14.7.11

Siri Pencarian 11 : Kadangkala Suatu Perkara Itu Sudah Ada Di Depan Mata Kita,Cuma Kita Sahaja Yang Masih Membutakan Mata 'Tercari-Cari' Di Dalam Gelap.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

To be honest,saya menulis bukan untuk riak,mencari glamour.Saya menulis kerana saya perlu menulis.

Ada masanya,saya tersasar dalam penulisan.

Jadi,besar harapan saya kepada anda Para Pembaca untuk memperbetulkan sebarang kesilapan dalam mana-mana penulisan saya.

Dan semoga Allah SWT sentiasa menetapkan iman dan hati kita semua di atas jalan kebenaran.Amin.

*** *** ***

Bahasa Inggeris saya semakin merosot.

Ini sangat tidak menggembirakan saya.

Mungkin kerana saya terlalu lama tidak menggunakannya.

Merosot di sini bukan bermaksud saya tidak boleh menulis/berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.

Boleh sahaja.

Cuma,sekarang ini jika saya mahu menulis suatu Penulisan dalam Bahasa Inggeris dengan prolific dan bergaya,ianya sukar.

Ini kerana saya ini sebenarnya seorang yang suka menulis ayat yang kompleks.Malah ketika berkata-kata juga saya suka menggunakan ayat yang kompleks.Jadi,saya agak kecewa dengan penguasaan Bahasa Inggeris saya ketika ini.

Tamat rintihan hati.

Haha.

*** *** ***

Saya sebenarnya baru pulang membeli makanan serta pasir najis (saya tidak tahu apa istilah tepat dalam Bahasa Melayu) untuk kucing-kucing tercinta dan juga barang-barang runcit yang lain.

Apa yang saya dapat simpulkan setelah hampir setahun tidak berada di Malaysia,harga barang di Malaysia kebanyakannya sudah naik.

Malah,ada sesetengah kes saya lihat,barang di tempat saya belajar kelihatannya lebih murah.

Entah.

Mungkin saya hanya 'berilusi'.Tapi mengikut apa yang saya dapat perhatikan,begitulah.Harga barang di Malaysia sudah tidak semurah dahulu.

Kasihan Makcik-Makcik di kampung.

Ini saya tulis bukan berniat politik.Tapi atas dasar kemanusiaan.Kena pandai bezakan perkara ini.

*** *** ***

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,

Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).

Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.
[85:15-17]

Kadangkala apabila membaca/menonton bahan konspirasi,saya menggeleng kepala.

Ini kerana terdapat sesetengah conspiracy theorists yang kadangkala seolah-olah terlalu takut kepada konspirasi.Jangan begitu.

Ingatlah bahawa Allah SWT Maha Bijaksana.

Kita umat Islam tidak akan kalah.Malah kita akan menang.Itu janji Allah SWT.

Apa yang perlu kita tanya diri kita adalah,"apakah kita mahu berada di pihak yang menang,atau pihak yang 'menang'?"

*** *** ***

Sebentar tadi,saya menonton TV.

Saya sebenarnya adalah seorang manusia yang jarang menonton TV sejak dari dahulu lagi.Saya lebih suka mendengar radio,membaca buku atau menggunakan Internet.

Jadi,apabila saya menonton TV tadi dan mendapati ada satu Channel Islamik yang diberikan nama 'Tv Al-Hijrah',saya sangat teruja.

Sebelum ini ada juga Channel Oasis.Tapi apa yang membuatkan saya tertarik dengan Al-Hijrah ini kerana kelihatannya isi kandungannya lebih mantap.

Apa-apapun itu pendapat peribadi saya yang sudah lama tidak menonton TV.

Rancangan yang saya tonton tadi adalah sebuah talkshow yang menyentuh Isu Ekspedisi Kapal Kemanusiaan Ke Palestin.

Saya amat teruja mengikuti apa yang dikatakan dalam talkshow ini.

Saya amat berharap dapat menyertai usaha mereka-mereka ini ketika sudah habis belajar nanti.Setakat ini (sementara masih belajar),apa yang saya mampu buat adalah menggunakan/memanipulasi sebaik mungkin platform-platform media sosial di Internet ini untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Ingat saudara-saudari sekalian,tiada istilah rehat sebenarnya untuk kita umat Islam di dunia ini.Di dunia ini sahajalah tempat kita mencari amal.

Ini kerana dunia ini adalah satu tempoh ujian.

Janganlah sesekali terleka dengan 'nikmat dunia' yang tidak seberapa ini.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. [3:14-15]

Dan jika kita terleka pula,jangan sesekali berputus asa mencari redha dan keampunan Allah SWT.

Proses dan langkah ini mesti diteruskan sehingga kita meninggal dunia.Berdoalah semoga Allah SWT mengekalkan iman kita semua.Amin.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Bekerja keraslah untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Saya menulis untuk mengingatkan diri sendiri terutamanya.

Kita (Umat Islam sekalian) mesti bekerjasama.

Luaskan skop pemikiran.Jangan apabila menyentuh Isu Umat Islam sahaja,kita hanya nampak Isu X.

Sebaliknya,luaskan pemandangan.Ketahui punca dan akar kepada segala permasalahan dunia pada hari ini.

Tertarik saya dengan kata-kata salah seorang Ahli Panel dalam rancangan itu tadi,

(Bunyinya lebih kurang begini)

"Umat Islam di Malaysia perlu bangun.Kita terlalu selesa.Jangan terlalu lena bangun pagi setiap hari makan roti canai".

Satu tamparan untuk diri sendiri nampaknya.

Mungkin kita tidak boleh membantu sepenuh masa.Tapi,kita ada kuasa kewangan (sebagai contoh).

Jadi,dermakanlah kepada Pihak yang menjalankan usaha ini.

Carilah dengan mata hati.

Pasti ditemui.

Insya-Allah.

Hendak seribu daya,tidak hendak berjuta dalih.

*** *** ***

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya lihat di laman web Al-Hijrah ada dinyatakan Peluang Jawatan Kosong dalam Bidang Penerbitan/Penulisan Skrip/Idea Kreatif.Walaupun saya bukan orang Bidang Komunikasi etc,tapi saya merasakan saya ada kemampuan untuk bekerja dalam bidang seperti ini.Tengoklah.Mana tahu rezeki nanti kan?Doakan yang terbaik.Amin.Insya-Allah.

P/P/S : Kepada anda-anda yang lain,ada masa buatlah perkara yang berfaedah yang dapat memberi kebaikan kepada kita semua di dunia dan Akhirat.Janganlah membuang masa lagi.Okay?


2 comments:

  1. assalamualaikum.. buat macam siri u olls tu. sedap juga, rasa terhibur. :D

    ReplyDelete
  2. jzkk.satu perkongsian yang baik.

    ReplyDelete