10.7.11

Siri Pencarian 7 : Apa Yang Boleh Dicari Dengan Tarikh 9 Julai 2011?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum.

Hari ini,saya pergi ke Ibu Kota.Urusan penting.

Banyak perkara yang berlaku di sana.

Amat banyak.Ada perkara yang boleh diceritakan.Ada perkara yang tidak boleh diceritakan.Dan ada perkara yang wajib diceritakan.

Tapi,itu semua hanya akan saya cerita pada esok hari,waktu pagi insya-Allah.

Sekarang saya amat penat.

Kalau diikutkan,tidak boleh saya (dan anda) berehat dalam keadaan umat Islam yang teruk pada masa kini.

Tapi,saya bimbang akibat mahu menulis,saya tidak bangun Subuh nanti.

Ha,tidak boleh begitu.

Kita kena utamakan perkara yang penting.

Ada saya dengar satu kisah Generasi Umat Islam terdahulu,walaupun sedang berperang,mereka tetap bersembahyang Jemaah.

Itulah bezanya antara kita dan mereka.Perbezaan yang seharusnya (dan mungkin wajib) kita atasi.

Sehingga hari esok,Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Allah Maha Melihat.Banyakkan Pelaburan Akhirat.Okay?


1 comment: