23.7.11

Siri Pencarian 16 : Penulisan Isu Semasa Yang Perlu Dibaca Oleh Para Pencari Kebenaran.

Prenote : Saya mengingatkan Para Pembaca untuk menegur saya jika ada sebarang kesilapan.Saya tulis ikhlas (dan berdoa supaya dikekalkan keikhlasan).Amin.Tapi,mana tahu tiba-tiba ada ter'ego'.Manalah tahu.Saya juga manusia.Jadi,jika ada sebarang kesilapan,tolong tegur dengan berhikmah.Please.Semoga Allah Meredhai kita semua.Amin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. [Az-Zumar : 9]

*** *** ***

Assalamualaikum.

Saya selalu mengingatkan diri sendiri betapa perlunya saya (dan anda semua) untuk sentiasa mengingati Allah SWT.Mengingatkan diri sendiri bahawa dunia ini hanya sementara.Mengingatkan diri sendiri bahawa redha Allah SWT itulah matlamat utama yang perlu diletak dalam setiap perbuatan.Mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa bertaubat dan beristighfar memohon keampunan-Nya.Dan mengingatkan diri sendiri betapa perlunya mengingat dan memberitahu orang lain apa yang saya tahu.

Ini kerana,kita tidak boleh berubah seorang diri.Kita memerlukan sebuah masyarakat/persekitaran yang membantu jika hendak berubah.

Pernah dengar kisah seorang lelaki yang ingin bertaubat,kemudian seorang Ilmuwan (Ulama) menyuruhnya berpindah ke suatu tempat yang mempunyai banyak orang-orang yang baik kerana di tempat asalnya itu persekitarannya tidak baik untuk Beliau bertaubat?

Jadi,di sini,persekitaran yang baik adalah amat penting dalam merubah diri.

Jika kita ada Ilmu,kita sebarkanlah kepada orang lain.Kerana ianya akan membawa manfaat kepada kita juga.

Yang penting,ikhlas kerana Allah SWT.

Ini kerana,persekitaran yang baik akan membawa kepada masyarakat yang baik.Masyarakat yang baik secara tidak langsung akan saling ingat-mengingatkan sesama sendiri tentang kesilapan masing-masing.

Kita perlu mewujudkan suatu masyarakat yang sentiasa 'alert and aware' akan kewujudan Allah SWT.Maksudnya di sini,kita perlu sentiasa alert bahawa Allah SWT Maha Melihat akan setiap perbuatan kita.

*** *** ***

Sebentar tadi,saya menunaikan Solat Isyak di Masjid (dengan izin Allah SWT,Alhamdulillah).

Tapi,ada sesuatu yang amat mengecewakan saya berlaku pada hari ini.

Dan saya yakin perkara yang mengecewakan ini sering berlaku dalam Masyarakat kita pada hari ini.

Elok diingatkan,tujuan saya menulis ini bukan untuk menghentam sesiapa.Just sekadar nasihat ikhlas kepada semua masyarakat Islam.Jangan sesekali salah sangka dengan penulisan ini.Sebaliknya,ambil jernih dan tegurlah yang keruh.

Kita kena sedar,kita sekarang Umat Islam dilanda banyak sekali masalah.Kita tidak boleh terus bersenang lenang menyebarkan Islam dengan bersantai-santai.Saya bukan cakap orang lain tidak buat kerja.Tidak sama sekali.Tapi apa yang saya cuba sampaikan di sini,kita perlu tambahkan lagi usaha.Kerana kita punya banyak Isu untuk ditangani.

Mat Rempit,Anak Haram,Bohjanisme,Budak Sekolah Malas Belajar,Kejahilan Melampau-Lampau,Perpecahan Dalam Keluarga Hanya Disebabkan Perbezaan Bendera Politik,Budak Perempuan Tidak Tutup Aurat,Pornografi,Ketagihan Pelancapan dan lain-lain lagi masalah serious sedang melanda kita Umat Islam.

Nampak seperti perkara ini begitu terasing,tetapi ketahuilah bahawa IANYA SEDANG BERLAKU dalam masyarakat kita pada hari ini.Mungkin juga perkara-perkara ini berlaku dalam keluarga kita sendiri.

Tapi,kita yang tidak sedar.Atau kita buat-buat tidak sedar.

Situasi ini kelihatannya membingungkan.Yalah,Bapa setiap hari pergi ke Masjid setiap hari.Tapi,Anak Kecilnya memaki hamun menyeksa kucing di luar masjid.Membingungkan bukan?

Mungkin kelihatan membingungkan,tapi sebenarnya tidak.

Sebenarnya,jika dilihat secara mendalam lagi,ada sesuatu yang kita silap di sini.

Ya,jangan terlalu ego untuk menilai dan mengakui kesilapan diri.

“Setiap anak adam pasti pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat” [HR Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas]

Apakah yang kita silap itu?

Saya bagi anda situasi dahulu.

Di Masjid sebuah taman perumahan,selepas Maghrib,biasanya akan ada Kuliah Agama.Amat bagus diadakan Kuliah seperti ini.

Dan ramai orang akan datang menunggu sehingga Isyak.Kiranya dengar Kuliah sekali.

Penceramah akan berceramah.

Di luar masjid,50 meter dari masjid,dekat taman permainan,ketika ceramah sedang berjalan,Anak-Anak Muda sibuk berborak di atas motor,ada juga yang berborak bersama wanita freehair.Yang lain-lain sedang lepak dekat gerai makan (padahal Masjid tepi gerai,dan ceramah tu pasang loudspeaker ikut menara masjid,kira satu kawasan boleh dengar).Mereka duduk di situ,tanpa menghiraukan apa yang cuba disampaikan.

Dalam Masjid,hanya segelintir yang dengar ceramah betul-betul.Yang lain-lain dalam Masjid,mereka buat apa?Mereka berborak kosong bergelak ketawa.

Kenapa ini terjadi?

Elok diingatkan,Islam itu sememangnya satu jalan hidup yang benar.Ianya satu-satunya jalan hidup yang diredhai Allah SWT.Seorang yang benar-benar melihat dan berfikir akan nampak kebenaran Islam.

Tapi,muncul pertanyaan,jika begitu,kenapa kita banyak masalah?

Jangan tuding jari kepada orang lain.Tudinglah jari kepada diri sendiri.Itu jawapan saya.Islam itu memang benar.Tapi,kita yang tersilap di sini.

Ambil sahaja contoh kisah Masjid di atas.

Pada pendapat peribadi saya,kita perlu menukar corak pemikiran kita di atas.

Kadangkala ceramah di Masjid perlu diakui - memang boring.Penceramah syok sendiri sedangkan Ahli Jemaah banyak tidur di belakang.

Apa yang perlu kita lakukan di sini?

Perubahan minda.Ya.Melakukan perubahan minda.Baiki minda kita.Tapi bukan perubahan dalam urusan agama.Itu salah.Sekadar perubahan minda.Kita ada mind crisis.

Apa cadangan saya?

Kuliah Maghrib itu bukankah ramai orang hadir?Sepatutnya bila ramai orang hadir,itulah waktu terbaik seseorang penceramah itu untuk menyedarkan Umat Islam.

Kiranya,Penceramah perlu menceritakan Isu Semasa/Realiti Semasa/Isu Berat dalam mengajak Muslimin/Muslimat kembali kepada Islam.Dan berikan juga Ayat-Ayat Quran/Hadis.Jangan buat penyampaian yang terlalu ikut textbook sampai orang tidak minat dengar.Berikan juga cadangan untuk menyelesaikan suatu masalah.Itulah fungsi ceramah!

Tapi sayang,kebanyakan ceramah yang ada pada hari ini,kebanyakannya sangat boring sehingga orang tidak berminat dengan Islam.Sehingga dilihat Islam itu suatu perkara yang berat.Sebenarnya TIDAK.Ya,Islam tidak berat.Ianya fitrah manusia.Ianya menenangkan jiwa.Ianya satu cara hidup yang manusia perlukan.Kerana kita ini hakikatnya hamba.Hamba kepada Maha Pencipta.

Itulah kenapa perlunya seseorang penceramah itu untuk melengkapkan diri dengan Isu Semasa.Isu realiti yang berkaitan dengan masyarakat.Kita hidup zaman 2000.Masalah Sosial banyak berlaku.Jangan cerita perkara yang berlaku tahun 1980 lagi.

Jadi,bila Penceramah berceramah dengan bersemangat dan serious (serta kurangkan lawak kurang bijak),dan berikan juga hadis/ayat Quran yang berkaitan dengan Isu,dan bila Ceramah ini dipasang di loudspeaker,PASTI insya-Allah budak-budak muda yang tengah lepak dengan awek kat tepi masjid tu sure tersentap.Dan orang-orang yang sedang bergelak ketawa di gerai juga pasti tersentap.Then bila tersentap,mereka akan pergi masjid.

Adalah satu kerugian jika setiap hari ada ceramah kat masjid,tapi takde satu kesan pon bagi kat masyarakat muslim.Percayalah,jika kita perbetulkan kesilapan kita ini,dan kita lakukannya secara istiqamah dan konsisten setiap hari,masyarakat awam pasti tersedar lama kelamaan insya-Allah.Yang penting kita berusaha kuat.Bukan maen kritik sahaja (ini teguran untuk diri sendiri).

Ini semua psychology.Kita kena beritahu masyarakat apa yang sedang berlaku etc etc.Kita juga perlu mengingatkan mereka ancaman-ancaman akhirat.Dan kenapa kita perlu lakukan amal ibadat ini semua.

Itulah sebabnya tanggungjawab orang yang berilmu ini besar.Kita kena cari Ilmu dengan banyak.

Apa guna masjid besar,ceramah setiap hari dilakukan,tapi bila keluar masjid,kita semua kembali ke rumah tanpa mendapat apa-apa.Padahal kita dengar ceramah.

Nampak?

Penceramah bertanggungjawab besar dalam hal ini.Saya amat sedih dengan realiti ini sebenarnya.Tapi itu bukan suatu perkara yang perlu ditangisi.Sebaliknya,ia suatu perkara yang perlu diatasi.

Saya tidak mahu sekadar berkata-kata.Itu sebab saya menulis Penulisan ini dan saya cadangkan sekali apa yang perlu dilakukan di atas ini.

Sikap menghentam,tanpa beri penyelesaian - itu tidak membantu apa-apa.

Kita semua perlu bekerja keras.

Saya tertarik dengan satu talkshow di IKIM.FM yang saya dengar semasa memandu ke Kuantan baru-baru ini.

Ayat berbunyi lebih kurang begini,"Ya Dr.Semalam saya dengar dari Dr X bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya.Melentur seseorang biarlah dari remajanya.Saya sebenarnya sedikit tidak bersetuju di situ.Ini kerana,sebenarnya zaman Remaja itu mereka sudah keras.Mereka sukar dibentuk lagi.Sebenarnya melentur anak-anak ini biarlah dari semasa mereka kecil lagi.Itu sebab bila kita lihat psychology pendidikan,zaman terbaik memulakan pendidikan adalah sekitar umur 6-7 tahun".

Ya.Lebih kurang begitulah yang saya dengar dekat IKIM.FM itu hari.

Ibu Bapa,didiklah anak-anak anda sebelum terlambat.Bertegaslah dengan mereka apabila dewasa.Limpahilah mereka dengan Ilmu tentang Islam,bukannya beyblade pokemon semata (saya tidak tahu apa yang hip untuk budak-budak zaman sekarang,itu masa zaman saya kecik pokemon ni sume).

Bila anda didik anak-anak,secara tidak langsung,anda mencabar diri anda untuk mencari Ilmu juga.Akhirnya kita semua dapat manfaat.Barulah Generasi Islam boleh terbentuk insya-Allah dengan izin Allah.

Kita kena mula dari awal.

Ya,saya tahu saya tiada anak lagi.Tapi insya-Allah saya akan berusaha sedaya upaya membentuk anak-anak saya mengikut apa yang saya tuliskan ini.Semuanya kerana Allah.Insya Allah.

Saya tidak mahu menjadi seorang Hipokrit yang sekadar menulis.

Tapi,jika tidak menulis mengingatkan orang lain tentang perkara ini semua,saya fikir ianya satu kerugian.

Jadi,saya menulis sambil mengingatkan diri.

Jadi,kesimpulan di sini,ubah pemikiran kita.

Jangan melihat Islam itu dari sudut yang bosan.

Sebaliknya,ketahuilah,Islam ini cara hidup yang benar yang menenangkan.Jika seseorang itu benar-benar mengikuti Ajaran Islam,Beliau akan berjaya di dunia dan akhirat insya-Allah.

*** *** ***

Saya ingin quote satu perenggan dari buku Untukmu Umat karangan Ustaz Zaharuddin.


Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Kelak pada akhir zaman akan sampai satu masa di mana orang yang sabar (dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar) seperti menggenggam bara api,manakala orang yang masih terus berjuang dan bekerja (ke arah memperbaiki manusia),maka ganjarannya adalah seperti 50 orang lelaki yang beramal seperti amalan mereka.Baginda SAW ditanya : "Wahai Rasulullah,apa maksud kamu 50 lelaki di kalangan mereka?Jawab Baginda : "50 lelaki di kalangan kamu (Para Sahabat)." [Hadis Riwayat Abu Daud,Ibn Majah dan Al-Tirmizi]


Menurut Imam Ibn Abdil Bar :

"Hadis ini menunjukkan kemampuan manusia pada akhir zaman selepas zaman sahabat untuk memperolehi kedudukan sebahagian daripada sahabat atau menjadi lebih afdal daripada sebahagiannya."

Menurut Imam Izzudin Abdul Salam pula : "Perkara ini dibina atas dua kaedah : Pertama,setiap amalan soleh akan pasti melahirkan hasil yang baik untuk si pelaku.Keduanya,orang yang mampu melaksanakan Islam pada akhir zaman walaupun nampak pelik dan ganjil,maka pelik dan ganjilnya itu adalah seperti pada zaman awal Islam (justeru mereka berhak mendapat kebaikan yang sama dengan para sahabat pada zaman awal Islam)." [Rujuk Tuhfatul Ahwazi,karya Al-Mubarakfuri,jilid 8,ms 57]

*** *** ***

Itu sahaja untuk hari ini.

Betulkan salah silap.Maaf terkasar bahasa.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tanggungjawab berdakwah,mengingatkan orang lain adalah tanggungjawab kita semua.Iman tidak dapat diperbaharui jika tiada usaha dan pencarian ilmu.Banyakkan membaca,tingkatkan usaha,tingkatkan doa,insya-Allah kemenangan milik kita.

P/P/S : Penulisan seorang naif.

P/P/P/S : Tanya diri kita,bila kali terakhir kita bangun Tahajud/Sembahyang Malam memohon keampunan dari Allah SWT?Bila kali terakhir kita berdoa memohon supaya Allah SWT berikan petunjuk dan kemaafan kepada kedua Ibu Bapa kita?Bila kali terakhir kita berdoa kepada Allah SWT memohon kejayaan Umat Islam?Sesungguhnya doa itu senjata seorang Mukmin.

P/P/P/P/S : Jangan sesekali berputus asa.Jangan.

P/P/P/P/P/S : Alhamdulillah.Siap pun tulis.Semoga Allah SWT Meredhai.Amin.



2 comments:

  1. Salam...
    Mula2 tak nampak lagi pasal hadis yang mengatakan mengamalkan Islam pada zaman sekarang adalah ganjil tapi satu perkara telah berlaku 2 hari lepas..sekadar nak berkongsi..walaupun nampak kecil tapi memberi tamparan yang besar..saya cuba bagi cadangan pada rakan sekerja untuk buat tadarus al-Quran masa rehat bila Ramadhan nanti..sebab biasanya time2 macam tu memang orang akan tidur..tapi macam takde sambutan..mula2 saya tak ambik kisah sangat tapi bila fikir2 balik memang betullah nak ajak buat benda baik ni walaupun nampak simple tapi memang tak ramai yang nak ikut..rasanya kita memang perlu untuk lebih bekerja keras lagi..semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua..

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam.
    Alhamdulillah.terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete