang mamat 'cool').

*** *** ***

Saya sekarang membaca sebuah buku "Untukmu Umat" tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

Baru baca first chapter sebenarnya.Malam semalam sebelum tidur baca.

First chapter Beliau story pasal Beliau belajar kat Jordan bla bla bla,sikap pesimis sesetengah dari kita etc.

Apa pengajaran yang saya dapat dari First Chapter itu?

Jangan mudah berputus asa bila berhadapan dugaan dalam hidup.Kalau kita rasa cam susah something baik yang kita nak buat tu,fikirkan sesuatu yang boleh memberi motivasi kepada kita.Motivasi yang paling besar tentulah kebahagiaan di Akhirat kelak.

*** *** ***

Berada di Kedai Buku semalam membuatkan saya terfikir suatu Idea,dengan izin Allah SWT.

Idea yang berbunyi,"Perlu ada penghasilan buku-buku untuk menarik minat Golongan Muda Urban yang duduk di bandar besar kembali kepada Islam.Ini kerana kadangkala mereka bukan tidak berminat dengan Islam.Mereka berminat.Buktinya semalam ada beberapa orang Remaja Wanita (saya fikir mereka baru habis SPM kot) yang freehair yang membelek-belek buku Agama dengan penuh tekun di Kedai.Mereka berminat,bukannya tidak berminat.Cuma mungkin persekitaran mereka yang tidak membantu membuatkan mereka kadangkala terus leka.Jadi,adalah perlu ada buku Bahasa Urban bertemakan Islamik ditulis.Dan saya mahu menulis buku sebegitu nanti.Ini kerana ada idiom yang berbunyi,"Kalau kau tak jumpa buku yang kau mahu,tulis buku itu".Doakan semoga dipermudah.Dan tidak riak.Amin.

*** *** ***

Itu sahaja cerita saya pagi ini.

Maaf bahasa berterabur.

Saya tulis random sahaja.

Separuh penulisan saya tulis berbekalkan tenaga dari malam semalam.

Separuh lagi penulisan saya tulis berbekalkan tenaga nugget sakti pagi ni.

So,tu yang berterabur tu.Ada salah silap,sila betulkan.Ada terkasar bahasa,minta maafkan.Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Banyak lagi nak story.Nanti-nanti la.Dan saya ada tangkap gambar.Sapa nak tengok,usha Tumblr saya.Biasa-biasa aja.Takde camera mahal berlipat-lipat pon beb.Yang penting jiwa seni.Haha.

P/P/S : Mahu pergi ke kedai nanti,cuci gambar Lomo.Dan ya,masjid yang lawa tiada guna jika kita tidak mengimarahkan Masjid itu.Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar.


P/P/P/S : Kita ada banyak kerja.Jangan berburuk sangka.

P/P/P/P/S : People Put In WORK Trying To Spread Islam But All Some Muslims Want To Do Is Cause Fitnah For These People. [Quote]



No comments:

Post a Comment