12.7.11

Siri Pencarian 9 : "Berusaha Mencari Lebih Baik Daripada Terus Menyumpah Kegelapan".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Make the most Fruit bearing Invest that will only give you assured profits.

Invest in your Aakhirah!
[Quote]

Waktu sekarang Jam 1853.

Ada beberapa minit lagi sebelum Maghrib.

Saya terbaca quote di atas ini pada satu laman web.

Ada benarnya.

Dalam kita sibuk setiap hari dengan segala urusan dunia,tanya diri kita,apakah kita telah bersedia andai hari ini merupakan hari terakhir kita di atas dunia ini?

Tanya diri kita,apakah bekal yang kita mahu bawa ke sana?

Tanya lagi,adakah ianya cukup?

Kita selalu mengatakan kita tidak cukup masa untuk mencari 'bekalan' ke sana,tetapi dalam masa sama kita sentiasa ada masa untuk berhibur menonton TV mengulang rutin yang sama.

Apakah benar kita tiada masa?

Sebenarnya bukan kita tiada masa.Kita ada.Tapi,kita yang tidak menggunakannya ke arah kebaikan.

Itu sahaja.

Jam sekarang 1903.

Berusaha mencari cahaya lebih baik daripada terus menyumpah kegelapan. [Quote]

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)!'" [39:56]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Peringatan untuk diri sendiri.


No comments:

Post a Comment