11.7.11

Siri Pencarian 8 : Kembara Pencarian Dua Hari Anak Muda Di Ibu Kota Dan Bandar Kelahirannya (Penulisan Mesti Baca).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebenarnya,Penulisan ini sepatutnya diterbitkan pagi tadi,sebelum saya keluar ke bandar.Namun,hendak dijadikan cerita semasa saya menulis awal pagi tadi,komputer saya tiba-tiba terpadam sendiri menyaksikan saya terpinga-pinga tidak menyimpan penulisan yang telah ditaip.

Agak kecewa juga pada masa itu.Kenapa?Kerana sudah banyak yang telah ditulis.Namun,terima kasih kepada teknologi autosave,separuh dari penulisan saya berjaya disimpan.

Namun,hati kecil ini tetap kecewa (haha).Jadi saya pun keluar ke bandar untuk mengambil angin,menghilangkan perasaan kecewa (sebenarnya memang hendak keluar pun).

Selepas pulang dari bandar,saya mendapati,memang ada hikmah komputer saya terpadam pagi tadi.Ini kerana,ada sesuatu yang berlaku di bandar yang seolah-olah kena dengan penulisan yang saya tulis pagi tadi.

Kiranya,saya keluar bandar tadi untuk tambah point penulisan lagilah.

Di bawah ini,saya pastekan separuh baki penulisan yang saya tulis pagi tadi.Dan separuh lagi penulisan adalah penulisan baru.

Selamat Membaca!

Semoga bermanfaat!

*** *** ***

(Penulisan Lama)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -

"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -

"Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!" [39:53-59]

Saya menyeru diri sendiri (terutamanya) dan semua manusia yang ada di atas muka bumi ini,supaya kita semua (tidak mengira siapa anda - Perdana Menteri,Pelajar,Pelakon Porno,Penagih Dadah etc) kembali kepada Allah SWT.Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat-Nya.Kerana Dia Maha Penerima Taubat.

*** *** ***

Seperti yang ditulis dalam Penulisan sebelum ini,semalam saya berada di Ibu Kota.

Banyak perkara yang boleh dikongsi bersama di sini.

*** *** ***

Di Moscow,rakan-rakan Russia saya ada beberapa kali menyuarakan ayat yang berkontonasi perkauman begini,"Yea,kau tahu,Golongan Pendatang (приезжающие)".

Di Malaysia juga sama,ada sesetengah dari kita orang Malaysia mungkin kadangkala merasa tidak selesa apabila melihat terlalu banyak pendatang yang berada di negara kita.

Ini kedengaran racist,tapi mungkin kerana pengalaman silam yang ada rekod buruk dengan Golongan Pendatang.Tiada siapa boleh dipersalahkan secara khusus di sini.

Tapi,sebenarnya setelah meneliti dengan lanjut,dan berdasarkan pengalaman,saya berpendapat isu racism ini hanya boleh diselesaikan melalui konsep Persaudaraan dalam Islam.

Kenal Malcolm X?

Dikatakan salah satu punca Beliau dibunuh (Teori Konspirasi) adalah kerana usaha Beliau yang cuba menyebarkan Islam sebagai "Agen Penghapus Masalah Perkauman di antara Kulit Putih dan Kulit Hitam".

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
[49:10-13]

*** *** ***

(Penulisan Baru)

Semalam,sempat saya bersembahyang di Masjid Besar Shah Alam.

Selepas bersolat,saya terlihat seorang Anak Muda Afrika sedang bersandar di dinding.

Saya datang menghampirinya dan menegurnya.Kerana apa?Kerana saya tahu Jiwa Seorang Anak Perantau.Ewah.

(Perbualan sebenarnya berlaku dalam Bahasa Inggeris,saya tulis dalam Bahasa Melayu-Santai untuk memudahkan pemahaman anda)

"Assalamualaikum Brother",sapa saya.

"Walaikumsalam",jawabnya.

"Where are you from?",tanya saya.

"Somalia",suaranya agak serak-serak basah.Mukanya kelihatan seperti orang susah.Mungkin.Saya tidak tahu.Tapi itu first impression saya.

"Kau belajar sini?Belajar apa?",tanya saya menyambung perbualan.

"BBA (business)",jawabnya.

Perbualan antara saya dan Anak Muda Afrika bernama Ismael ini diteruskan.


Tapi,pengajaran yang saya dapat dari Perbualan ini adalah :

1) Betapa indahnya Islam.Tidak kira anda berada di mana,as long as anda seorang Muslim,anda bebas untuk masuk ke Masjid dan duduk berehat di situ.Selain itu,jika anda seorang Muslim,secara automatiknya anda mempunyai brothers (saya lebih suka menggunakan istilah ini kerana ianya lebih menampakkan kekeluargaan) di seluruh dunia.Ikatan ukhwah ini sangat kuat.Kadangkalanya mengatasi ikatan persaudaraan antara kita dengan keluarga asal kita.

2) Jangan racist.Bantulah orang-orang Islam yang berhijrah.Ya.Memang kadangkala ada sesetengah orang ini tidak boleh diberi muka.Tapi,jika mereka Muslim,bantulah apa yang patut.

3) Lihat kembali bahagian atas di mana saya menceritakan tentang Racist/Malcolm X etc.

*** *** ***

Keluar dari Masjid,kereta dipandu ke Bangunan Yayasan Restu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Besar Shah Alam itu tadi.

Di sana ada Pameran Pedang Rasulullah SAW dan juga Para Sahabat.

Sebenarnya,bukan sahaja replika Pedang yang dipamerkan di sana.Banyak lagi.Antaranya :

- Replika Rumah Rasulullah SAW.
- Replika Tongkat Nabi Musa AS.
- Replika Busur Nabi Muhammad SAW.
- Pameran Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW.
- Tapak Kaki Nabi Muhammad SAW.

dan juga banyak lagi.

Ada masa ketika berpusing di dalam Pameran itu,hati tersentuh.Terasa ingin menangis juga ada.

Tapi sebenarnya,itu bukan perkara yang luar biasa.


Ini kerana,jika seseorang manusia itu pernah membaca biografi Nabi Muhammad SAW,pasti orang itu akan terus mencintai Rasulullah SAW sepenuh hati.

Saya cadangkan anda yang belum membaca biografi kisah hidup Rasulullah SAW untuk membaca kisah hidupnya.

Dan kepada anda semua yang ada masa lapang,saya cadangkan lawatilah Pameran Replika Pedang Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat ini di Kompleks Yayasan Restu ini.

Memang berbaloi.Saya bagi 5/5* untuk maklumat dan keseronokan yang anda akan dapat selepas melawat Pameran ini.Banyak yang anda akan pelajari dari Pameran ini,insya-Allah.

Tidak silap saya,Pameran ini berlangsung selama sebulan.Sehingga awal Ogos.Jika tidak silap sayalah.

Tiketnya juga murah.

RM 5 untuk Pelajar.RM 10 untuk Orang Awam.Tafsir Al-Quran yang dijual di Kompleks ini juga lebih murah dari harga Kedai Buku biasa.

Banyakkanlah berselawat dan membaca buku tentang Rasulullah SAW serta menghidupkan Sunnah Baginda SAW.Yang penting,ikhlas kerana Allah SWT.

Di bawah ini saya quotekan satu Hadis yang saya jumpa di Pameran semalam,

“Ambillah,pergunakanlah olehmu sekalian,akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL-QURAN“. [Riwayat Ibnu Majah].

Apa yang saya faham dari Hadis di atas,Madu itu penawar untuk kesihatan luaran.Al-Quran itu penawar untuk sakit rohani.

Wallahualam.Betulkan jika ada salah silap.

*** *** ***

Panaslah Malaysia ni.Tak tahan [Quote Budak Student Malaysia Yang Study Oversea Bajet Poyo Kat Alam Maya]

Manusia memang jarang bersyukur.

Sejuk,hendak panas.

Panas,hendak sejuk.

Sudah dapat cuaca sederhana.lupa pula untuk bersyukur.

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. [35:28]

*** *** ***

Tadi,saya pergi ke bandar dan pergi ke kedai buku.

Jujur berkata,di bandar kelahiran saya ini hanya ada sebuah kedai buku yang menjual buku-buku ilmiah.Selebihnya,hanya menjual buku Doraemon,Mangga dan seangkatannya.

Ini sebenarnya amat menyedihkan.

Bilangan kedai buku sebenarnya mencerminkan tahap pembacaan masyarakat kita.

Tahap pembacaan pula akan membawa kita kepada tahap pemikiran masyarakat kita.

Dan jika kita kaitkan antara kedai buku dan tahap pemikiran masyarakat kita,kita akan mendapati satu realiti yang amat menakutkan lagi mengerikan.

Kita kena ingat,Malaysia bukan hanya Kuala Lumpur.Malaysia itu sebuah Negara yang terdiri daripada 14 buah Negeri etc etc.

Jadi,adalah salah apabila kita ingin mengatakan bahawa tahap pemikiran rakyat Malaysia sudah maju,sekiranya kita hanya mengambil review orang KL.Itu salah.

Kita kena pergi bandar-bandar lain.Dan seterusnya,kita akan menghadapi realiti yang menyedihkan ini.Kita masih jauh untuk bergelar masyarakat yang maju,baik dari segi material atau spiritual.

Sesuatu perlu dilakukan oleh kita semua.

Tapi,jika terus-menerus mahu berpolitik,terpulanglah.

*** *** ***

Di Kedai Buku,saya membeli dua buah buku.

Majalah Solusi dan sebuah buku lagi bertajuk 'Berubat (Hati) Dengan Sedekah'.Murah sahaja sebenarnya buku-buku ini jika dibandingkan dengan Alatan Hiburan lain.

Tapi,pelik.Kita selalu merasa berat untuk melabur duit ke arah kebaikan.

Sekadar mengquote kata-kata Senior saya di Russia,"Itu maksudnya hati kita yang bermasalah".

*** *** ***

Selesai membeli,saya masuk ke kereta.Di depan kereta saya,di bawah tangga Arked Usahawan (saya tidak tahu nama bangunan ini,saya just random bagi nama ini),ada seorang Pakcik Tua sedang menunggu Pelanggan.

Pakcik Tua ini seorang Tukang Kasut.

Saya hanya memerhati dari dalam kereta akan Pakcik Tua ini.

3 minit juga tempoh pemerhatian saya.

Pakcik Tua ini kurus.Sepertinya sangat lapar.

Saya terfikir untuk keluar dan memberi sumbangan kepada Pakcik Tua.

Tapi terhenti sebentar apabila melihat Pakcik Tua ini menghisap rokok.

Setelah beberapa sedutan rokok,Pakcik Tua ini mematikan rokoknya dan meletakkan kembali rokoknya di tepinya.

Kiranya,Beliau hanya mempunyai sebatang rokok.

Beliau ini sangat susah pada kira saya.

Dan sejurus selepas itu,saya teringat kisah Nabi Musa AS dan Iblis.

Saya fikir,berapa sangatlah duit yang Pakcik ini dapat.

Jadi,saya keluar dari kereta dan memberinya sedikit bantuan.

Melihat note duit yang saya bagi itu,Pakcik ini terus mencium duit itu dan mengucapkan terima kasih.Saya just cakap kepadanya,"Buat makan la Cik".


Saya mengundurkan kereta sambil Pakcik ini memerhatikan kereta saya berlalu pergi.

Sebenarnya diceritakan perkara ini bukan untuk riak.Serious tak.Dan saya tetap berdoa supaya Allah SWT menjauhkan saya dari perasaan riak.

Tapi,saya ceritakan ini adalah kerana pertamanya,saya mahu ini dijadikan peringatan dan pengajaran oleh kita semua.

Keduanya,saya mahu jadikan ini memori peribadi saya dalam blog ini.Supaya saya tidak lupa.

Sebenarnya,ramai lagi orang seperti Pakcik ini.

Saya tetap bagi kepada Pakcik ini duit walaupun Beliau merokok,adalah kerana Allahyarham Moyang Lelaki (Al-Fatihah) saya juga dahulunya seorang perokok tegar.Mungkin akibat kurang faham terhadap hukum rokok (bukankah orang Golongan Tua fikir merokok itu makruh,padahal sebenarnya hukumnya haram),Beliau merokok.Selain itu,saya memberikan Pakcik ini duit kerana saya tahu bagaimana perasaan orang yang hidup susah di bandar saya ini.Saya dahulunya semasa bersekolah menengah rendah punya ramai kawan yang miskin yang tinggal di kampung/felda.Jadi,saya tahu apa perasaan Pakcik ini.

Kadang-kadang Remaja Kampung menjadi rosak bukan kerana apa.Tapi kerana tekanan hidup.Tapi,tidak boleh disalahkan tekanan 100%.Jadi,adalah menjadi tanggungjawab kita yang sedar untuk menyebarkan kefahaman kepada Golongan seperti ini.Tidak perlu melalui Ucapan Ceramah berjela-jela.Cukuplah kita mempamerkan peribadi yang baik kepada mereka.Mungkin ada Anak Felda/Kampung yang kini sudah belajar oversea.Anda boleh menunjukkan contoh yang baik ketika pulang ke kampung anda.Yang penting ikhlas dan banyakkan bersabar.

Lama-lama percayalah,pasti ada yang tertarik dengan perbuatan anda.Jangan pernah berputus asa.Yang penting ada usaha.

Apa-apapun,semoga Pakcik diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.

*** *** ***

Cukup sekadar ini sahaja buat kali ini.

Saya mahu makan tengahari.

Ibu saya masak masakan lazat tengahari ini.

Sangat gembira.

"Masakan apa paling sedap nikmat di dunia ini murid-murid?"

"Masakan Ibu!"

*** *** ***

Betulkan salah silap.Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tahu tanpa amal,adalah kerugian.Saya masih belum mengulas tentang apa yang saya lihat di Kuala Lumpur.Di atas ini apa yang saya lihat di Shah Alam.Bukannya di Kuala Lumpur.Harap maklum.Doakan urusan saya dipermudahkan.Amin.


2 comments:

  1. assalamualaikum..


    suka akan keramahan itu.. :)moga Allah kasih

    moga dapat kongsi lagi kisah kisah untuk teladan..

    sebab ada orang tidak mempunyai sifat peramah..

    ReplyDelete