22.7.11

Siri Pencarian 15 : Mencari Cahaya Dalam Kegelapan Adalah Pencarian Abadi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya tidak dapat menulis beberapa hari yang lepas kerana saya berada di Melaka dan kawasan sekitarnya.

Pagi ini,apabila saya menyemak e-mail saya,saya mendapat e-mail Invitation ke suatu talk yang disampaikan oleh Dr. Bilal Philips (Ala,yang selalu keluar Youtube banyak tu).


Jadi,saya terus call number yang tertera pada Poster itu.

Dan ya,saya berjaya mengesahkan dari Pihak Bertanggungjawab bahawa ACARA INI PERCUMA.

Haha.

Saya jelaskan Percuma kerana biasanya acara seperti ini mahal.Dan kali ini diadakan Percuma.Jadi,adalah satu kerugian kalau kita tidak pergi.

Kan?

Jadi,saya mengajak anda-anda semua yang faham bahasa Inggeris (saya rasa acara ini diadakan dalam Bahasa Inggeris) untuk pergi ke acara ini.

Saya juga mahu pergi.

Insya-Allah.Tapi tengok la kalau takde aral melintang.Mana tahu,esok lusa,ada Makcik saya hendak kahwin ke apa.Dah tak dapat pergi.Jadi,saya berdoa supaya boleh pergi.

Apa-apapun,yang penting niat kita ikhlas mencari ilmu,mencari redha Allah SWT.

Ingat,ini perjuangan sampai kita mati.

Jangan pernah berehat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Siapa-siapa berminat hendak pergi,atau hendak tahu lebih lanjut tentang acara ini,boleh email kepada saya di pospenamaya@gmail.com.Saya akan cuba menerangkan apa yang saya tahu.Dan saya akan forwardkan email yang saya dapat.Terima kasih.

P/P/S : Sekadar berkongsi maklumat yang saya tahu sahaja.Nanti dah dapat ilmu,bagitau orang lain yang tidak mahir English pulak kan dalam Bahasa Melayu?Itulah kepentingan kuasai bahasa lain.



4 comments:

  1. xpe..xde rezeki.tapi tngok2 la jugak kalau tibe2 free..insyaAllah.
    maklumkan kpada rakan2.

    ReplyDelete