27.7.11

Siri Pencarian 20 : Tidak Mengira Anda Siapa,Jika Anda Tahu Berbahasa Melayu,Anda Dipelawa Membaca Penulisan Ini.Semoga Ada Pengajaran Yang Dapat Dicari Di Dalamnya,Insya-Allah.

Prenote : Ini sebenarnya,adalah penulisan peringatan untuk diri sendiri.Tapi,kalau ada yang mendapat manfaat,Alhamdulillah dan sebarkanlah kepada orang lain juga.Kalau ada kesilapan,sila tegur.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Mungkin apa yang bakal saya tulis di bawah ini,agak cliché.Tapi sebenarnya,perkara yang cliché itulah yang sering kita lupa.

*** *** ***

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). [6:94]

Kita hidup di dunia ini sebentar sahaja sebenarnya.Tidak lama.Pejam celik,pejam celik,seorang Anak Muda sudah menghampiri 21 tahun.

Dalam kita menjalani kehidupan seharian di dunia ini,pernahkah kita terfikir,atau sekurang-kurangnya terdetik dalam hati kita,"Adakah hidup dunia ini segala-galanya?"

Jawapan bagi persoalan di atas adalah "Tidak,hidup di dunia ini bukan segala-galanya.Sebaliknya ianya adalah satu permulaan kepada satu perjalanan yang panjang.Perjalanan ini hanya tamat di Akhirat nanti".

"Akhirat?"

"Ya,Akhirat.Ketahuilah,segala perbuatan yang kita lakukan di dunia ini kelak,akan dibalas di Akhirat.Dan ketahuilah,Allah SWT sahajalah yang menguasai Hari Pembalasan.Jadi,hanya kepada-Nyalah kita perlu memohon dan menyembah [Rujuk Quran Surah Al-Fatihah]".

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

Sehingga kamu masuk kubur.

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
[Quran Surah 102:1-8]

*** *** ***

Sebenarnya kita sedang tidur di dunia ini.Kita hanya akan tersedar daripada tiduran ini ketika sudah mati.

Kerana ketika sudah mati baru kita mengetahui bahawa janji Allah SWT itu memang benar.Selepas mati barulah kita menyesal itu dan ini.Tapi menyesal selepas mati tiada guna.

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan". [35:37]

(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.

Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.
[17:71-72]

*** *** ***

Kita pada hari ini di Malaysia,Alhamdulillah dengan izin Allah SWT diberikan nikmat keamanan dan kekayaan hasil bumi etc.

Tapi,persoalannya,adakah kita bersyukur?

Adakah kekayaan hasil bumi etc ini mendekatkan kita kepada Allah SWT?

Sukacita saya menasihatkan diri saya (terutamanya) dan saudara-saudari yang lain sekalian untuk sama-sama kita kembali kepada Allah SWT.

Marilah kita sama-sama gunakan nikmat yang ada di hadapan kita pada hari ini untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.Dan bukan sebaliknya.

Apakah nikmat-nikmat itu?

Tidak perlu pergi jauh.

Ambil sahaja Televisyen di rumah kita sendiri.

Televisyen itu bagus.Dengan adanya teknologi ini kita dapat mengetahui maklumat,berita etc.

Tapi,apakah benar kita menggunakannya ke arah yang baik?

Jam 2030 setiap hari,apa yang kebanyakan daripada kita sedang lakukan pada waktu ini?

Saya rasa majoriti menjawab bahawa mereka sedang menonton rancangan hiburan di Televisyen.Atau Berita TV.

Lupakah kita apa yang sepatutnya dilakukan kita pada Jam 2030 itu sebagai seorang Muslim?

Sembahyang Isyak Berjemaah di Masjid - itulah jawapannya.

Mungkin anda tidak begitu tertarik dengan Teori Konspirasi,tapi jika difikirkan kembali,kelihatannya seperti Umat Islam telah berjaya dilalaikan melalui Televisyen.Sehingga terlupa perkara penting semata-mata hanya untuk menonton televisyen.

Terlupa kewajiban berjemaah di Masjid semata-mata untuk menonton Kahwin Masal,Fikirlah Sendiri etc.

Terlupa tidur awal untuk bangun tahajjud semata-mata mahu stay up watching late night movie.

Dan sebagainya.

Apakah ini semua?

Siapa yang mengawal apa?Atau dalam kes ini,adakah "APA" yang mengawal "SIAPA"?

Ketahuilah,tiap-tiap helaan nafas yang kita ambil hanya menyaksikan kita semakin kehilangan masa dan peluang untuk berubah.

*** *** ***

Kepada Para Selebriti,jika anda membaca Penulisan saya ini,niat saya bukan untuk menghentam kamu.Tidak.

Tidak sama sekali.

Tapi,saya sekadar mahu menyeru kamu semua (tidak mengira kamu semua siapa - Nasha Aziz,Awie,Mamat Khalid etc) untuk kembali ke jalan yang benar.

Seorang demi seorang daripada kalangan kita telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini untuk selama-lamanya.Apakah ini semua tidak cukup untuk dijadikan pengajaran oleh kita semua?

Apakah mahu sehingga kita mati baru kita mahu meraung?

Ketahuilah,raungan selepas mati itu tidak berguna lagi.Apa buktinya?Cuba buka Al-Quran,Surah Al-Faatir,Ayat ke 37 (saya ada copykan di atas tadi).

Saya tidak dengki langsung kepada anda.Cumanya,sebagai seorang Islam,saya sekadar menjalankan tanggungjawab menasihati sesama Islam.Hendak approach face to face,saya tidak tahu bagaimana hendak contact.So,saya guna medium Internet.

Bukan kepada Para Selebriti sahaja,malah semua Umat Islam.Tanya diri kita sedalam-dalamnya,apakah kita sudah bersedia jika secara tiba-tiba kita mati pada hari ini?

Apakah cukup amal kita?

Ketahuilah,Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.

Bertaubatlah selagi ada peluang.

Kita silap jika merasakan kesilapan kita itu tidak dapat diampunkan.Cuba renungi ayat Quran di bawah ini,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -

"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -

"Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!"
[Az-Zumar : 53-59]

Sekali lagi diulang,Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.

*** *** ***

Apakah agaknya kita fikir keadaan kita jika sedang kita enak menonton perkara haram/melakonkan adegan ranjang,nyawa kita diambil untuk selamanya?


Bertaubatlah.

Saya menulis ini sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

Mungkin agak random.Tapi insya-Allah jika anda benar-benar mahu mencari pengajaran,anda akan jumpa.

*** *** ***

Kepada Para Muslimin Muslimat,janganlah bertangguh lagi untuk kembali kepada-Nya.

Kepada Para Sahabat yang belum memeluk Islam pula,carilah kebenaran.Ambillah masa untuk mendalami Islam.Insya-Allah jika anda benar-benar ikhlas mahu mencari kebenaran,anda akan menjumpainya.

Saya mendoakan agar kita semua diberikan petunjuk oleh Allah SWT.

*** *** ***

Itu sahaja untuk malam ini.

Sekali lagi saya ulang untuk kali terakhir pada malam ini,siapa juga anda,ingatlah bahawa kita semua akan mati.Dan kita semua akan kembali kepada-Nya.Berubahlah.Bertaubatlah.

Dan lakukanlah apa yang termampu untuk menasihati orang lain supaya mereka sama-sama kembali ke jalan ini.

Yang penting,jauhkan buruk sangka.Dan ikhlaskan hati kerana Allah SWT.

Insya-Allah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Banyak sebenarnya yang hendak ditulis.Tapi sudah lupa.Mungkin ini yang paling terbaik.Wallahualam.Alhamdulillah.Moga bermanfaat.Ada salah silap betulkan.

P/P/S : Anak Muda,jangan riak.Ya Allah,lindungilah kami semua dari perasaan riak.Amin.

P/P/P/S : Mari jadikan Ramadhan kali ini satu peluang untuk mentransformasi diri.Insya-Allah.Diharapkan ianya berkekalan.Istiqamahlah.

P/P/P/P/S : Siri Pencarian sudah menjangkau 20 Episod!Kemungkinan besar akan di-e-book-kan nanti.Insya-Allah.



2 comments:

  1. Terima kasih sekali lagi atas peringatan. May Allah reward you. Uhibbuk fillah.

    ReplyDelete