19.7.11

Siri Pencarian 14 : Berakhir Sudah Satu Lagi Peluang Pencarian Untuk Kita Semua.Persoalannya,Masih Adakah Esok Untuk Kita?Marilah Bermuhasabah Merenung Kesilapan Diri.Sesungguhnya Allah SWT Maha Penerima Taubat.

Prenote : Ditulis penulisan ini sebagai peringatan buat diri sendiri.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Jam menunjukkan angka 2219 semasa saya mula menulis Penulisan ini.

*** *** ***

Lewat petang tadi,saya keluar dengan Kakak saya membeli makanan malam untuk dimakan keluarga kami.

Semasa di dalam kereta,saya terjumpa sebuah CD Raihan.

Dalam CD itu ada sebuah lagu yang mahu saya kongsikan di sini pada malam ini.Saya yakin anda semua tahu lagu ini.Tapi bila sudah lama tidak dengar,kemudian saya dengar kembali tadi,dan lirik itu saya hayati betul-betul,ada pengajaran yang besar cuba disampaikan mereka melalui lagu ini.


Lagu itu mengajak kita semua untuk kembali kepada Allah SWT,Maha Pencipta yang Menciptakan Sekalian Alam.

*** *** ***

Sekarang Jam menunjukkan 2233.

Beberapa perkara membuatkan saya terpaksa memberhentikan penulisan saya untuk beberapa minit.

*** *** ***

Hari ini 19 Julai 2011.

19 Julai 2011 - jika dilihat sekali imbas,hanya sekadar tarikh.

Tapi,jika kita hayati dan renung sedalam-dalamnya,tidakkah kita mendapati bahawa tahun ini berlalu dengan begitu pantas?Apakah maksud semua ini?Rujuk Hadis di bawah.

[Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146]

Narrated Abu Huraira : The Prophet (SAW) said, "The Hour (Last Day) will not be established until (religious) knowledge will be taken away (by the death of religious learned men), earthquakes will be very frequent, time will pass quickly, afflictions will appear, murders will increase and money will overflow amongst you." (See Hadith No. 85 Vol 1).

Apa yang kita telah lakukan pada hari ini?

Adakah ianya lebih baik dari semalam?

Atau apakah ianya lebih teruk?

Ketahuilah kita,

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T." [Link]

Renung-renungkanlah.

*** *** ***

Esok - apa yang kita harapkan dengan hari esok?

Ramai orang yang berbicara tentang hari esok dengan penuh positif,mengharap sesuatu yang baik akan berlaku pada hari esok.

Tapi,apakah masih ada esok untuk kita?

Ramai orang yang bertangguh melakukan kebaikan (berubah ke arah kebaikan) dengan alasan 'esok masih ada'.

Tapi,apakah kita yakin bahawa umur kita masih panjang?

Sedarlah,mati itu boleh datang bila-bila masa.

Janganlah bertangguh lagi.Jangan.

*** *** ***

Sebenarnya,banyak cara kita boleh lakukan untuk menambah Pelaburan Akhirat kita.

Di bawah ini saya senaraikan beberapa cadangan yang boleh kita sama-sama lakukan (atau sekurang-kurangnya cuba untuk lakukan) pada hari esok.Mungkin tidak semua kita mampu lakukan,tapi pada pendapat saya,satu lebih baik dari kosong.Jangan beralasan lagi.Marilah menambah amal.

Baiklah,cadangan-cadangan itu adalah :

Jika hari ini kita tidak menderma,hari esok dermakanlah duit kita.

Jika hari ini tidak sembahyang,esok mulalah bersolat.

Jika hari ini kurang hajar dengan Ibu Bapa,esok bersopanlah dengan mereka.

Jika hari ini mulut kuat mengumpat,esok cubalah kawal percakapan.Mahukah kita menjadi Muflis di Akhirat kelak?

Jika hari ini tidak menutup aurat,esok mulalah menutup aurat.

Jika hari ini tidak beristighfar,esok ringan-ringankan mulut berzikir.

Jika hari ini tidak pergi ke Masjid,esok pergilah ke Masjid.

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.

Berubahlah sementara masih ada kesempatan.

*** *** ***

Renungi Terjemahan Ayat-Ayat Al-Quran di bawah ini.

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. [2:245]

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. [3:92]

Ketahuilah,harta itu datang dari Allah SWT.Harta kita tidak akan habis jika kita belanjakannya pada jalan Allah SWT.Malah,ianya akan ditambah oleh Allah SWT.

Fikir-fikirkanlah.

Jangan menjadi bakhil lagi.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Hari ini sudah habis.Peluang untuk mengubah hari ini sudah tiada.

Hari ini - biarkan ia menjadi Sejarah.Sejarah yang menjadi Pengajaran.

Tapi hari esok - kita masih ada peluang.Peluang membuat yang terbaik.

Sama-sama kita fikirkan.

Semoga penulisan ini membawa kebaikan kepada saya di dunia dan akhirat.

Doakan yang terbaik untuk kita.

Ambil jernih,buang keruh.Tegur saya jika ada kesilapan.Tiada langsung niat saya menulis di blog ini untuk berlagak hebat,mencari musuh etc.

Sebaliknya,ianya hanyalah sebuah medium bagi saya berkongsi Ilmu dan mencari Ilmu.

Wallahualam.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tadi petang saya jumpa Babi.Bukan Babi carutan itu.Tapi Babi.Ya.Babi yang berekor kontot itu.Babi Hutan.Haha.Teruja lebih pula.Tapi saya teruja kerana saya jumpa Babi itu dekat dengan Bandar juga.Itu yang peghok semacam tu orang Perak cakap.


2 comments: