7.7.11

Siri Pencarian 2 : Apa Sebenarnya Yang Kita Cari Dalam Hidup Ini?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semalam merupakan hari yang panjang.

Sebenarnya sama sahaja tempohnya seperti hari-hari yang lain,cuma dirasakan panjang sebab saya kurang tidur pada hari semalam.Tapi,apa kaitan antara kepanjangan hari dengan tempoh tidur?

*** *** ***

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [66:6]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [17:23]

Dalam Al-Quran,banyak ditekankan betapa pentingnya kita menasihat Ahli Keluarga kita,dan juga menjaga hati Orang Tua kita.

Sebagai seorang Muslim,adalah wajib kita memberi yang terbaik untuk kedua Ibu Bapa kita.Kita memang tidak akan boleh membalas jasa mereka menjaga kita sejak dari kecil kerana jasa mereka itu terlalu besar,tapi kita mesti berusaha untuk menjaga mereka ketika mereka sudah tua dan juga menasihati mereka.

Adalah merugikan apabila cuti balik rumah hanya setahun sekali,tapi kita lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan-rakan,meninggalkan Ibu kita di rumah seorang diri membuat kerja rumah (ini merupakan peringatan kepada diri saya).

Saya dahulunya juga begitu.Maksud saya,sedikit masa dahulu.

Tapi,hari berlalu,umur semakin meningkat,saya sedar,cuti bukan hanya patut dihabiskan untuk bergelak ketawa bersama rakan-rakan.

Sebaliknya,cuti patut digunakan untuk membantu Ibu dan Bapa kita di rumah.

Jika Ibu Bapa anda Orang Susah,anda mungkin boleh membantu meringankan beban mereka dengan membeli barang-barang runcit.

Ala,kalau anda berada dalam situasi saya,insya-Allah anda akan ada duit untuk membantu Ibu Bapa anda.Maksud saya,jika anda seorang Pelajar Luar Negara.Ya.Sesekali balik Malaysia,belikanlah Ibu Bapa anda makanan mewah sikit beb.Mungkin mereka mampu membeli sendiri,tapi bila Anak-Anak mereka yang belikan,tentulah mereka terharu.Dan,jika niat anda beli makanan itu untuk buat hati Ibu Bapa anda gembira semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT,bukankah anda telah beruntung?

Nampak?

Kalau kita buat baik,kita tidak akan pernah rugi.

Dan duit kita tidak akan pernah habis jika kita laburkannya ke arah kebaikan dan jalan Allah SWT.

Ingat,di sisi Allah SWT itu ada nikmat yang amat besar.

*** *** ***

Dalam kemaskini lain,salah seekor dari kucing saya tercekik Tulang Ayam dalam cubaan mencuri Tulang dari Tong Sampah depan rumah.

Tapi sekarang sudah okay.Tulang itu keluar macam mana saya tidak sure.Tapi sudah okay.Kot.

Pengajaran bagi Kucing itu adalah : Jangan curi tulang dalam Tong Sampah.


*** *** ***

Semalam malam saya menghantar seorang Saudara saya ke Hospital kerana Beliau sakit.

Lama juga menunggu.

Tapi,pengajaran yang saya dapati di sini adalah,walaupun anda mungkin membenci keluarga anda,tapi sedarlah,keluarga andalah yang akan membantu anda apabila anda berada dalam situasi kesempitan hidup.

Jadi,jagalah Silaturahim antara keluarga dan saudara-mara anda.Rujuk kembali Ayat Al-Quran di atas tadi.

Dan di antara keluarga kita ini semua,Ibu kitalah yang paling bersabar membantu kita.

Betapa besarnya kasih sayang Ibu kita.

Tapi kita?Adakah kita menghargainya?

Ketahuilah kita,keredhaan Allah SWT terletak pada keredhaan Ibu Bapa kita.

*** *** ***

Saya menjumpai beberapa buah buku yang menarik milik Ayah saya pada pagi ini.Nice.

Mungkin akan baca sedikit masa lagi.

Kalau saya baca ikhlas,dan amalkan Ilmu itu,tentunya Ayah saya juga bakal mendapat sahamnya juga bukan?

Begitulah juga kita.Kalau kita nasihatkan orang,dan orang amalkan nasihat kita,insya-Allah kita akan mendapat sahamnya juga bukan?

Yang penting,ikhlas.Bukan sebab hendak berlagak etc whatsoever.

Jadi,jika kita sudah tahu begitu,apa lagi yang menghalang kita untuk beramal?

*** *** ***

Itu sahaja untuk pagi ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Beb,kabel tertinggallah kat sana.Dah tak dapat masuk gambar dalam Tumblr.Tengoklah nanti kat kedai kot.

P/P/S : Sepertinya teringin berekspedisi Kelana Pahang 3.Ashaarani,apa khabar Chamang?



No comments:

Post a Comment