10.7.11

Siri Pencarian 6 : Carilah Dengan Mata Hati,Bukannya Mata Nafsu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Pukul 3 Pagi tadi,saya terjaga dari tidur.Dan tidak boleh tidur sehingga sekarang.

Oleh kerana ada lebih kurang 30 minit lagi sebelum waktu Subuh,saya ingin menulis sesuatu sebelum pergi bersolat.Dan ya,kepada anda-anda yang lain,marilah kita sama-sama pergi bersolat di Masjid.Hendak tunggu sampai bila lagi?Esok?Lusa?Tahun depan? (Haha,ini quote ada satu movie yang saya pernah tengok masa muda-muda dulu sebenarnya).

*** *** ***

Semalam saya ada membaca satu Penulisan.

Penulisan yang mengisahkan tentang berdakwah kepada keluarga.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Penulis dalam Penulisan itu.

Sebenarnya,semakin kita dekat dengan seseorang itu,semakin sukar kita hendak berbicara dengannya tentang Islam/Dakwah etc.Proses ini memerlukan hikmah.Masih tidak faham?Baca penulisan ini.

*** *** ***

Petang tadi,sebelum Maghrib,saya keluar bersiar-siar di pekan.Bukan Pekan,tapi pekan.

Oleh kerana waktu sudah petang,banyak kedai yang sudah tutup (al-maklumlah,di pekan ini Para Peniaga menutup kedai mereka sekitar pukul 5.30 Petang).

Pusing-punya pusing,terjumpa satu stall Pak Arab Jual Kopiah.

Di stall itu,Beliau ada jual buku juga.

Jadi,saya usha buku yang dijualnya.

Tidak banyak yang dijual.Tanpa memikir panjang,saya membeli sebuah buku yang dijual di kedai itu.Harga?RM 10 sahaja.

Buku yang bertajuk 'Sakaratul Maut & Alam Kubur'.Mungkin tajuknya agak cliché,tapi saya beli buku itu sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Nasihat saya kepada anda yang lain,jika ada duit yang lebih,belilah buku-buku keagamaan seperti ini.Tapi pastikan kandungan buku itu bagus dan berasaskan sumber sahih.

Saya secara peribadi kebiasaannya suka membaca buku terbitan Al-Hidayah.

Ini kerana kebanyakan buku keluaran mereka padat dengan isi dan matang kupasannya.

Apa-apapun,pilihan di tangan anda.

*** *** ***

Saya sebenarnya masih lagi merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Politik Tempatan.

Kenapa?

Sukar dijelaskan.

Mungkin satu hari nanti,selepas saya habis belajar menggunakan duit tajaan ini,saya akan memberitahu pendapat saya tentang Politik.

Dan insya-Allah,adalah menjadi cita-cita dan harapan saya juga untuk menyambung pelajaran selepas habis belajar di Russia nanti.

Bidang apa?

Yang pasti bukan bidang yang saya belajar sekarang.Insya-Allah.

Tapi ini bukan bermaksud saya mengatakan bahawa Politik itu tidak penting.

Tidak.Ianya penting.Tapi apabila dilihat Realiti Orang Kita yang Berpolitik bagaikan beragama,entah.

Apa-apapun,ini pendapat peribadi saya.

Jangan terima jika didapati tidak benar.

Boleh jadi saya salah.Kan?

Doakan semoga urusan saya dipermudah.Amin.


*** *** ***

Kepada kita semua,saya nasihatkan kembalilah kepada Allah SWT.

Buat kaum lelaki,penuhilah kembali saf-saf di Masjid seluruh dunia.Datanglah bersembahyang Jemaah.

Ada hikmah dan kebaikan yang amat besar sebenarnya di sebalik Sembahyang Jemaah ini.

Selain itu,jika ada duit lebih,bantulah orang/saudara-mara yang susah.Jangan terlalu bersifat pentingkan diri sendiri.

Wallahualam.

*** *** ***

Itu sahaja coretan saya di awal pagi ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Hari ini mungkin hendak jalan jauh,tapi tidak boleh tidur.How?


No comments:

Post a Comment