26.7.11

Siri Pencarian 18 : "Tiada Keuntungan Yang Boleh Dicari Melalui Sikap Dengki,Hasad Dan Iri Hati".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya masih lagi tidak dapat menulis panjang hari ini.Agak sibuk atas beberapa urusan.

Esok,kemungkinan saya akan pergi ke Kuantan.Jika tidak pergi pun,saya masih mempunyai beberapa urusan yang terpaksa diuruskan di hometown saya.

*** *** ***

Saya pagi tadi menghantar kucing saya ke klinik sekali lagi kerana Beliau masih tidak mahu makan.Demamnya sudah elok,cuma nafasnya mengah.Ibarat manusia yang sedang lelah (asthma).

Apa yang mengecewakan saya adalah,apabila ditanya kepada Veterinar bertanggungjawab apa masalah yang dihadapi Kucing saya itu,Beliau bertanya kepada saya kembali soalan yang sama.

Lantas terdetik dalam pemikiran saya,"Aik,ini sapa yang Dr Haiwannya".

Tapi,tidak mengapa.

Setiap manusia ada kelemahan.Doakan Kucing saya selamat.

Tapi,pengajaran yang saya ingin saya sampaikan dari kisah di atas adalah,"Jika rasa tidak layak untuk memikul satu tanggungjawab,janganlah kita menyanggup menerima jawatan itu.Kerana setiap jawatan itu satu amanah."

Pengajaran di atas ini sebenarnya saya tujukan kepada diri saya.

Ya.

Berkenaan masa depan diri saya.

Saya tidak tahu apakah saya bakal menjadi seorang Jurutera atau tidak selepas tamat belajar nanti.

Jika dikira faktor Gaji,sudah tentu saya memberi jawapan "YA".

Siapa tidak mahu bergaji besar beb?Gaji besar,boleh beli Mini Cooper,Audi etc.

Tapi,bila difikirkan faktor amanah dan tanggungjawab (seperti kisah Veterinar di atas yang gagal berkhidmat dengan baik),saya tidak pasti ingin bekerja sebagai seorang Jurutera atau tidak.

Ini kerana,jangkaan Para Majikan adalah besar kepada saya.Tapi,apa yang saya boleh berikan kepada mereka?Itu persoalan yang sedang melanda saya.

Dan ini bukan soal keyakinan diri yang rendah.Sebaliknya,ini realiti yang perlu difikirkan saya sedalam-dalamnya.

Mungkin anda di Malaysia,atau anda yang tidak berada dalam situasi seperti saya tidak faham apa yang saya cakapkan ini.

Jadi,jika anda ingin memahami apa yang saya cakapkan ini dengan lebih lanjut,klik sini.

Tapi sebenarnya,banyak sahaja kerja dalam dunia ini yang boleh dilakukan.

Dan rezeki itu sebenarnya datang dari Allah SWT.

Oleh kerana itulah,saya tidak boleh berputus asa,dan mesti terus berdoa dan berusaha.

Perjalanan masih panjang.Dan saya masih ada peluang untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik.Insya-Allah.

Okay,tamat rintihan hati Umar Zakir.

*** *** ***

Baru-baru ini,seorang Pembaca blog saya menulis komen lebih kurang begini,

Jangan busybody itu dan ini.Tanya diri kita apa kita lakukan?

Satu nasihat yang amat bagus.

Pengajaran yang saya dapat dari nasihat (komen) di atas adalah,

Sebagai Umat Islam kita tahu bahawa kita pada hari ini sedang hidup dalam zaman yang penuh fitnah dan masalah.

Ramai yang sedang berusaha menukar keadaan menjadi lebih baik.Tapi mungkin kadangkala langkah yang mereka lakukan mempunyai beberapa kekurangan.

Apa yang kita perlu lakukan di sini?

Jangan sibuk duduk menghentam,mencari kesalahan mereka semata.

Sebaliknya,sama-samalah kita saling menasihati mereka.Dan sama-sama menyumbang idea yang boleh menyelesaikan masalah.

Okay?

Kalau rasa idea kita itu lebih baik,kenapa kita tidak turun padang lakukan terus idea itu?Kenapa perlu menunggu orang lain?Kenapa tidak boleh bertindak sendiri?

Ini zaman Internet.Gunakan apa yang ada di sekeliling anda untuk berjuang di jalan Allah SWT.

Yang penting ikhlas.

Untuk mencari redha Allah SWT.

Bukan untuk riak,bukan nak carik glemer pujian manusia.

Bla bla bla - anda dapat point yang saya maksudkan kan?

Dan yang terakhir,pastikan kita mencari ilmu dahulu sebelum itu.Jangan sebarkan Ajaran Songsang.Ilmu senang dicari pada zaman ini.Mahu tidak mahu sahaja kan?

*** *** ***

Sebelum mengakhiri penulisan,saya ingin berkongsikan dua buah Hadis.

Sabda Nabi Muhammad SAW : Maksudnya : "Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat satu kemungkaran,maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya.Jika tidak berkemampuan,maka dengan lisannya,jika masih tidak berupaya,maka dengan hatinya,dan itulah selemah-lemah iman. [Riwayat Muslim, no 49, 1/69]

Sabda Nabi Muhammad SAW : Maksudnya : "Tiga pemusnah (amalan) - kebakhilan yang ditaati,hawa nafsu yang diikuti,dan berasa agung dan hebat dengan diri". [Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabrani, Hadis Hasan : Albani]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Melihat kembali pada masa lalu,saya bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada saya.Bersyukur kerana saya menjadi 'saya yang sekarang',pada hari ini pada waktu ini.Walaupun masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki (sehingga mati),tapi saya tetap bersyukur.Kerana diberikan petunjuk-Nya.

P/P/S : Sama-sama kita berdoa agar diberikan dan dikekalkan petunjuk-Nya.Amin.Betulkan jika ada salah silap.Maaf terkasar bahasa.


1 comment:

  1. Salam takziah for your loss.
    Innalillahi wa innailaihi rajiun.
    Please accept my condolences.

    ReplyDelete