27.7.11

Siri Pencarian 19 : Pengajaran Yang Boleh Dicari Dengan Penanaman Mayat Seorang Kucing.

Prenote : Tajuk Penulisan ini memang sengaja ditulis sedemikian rupa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. [24:41]

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [57:1]

Telah bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [59:1]

*** *** ***

Assalamualaikum.

Malam semalam saya dan keluarga berada di tingkat atas rumah saya.

Kemudian,Ibu saya turun ke bawah untuk mengambil sesuatu dan mendapati bahawa kucing saya sudah meninggalkan dunia yang fana ini.

Ketika Ibu saya turun itu,badannya sudah sejuk separuh,dan separuh lagi masih suam-suam kuku,menunjukkan bahawa kucing saya itu,Bottie baru meninggal dunia.

*** *** ***

Tapi bukan itu perkara utama yang hendak disampaikan.

Sebaliknya ada beberapa pengajaran yang saya dapati dari kisah ini.

1) Semasa Bottie baru meninggal dunia,Para Kucing saya yang lain yang biasanya bersuara,semuanya senyap.Kelihatannya seperti menghormati pemergiannya.Tentu anda tertanya-tanya apakah yang saya mahu sampaikan dari pernyataan ini.Senang sahaja.Ini menunjukkan haiwan juga ada kasih sayang sesama mereka.Tapi kita manusia?Buang anak bla bla bla.Kadang-kadang,manusia itu sendiri yang terlebih haiwan daripada haiwan itu sendiri.Fikir-fikirkanlah.Dan carilah Ilmu untuk memperbaiki diri.

2) Melihat kucing yang sudah mati itu memberikan saya peringatan bahawa,manusia (saya) juga akan mati.Jadi,bersedialah.Mati boleh berlaku bila-bila masa sahaja.Ambil sahaja contoh kucing saya ini,minggu lepas berlari riang,tapi tidak lama kemudian ditimpa sakit,dan beberapa hari kemudian meninggal dunia.Sama juga dengan kita.Kita boleh mati bila-bila masa sahaja.Persoalannya,bersediakah kita?Apakah amal kita ke sana?

*** *** ***

Pagi ini,saya pergi ke depan rumah untuk menanam Sang Bottie di dalam rumput di tepi jalan.

Sedang mencangkul-cangkul tanah itu,Pakcik Jiran saya menyapa saya,

"Umar,nape tu?Buat apa tu?"

Pertanyaannya membuatkan saya berdebar pula.Saya teringatkan adegan-adegan filem Orang Putih di mana watak Penjahat melakukan perbuatan yang dicurigai dan disapa jirannya.Haha.Ini lawak bodoh.Tidak tahu menjadi atau tidak.Terpulang kepada anda.

"Takde Cik.Tanam kucing.Mati."

"Oh,jangan tanam situ.Tanam sini.Lembut sikit tanahnya".

Pakcik itu mengambil cangkul daripada saya.Dan terus mencangkul.

"Eh Cik,takpela Cik".

Saya menjadi segan kambing.Haha.

Cangkul punya cangkul,akhirnya sudah dalam digali Pakcik Jiran saya.

Saya mengambil Bottie dan kami menanamnya.

Dan saya menimbusnya.

Terima kasih kepada Pakcik Jiran saya.Betapa indahnya Islam.Umat Islam tidak kekok menghulurkan bantuan sesama Islam.Ajaran Islam juga menekankan betapa pentingnya kita menghormati Jiran.Selain itu,pengajaran yang saya dapat dari perbuatan Pakcik ini adalah - kepentingan dakwah melalui Peribadi yang baik.

Aiseh.Terharulah pulak.

Tapi kan,tanam kucing yang meninggal dunia pun sudah sedalam itu kuburnya,anda bayangkanlah bagaimana dalamnya kubur kita nanti?

Astaghfirullahalazim.

Alam Barzakh - adakah kita bersedia?Mohonlah keampunan daripada-Nya.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Maafkan jika ada terkasar bahasa,dan betulkan jika ada salah silap.

Semoga Allah SWT Merahmati kita semua.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ada Gempa Bumi baru melanda Mexico (jika tidak silap saya) pada pagi ini.Satu peringatan buat yang ingin memikirkan.

P/P/S : So long,Perajurit Bottie.

P/P/P/S : Ada tiga perkara sahaja yang bermanfaat untuk kita selepas mati nanti.Renung-renungkanlah.



No comments:

Post a Comment