24.7.11

Siri Pencarian 17 : Satu Seruan Melakukan Kebaikan Untuk Para Pencari Keredhaan-Nya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya baru pulang dari Kuala Lumpur menghantar Kakak saya pulang ke campusnya.

Oleh kerana hari sudah agak lewat,saya hanya ada dua pilihan pada malam ini.

Pilihan pertama - tidak menulis.

Pilihan kedua - menulis ringkas.

Saya membuat keputusan untuk mengambil pilihan kedua.Kerana apa?

Kerana hidup ini sekejap sahaja.Kita kena merebut segala peluang yang ada untuk membuat amal dan pelaburan akhirat.Bimbang ditangguh-tangguh,niat melakukan perbuatan baik itu terbatal.

Jadi,lakukanlah amal baik jika ada peluang tidak mengira perbuatan itu besar atau kecil.

Ini kerana setiap perkara baik kecil atau besar akan dihisab di akhirat kelak.Moga ianya akan membantu kita di Akhirat kelak.Insya-Allah.Moga Allah SWT Meredhai usaha kita.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[99:7-8]

Jangan sesekali kita merasakan sesuatu perbuatan baik yang kecil itu tidak glemer.Jangan.Entah-entah perbuatan baik yang tidak glemer itulah yang dapat membantu kita kelak.

Dan jangan juga kita merasakan sesuatu perkara mungkar itu kecil.Jangan.Kerana bimbang perkara mungkar yang kecil itulah yang menarik kita ke Neraka kelak.

Astaghfirullahalazim,

*** *** ***

Sebenarnya,banyak cara untuk menambah amal.

Bersedekah,bersembahyang sunat,senyum kepada orang lain (senyum itu sedekah),melawat orang sakit,membuang sampah di tempat sepatutnya,mengucapkan kata-kata baik,mencari Ilmu,dan yang paling mudah - berzikir (sebenarnya banyak lagi,tapi ini sebagai contoh).

Nampak?

Mudah sahaja sebenarnya hidup ini untuk mencari amal.

Kita sahaja yang suka membuat dosa.

Tapi yang penting,niat mestilah ikhlas kerana Allah SWT,untuk mencari keredhaan-Nya.

Bukan untuk menunjuk hebat.Bukan juga untuk riak.

Ikhlas itu sangat penting.

*** *** ***

Dalam perkembangan lain,salah seekor kucing saya yang bernama Bottie mengalami demam panas.Kasihan Beliau.Sudah tiga hari tidak makan.Hanya minum susu.Klinik sudah pergi.Tidak mengapalah.Doakan yang terbaik untuk Sang Bottie (doa tau).Amin.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebelum mengakhiri penulisan,saya sertakan sebuah video bermanfaat untuk dikongsikan bersama anda semua.


*** *** ***

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Berubahlah sementara masih ada kesempatan.Carilah ilmu.Tingkatkan doa.Sama-sama kita saling bersangka baik.Insya-Allah.

P/P/S : Hidup ini satu pilihan membuat ujian.Semuanya mesti dipilih pada hari ini.Sementara masih bernyawa.

P/P/P/S : Beristighfarlah.Beristighfarlah semasa ada masa lapang.Jadikan ianya satu amalan.Astaghfirullahalazim.Ampunkanlah Ya Allah.Amin.



4 comments:

  1. tambah sikit sini

    malas nak edit atas tu



    A believer never gets satisfied doing good until he reaches Jannah. [Tirmidhi]

    dan satu lagi

    "amalan paling Allah suka adalah istiqamah walau sikit/kecil" ..

    wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Pahala Menjadi Rebutan
    Dosa Jangan Pandang Ringan

    ReplyDelete
  3. Salam saudara. Terima kasih atas peringatan :)

    Cuma rasanya saudara tersalah taip ayat P/P/S di situ. Barangkali saudara maksudkan "Hidup ini satu ujian membuat pilihan"?

    Moga sentiasa dirahmati Allah. Dan semoga Sang Bottie sembuh cepat ^^

    ReplyDelete
  4. Elhafidz - walaikumsalam.yup2 btul.jzkk atas pmbtulan. Almaklumla,dh mlm menaip tu.haha

    ReplyDelete