19.7.11

Siri Pencarian 13 : Carilah Redha Allah SWT,Bukannya 'Redha' Manusia.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Astaghfirullahalazim.

Kadangkala manusia,pada ketika Beliau cuba mencari redha Allah,ada masa niatnya yang pada mulanya kelihatan suci,boleh tersasar.

Ada masa kita kadangkala tersasar mencari redha manusia.

Ada masa kita boleh tersasar seolah-olah mencari pujian manusia.

Jangan begitu wahai manusia-manusia sekalian.

Carilah redha Allah SWT,Maha Pencipta yang telah Menciptakan sekalian alam.

Kerana riak itu penghapus amal.

*** *** ***

Saya semalam ada membaca satu Penulisan tulisan Dr. Asri.

Penulisan yang ditulis tentang pemergian Dr. Lo' Lo'.

Sangat banyak pengajaran yang ada di situ.

Anda bacalah.

Baca dengan hati yang tenang.

Bagi saya,pengajaran yang paling besar adalah,betapa besarnya nilai persaudaraan dalam Islam itu.Mengatasi nilai kekeluargaan.Semuanya dilakukan kerana Allah SWT.

SubhanAllah.Astaghfirullahalazim.

Dan yang paling penting,janganlah kita saling berburuk sangka sesama kita umat Islam.

Berbaiklah sangka.Jangan hanya kerana berbeza metod,kita menuduh orang lain kafir (sebagai contoh).Ingatlah,kita semua satu Umat yang sedang berjuang.Kalau ada di antara kita yang tersilap,kenapa kita tidak tegur mereka?Yang penting berhikmah.Bukan menegur kerana hendak memalukan mereka.Jika kita menegur itu seperti hendak memalukan mereka,siapa yang tidak tercabar egonya.

Allah SWT Maha Melihat.

*** *** ***

Itu hari,saya ada membeli buku bertajuk Islam in Malaysia : Perceptions & Facts.

Buku ini dalam Bahasa Melayunya bertajuk 'Mengemudi Bahtera Perubahan Minda'.

Ya,'perubahan minda'.

Ianya something crucial (penting) yang kita perlukan buat masa ini.

Dan semalam,ada beberapa rakan saya dari Negeri lain yang sama belajar di tempat saya belajar datang ke bandar saya untuk membuat penggambaran video.

Dan malam semalam juga,semasa hendak keluar makan malam,saya berborak dengan salah seorang rakan tentang beberapa topik.

Kebanyakannya berkisarkan tentang 'Isu Semasa Malaysia - Politik,Kerosakan Moral Orang Muda etc'.

Pagi ini semasa bangun,saya terfikirkan sesuatu,"Jika bukan orang-orang muda yang sudah terbuka minda (yang belajar di universiti/oversea etc) yang mengubah pemikiran orang-orang muda kita di Malaysia,siapa lagi yang boleh approach mereka ini?"

Saya sering merasakan adalah perlu untuk seseorang approach Golongan Muda ini.Tapi jangan terlalu fun pendekatan itu.Dan jangan pula terlalu serious.Kerana fun dan serious yang berlebihan akan membawa kepada kegagalan misi.

Orang Malaysia memang memerlukan perubahan minda yang amat besar pada ketika ini.

Selagi mana pemikiran kita hanya berpaksikan bendera Parti,selagi itu kita (umat Islam) tidak akan boleh bersatu.

Ketepikan hasad,ketepikan perpuakan,bersatulah kerana Allah dan Rasul-Nya.

*** *** ***

Jangan sesekali cuba impresskan orang lain berlebih-lebih sehingga lupa niat sebenar kita.

Jangan sesekali akibat terlalu asyik 'menasihati' orang lain,kita terlupa kepada nasib 'diri sendiri' (terlupa membaiki diri sendiri).

Saya tertarik dengan quote ini,

“Maaflah saya ingin sebut,ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa,hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat;khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”. [quote]

Ya.Fenomena cinta duit/dunia yang melanda sebahagian besar daripada kita pada hari ini (mungkin diri kita sendiri?).

Berubahlah.

Janganlah harta yang menjadi matlamat utama kita.

Apakah kita lupa,segalanya itu datang dari Allah SWT?

Allah SWT telah Menjanjikan bahawa jika kita mengikut perintah-Nya,pasti Dia akan Memberikan kita balasan yang baik.

Fikirkanlah.

*** *** ***

Astaghfirullahalazim.

Berubahlah wahai manusia.

Beristighfarlah.Janganlah berputus asa menyebarkan jalan ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kepada Para Penggiat Seni,drama-drama anda mempunyai pengaruh besar dalam membentuk minda masyarakat.Stop producing film-film/drama yang mengandungi unsur tahyul melampau.Dan kepada kita semua,ingatlah ayat ini,"walaupun sebesar zarah".



8 comments:

  1. salam alaykum.. but there would be not wrong to make Islam stands through party..

    ReplyDelete
  2. To Anon, memang tak salah. Yang salahnya apabila manusia lebih sibuk berparti daripada menegakkan Islam.

    Wallahua'lam..

    Allah tak tengok kita dalam parti apa..Yang penting apa yang kita buat untuk menegakkan Islam.

    "A noble is recognized not by who he is, but what he does."

    ReplyDelete
  3. no, that's not what i mean.. what i mean is.. islam boleh ditegakkan melalui kuasa.. tak ada kuasa macam mane islam nak tertegak

    ReplyDelete
  4. Jap.ni ada berapa orang tgh komen.

    Btw.memang benar kita perlu kuasa .tp scr pribdi mngikut apa yg sy liht situasi skrg,kita prlu prbtulkn akidah gnerasi muda (even tua) dahulu..ini krn hebt brpolitik tidk smstiny mnjdikn seseorg itu mengamalkn islm.ada org yg mngku ahliparti islm,tp smbhygnye tgg langgang..

    Jd di sini.kita prlu brusaha betulkn ini sekuatnye.tp dlm ms sm kne brpolitik.tp adalah sesuatu yg tdk berapa tepat ble kita bkrjesme dgn org yg xsuke islm terang2 ,tp kita brtikam lidah sesme islm.jd kita perlu bnyk krje di sini.perangai seseorg itu tdk boleh diubh melalui politik.tp akidah yg mntp dpt mnjdikn seseorg itu insn cmrlg.

    Jd lastly,kte prlu politik.tp jgn smpi politik buat kita lp sebar sruan tauhid kpd org.50 thun mrdeka,knp kita xsungguh dom sebar islm kpd org bkn islm?

    Dan last,sume dri kite ad pdpt yg btul.tp xsmstnye tepat.jd sme2lah berlapang fikirn.

    Tegr sy jika silp.tiada niat mghentm.

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  5. ada typo ...ini yg btul ----- mrdeka,knp kita xsungguh dlm sebar

    ReplyDelete
  6. Setiap kita punyai peranan untuk menegakkan Agama Allah dengan menyebarkan mesej dakwah mengajak manusia kepada Islam dan menghayati Islam dalam kehidupan. Just Do It !! Usah bz body mengata orang itu oarang ini, tapi tanyai apa ynag telah aku buat. Kerana di depan Allah nanti, harapnya ada jawaban.

    ReplyDelete
  7. Betul2. Jzkk.terima kasih .insya allah

    ReplyDelete