8.7.11

Siri Pencarian 4 : Kadangkala Pencarian Di Tempat 'Muslim' Itu Kelihatannya Sangat Sukar Untuk Dilakukan Berbanding Di Tempat Orang Lain.

Prenote : Tulisan tiada niat menghentam sesiapa.Just random rant tentang keadaan semasa hari ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

tv memainkan Isu Baju Kuning
mengatakan itu ini itu ini
menusuki pemikiran marhaen
mengawal mereka seperti mayat hidup
ingatkan hanya dalam movie orang putih perkara ini berlaku
tidak
di tanah yang kononnya keramat ini juga boleh berlaku
yang ironi
sambil tv memainkan isu baju kuning ini
setiap 15 minit
koperasi gergasi memainkan iklan mereka
mempromosikan barangan mereka
kereta,keropok,baju dan perabot
memaksa marhaen menerima segala-galanya
memahatkan satu imej 'berjaya' dalam kepala marhaen
adalah satu yang ironi apabila dalam keadaan isu baju kuning berlegar
masih ada yang mahu memaut keuntungan
wondering if the same thing happened in egypt that day
koperasi yang hanya mementingkan keuntungan mereka
semuanya kerana duit
sik kapitilistik
tv memikirkan ini masih zaman 70-an
di mana orang senang dipengaruhi
mereka silap
ini zaman internet
malah in fact
orang sebenarnya tidak perlukan lagi tv pada hari ini
Pakcik Ali sebagai contoh
tidak ambil port langsung tentang Operasi Kuning ini pada mulanya
tapi akibat heavy rotation di mainstream tv setiap hari
Pakcik Ali terus bersemangat untuk menyertai Baju Kuning
bersemangat kerana apa?
bukan kerana menyokong
tapi kerana meluat
ramai lagi seperti Pakcik Ali
pernah dengar perbuatan 'tangan kanan membunuh tangan kiri'
begitulah lebih kurang apa yang sedang berlaku
di pihak kiri
ramai yang cuba mengambil kesempatan
apa hendak jadi dengan umat ini
sanggup bekerjasama dengan musuh
tapi dalam masa sama
menikam umat sendiri
bertindak seperti dunia inilah segala-galanya
sambil lupa sasaran sebenar
lupa akan Akhirat
lupa bahawa Allah SWT Maha Melihat
janganlah begitu
janganlah berbuat sesuatu sehingga lupa untuk bersembahyang etc
jangan lupa tujuan utama kita bernafas di dunia ini
jangan mudah didistract oleh perkara khayalan sementara ini
tatkala kita bersorak-sorak kampung
orang lain duduk senyap semakin maju menyebar idea mereka
anak-anak muda kita semakin terperangkap
oleh perbuatan tangan kiri saudara mereka sendiri
kadangkala ada benarnya tajuk penulisan kali ini
lebih senang untuk beribadat di negara orang tempat terasing
dari berada di tempat yang majoritinya mengaku 'islam'
ada sesuatu untuk difikirkan di sini
ambil jernih buang keruh
hanya penulisan kosong seorang naif
tidak perlu diambil terlalu berat


Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kamu sekiranya aku menerangkan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang Nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti syurga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya syurga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya". [Muslim]

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). [6:94]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Apabila Islam ditafsirkan dengan definisi dunia.Ingatlah,dunia ini sementara sahaja.Kita semua akan diadili juga satu hari nanti tidak mengira siapa kita.


No comments:

Post a Comment