8.7.11

Siri Pencarian 3 : Jangan Pernah Berhenti Mencari.Kerana Keputusan Asa Hanya Membawa Kepada Kegagalan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah,kerana masih hidup diberikan peluang untuk berjumpa dengan satu lagi Jumaat.

Syukur juga kerana masih ada peluang untuk bertaubat memohon keampunan-Nya serta memperbetulkan kesilapan.

Syukur Alhamdulillah.

*** *** ***

Setelah beberapa hari menulis Siri Pencarian,saya berpendapat adalah lebih baik supaya Siri Pencarian ini ditulis dalam bentuk santai dan diari.

Ini kerana,mungkin dengan cara ini,pengajarannya lebih mudah disampaikan.

Wallahualam.

*** *** ***

Permulaan Cuti Musim Panas saya pada kali ini kelihatannya seperti tidak berapa menarik (mungkin?).

Dua hari berturut-turut (termasuk semalam) dihabiskan saya untuk berulang-alik ke Hospital melawat Saudara saya yang sakit.

Keadaannya agak teruk,tapi sudah stabil.Doakan Beliau cepat sembuh.

Ya.Dua hari berulang-alik ke Hospital.Dua hari Cuti Musim Panas saya terkorban begitu sahaja.Kelihatannya seperti sesuatu yang merugikan bukan?

Tapi itu jika dilihat dari sudut fun duniawi.

Difikir-fikir balik,banyak manfaat yang saya dapat dari sini sebenarnya.

Saya dapat melawat orang sakit.Saya dapat mengeratkan Silaturahim etc etc.

[Muslim :: Book 26 : Hadith 5378]

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Five are the rights of a Muslim over his brother: responding to salutation, saying Yarhamuk Allah when anybody sneezes and says al-Hamdulillah, visiting the sick. following the bier. ' Abd al-Razzaq said that this hadith has been transmitted as mursal hadith from Zuhri and he then substantiated it on the authority of Ibn Musayyib.

[Muslim :: Book 24 : Hadith 5129]

Mu'awiya b. Suwaid b. Muqarrin reporxed: I visited al-Bara' b. 'Azib and heard him say: Allah's Messenger (may peace be upon him) commanded us to do seven things and forbade us to do seven (things). He commanded us to visit the sick, to follow the funeral procession, to answer the sneezer, to fulfil the vow, to help the poor, to accept the invitation and to greet everybody, and he forbade us to wear rings or gold rings, to drink in silver (vessels), and to use the saddle cloth made of red silk, and to wear garments made of Qassi material, or garments made of silk or brocade and velvet.

Jika Hadis di atas sukar difahami/anda kurang mahir berbahasa Inggeris,cuba googlekan "Hadis Melawat Orang Sakit".

Jadi,walaupun mungkin permulaan Cuti Musim Panas saya kali ini tidak dipenuhi dengan aktiviti 'fun',tapi sebenarnya ada hikmah di sebalik perkara ini.

Saya tidak menulis ini untuk sekadar untuk menulis,jauh sekali untuk riak.Sebaliknya saya menulis ini untuk dijadikan pengajaran oleh kita semua (termasuk diri saya sendiri).

Ini kerana mungkin perkara seperti ini pernah terjadi kepada anda.

Anda rancang hendak pergi bercuti etc,tapi tup-tup kereta anda rosak.

Janganlah bersedih.Lihatlah hikmah yang ada di sebalik kerosakan kereta anda itu.

Ini kerana,boleh jadi suatu perkara itu anda suka,tapi sebenarnya tidak baik untuk anda.Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Begitu juga dalam perkara-perkara lain dalam kehidupan ini.Lihatlah melangkaui sempadan pancaindera anda.Lihatlah menggunakan 'mata hati'.Belajarlah bersyukur.

Wallahualam.

*** *** ***

Semalam dalam perjalanan pulang ke rumah dari Hospital,saya sempat singgah bersembahyang Maghrib di sebuah Masjid yang terletak di sebuah Kampung.

Kampung ini berdekatan dengan Hospital.

Selepas bersembahyang,saya sempat memerhatikan Jemaah yang hadir ke Masjid ini.

Apa yang saya dapat simpulkan,Jemaah yang hadir terdiri daripada :

1) Majoritinya adalah Golongan yang telah Pencen.

2) Majoritinya sudah Tua.

3) Majoritinya bukan Generasi Muda.

4) Adakah saya sudah nyatakan bahawa hanya saya seorang sahaja orang Muda yang hadir semalam?

Pemandangan ini telah saya saksikan beberapa kali sepanjang berada di Malaysia dalam tempoh empat hari semenjak hari Isnin yang lepas.

Pada hari Selasa,saya sempat masuk ke sebuah Kampung bersiar-siar.

Oh ya,jika ada yang berminat untuk mengetahui kenapa saya bersiar-siar di kampung,dan bukannya di bandar,ianya adalah kerana saya suka melihat/memerhatikan Cara Hidup Masyarakat kita di Kampung.Kerana saya ingin mencari dan memerhatikan di manakah silapnya/kelemahan kita Umat Islam pada hari ini.Bukan berlagak Hero,sekadar membuat Kajian Peribadi yang harap dapat dimanfaatkan oleh semua Umat Islam.

Berbalik kepada cerita saya tadi,jadi ketika di Kampung berkenaan,saya sempat bersembahyang di Masjid Kampung berkenaan.

Masjid itu agak besar,tetapi hanya dihadiri oleh 8 Orang Jemaah (termasuk saya).Semuanya Golongan Tua kecuali saya dan seorang Remaja yang memakai Baju Sekolah (baru pulang dari Sekolah agaknya).

Ini pada saya amatlah menyedihkan.

Saya melihat satu persatu wajah Jemaah yang hadir.Semuanya sudah berusia.Dan saya membuat kesimpulan 90% daripada mereka tidak mahir menggunakan Internet.Bukan mengeji,tapi ada sesuatu yang perlu difikirkan kita semua di sini.

Di manakah Golongan Muda?Kita mahu Islam bangkit,tetapi di manakah Golongan Muda?Dan di mana juga Golongan Pertengahan?Adakah hanya 8 Orang ini sahaja Muslim di kawasan itu?

Ini merupakan Zaman Internet.Jika kita mahu bangkit kembali,Orang Muda perlu bekerja keras.Kerana hanya Orang Muda sahaja yang benar-benar memahami selok-belok dunia masa kini.Orang Tua,mereka sudah Tua.Tapi,jika Orang Muda hanya mahu berhibur dan lemas dalam dunia lulu-lala-land-dedaun-musim-luruh,maaf.Perjalanan kita masih jauh.

Ini hanya pendapat peribadi.Mungkin ada kekurangan di sini.Tapi saya yakin anda faham apa yang saya ingin sampaikan di sini.

Zaman ini merupakan zaman yang penuh fitnah.Setiap hari kita dapat saksikan fitnah berlaku di sana sini.

Islam dicaci/disalah-ertikan dalam Internet.Tapi,kurang Pihak dari kalangan Muslim yang membela perkara ini.Atau dalam kata lain,kurang Muslim yang memperbetulkan salah faham tentang Islam di Internet pada hari ini.

Kenapa?

Jawapannya sudah jelas lagi bersuluh dalam kisah yang saya tuliskan di atas.

Golongan yang dekat dengan Islam kebanyakannya adalah Golongan Tua.Dan Golongan Tua ini tidak mampu menghadapi fitnah yang sedang berlaku ini akibat kurang-faham terhadap sepak-terajang Dunia Internet.

Hanya Golongan Muda yang mampu menangani cabaran ini.Memang ada Golongan Muda yang sedang memikul tanggungjawab ini,bukannya tidak ada.Tetapi,tidak ramai.Masih tidak cukup.Kita perlukan lebih ramai Muslim yang mempunyai Idea yang bernas.

Jadi,ini merupakan satu tanggungjawab bagi Pihak yang Berilmu/Mempunyai Kefahaman.Tanggungjawab untuk menarik Golongan Muda ke Masjid.Memberikan mereka pendedahan tentang apakah itu "Akidah Islam yang Sebenar".Dan dalam berusaha ke arahnya,jangan sesekali mempolitikkan proses ini.

Luaskan lagi konsep Dakwah.Jangan terlalu boring.Tapi,janganlah terlalu 'fun-gelak-ketawa-lucah' sampai satu pengajaran pun tidak berjaya disampaikan.

Apa yang saya dapat lihat sepanjang beberapa Hari di Malaysia adalah,

Acara yang diadakan di Masjid sangat-sangatlah berorientasikan zaman-dulu-dulu.Kiranya dalam kata lain - tidak menarik minat Orang Muda.

Kesimpulannya,Orang Muda perlu disedarkan kembali dalam usaha menaikkan semula Islam.

Dan ya,semasa saya keluar dari Masjid berkenaan,persoalan saya tentang "di mana Orang Muda sedang berada pada ketika itu" terjawab.

Di sebelah Masjid itu ada Gerai Makanan.Golongan Muda kita kebanyakannya sedang berada di situ.Mereka sedang buat apa di situ?Anda teka sendiri.

Mungkin di Kuala Lumpur/Bandar-Bandar Besar/Surau IPT,pemandangan seperti ini (pemandangan di mana hanya Orang Tua yang hadir ke Masjid) adalah suatu pemandangan yang terasing.

Tetapi ketahuilah bahawa sebenarnya Pemandangan inilah yang dapat kita saksikan di Bandar-Bandar Kecil di Seluruh Negara.

Ayuh bangkit kembali.

Kita ada kerja keras untuk dilakukan.

*** *** ***

Itu sahaja kali ini.

Saya perlukan rehat sebentar.

Hari ini mungkin menjadi satu lagi hari yang panjang buat saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan yang terbaik untuk kesihatan Saudara saya.Amin.

P/P/S : Doakan semoga kita semua dirahmati Allah SWT,diteguhkan iman dan ditambahkan ilmu.

P/P/P/S : Semasa memandu dalam kereta,apa kata dengar IKIM.FM.Best juga sebenarnya kalau ada talk tentang Islam etc.



No comments:

Post a Comment