1.8.11

Siri Pencarian 21 : Coretan Ringkas Oleh Sang Pencari Pada Malam Kedua Ramadhan 1432 Hijrah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya agak sibuk beberapa hari ini.

I mean,sangat sibuk.

Dan malam ini,saya tidak boleh mencoret panjang.

Kerana hari sudah lewat.Dan esok saya ada urusan yang perlu diselesaikan pada waktu pagi.

*** *** ***

Saya hanya akan mencoretkan beberapa perkara penting yang berlaku dalam kehidupan saya dua tiga hari yang lepas.

*** *** ***

Jumaat saya pergi ke Ibu Kota.

Pagi Sabtu,saya pergi ke TTDI.Buat apa?Ada talk Dr. Bilal Philips di sana.

Pagi itu juga,sesuatu yang buruk telah berlaku kepada saya semasa memandu.Rakan saya turut sama berada di dalam kereta pada waktu itu.

Soalan cepumas (wow,memang cepumas bunyinya) : "Apa yang perlu disebutkan oleh kita sewaktu mengalami suatu perkara buruk?

Yup,anda betul.

Jawapannya : 'انّا للہ و انّا الیہ راجعون (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)'.

Tapi kini Alhamdulillah semuanya okay.

Malam hari Sabtu,saya pergi ke Menara TM.Juga kerana ada talk oleh Bilal Philips.Banyak soalan yang mencabar minda diajukan oleh Non-Muslims.Sebenarnya,soalan-soalan sebegini kita perlu ambil tahu jawapannya.Untuk menarik minat mereka kepada Islam.

"Jangan jadi katak bawah tempurung" - itu pengajaran yang saya dapat jika kita ingin berdakwah.Kita perlu ketahui Isu Semasa.Tapi,ambil tahu tidak bermaksud kita perlu lakukannya.

Apakah maksud ayat saya itu?Senang sahaja.Ambil tahu bahaya dadah tidak sama dengan menghisap dadah.Ada beza yang besar di situ.


*** *** ***

Hari ini Alhamdulillah,kita semua Umat Islam telah tamat melakukan Ibadat Puasa untuk hari pertama.

Nasihat saya untuk diri sendiri dan orang lain senang sahaja :

"Carilah Ilmu.Ya.Carilah Ilmu.Bila kita ada Ilmu,bila kita alert akan Allah,kita akan melakukan Ibadat dengan lebih kefahaman dan kekhusyukan.Bukannya ikut-ikutan sahaja.Barulah nikmat Ramadhan sebenar dapat dirasai.Ye dok?"

*** *** ***

Hari ini juga saya telah menamatkan pembacaan buku Untukmu Umat.Saya akan tulis review untuk buku ini dalam masa terdekat.

Itu sahaja rasanya untuk malam ini.

Moga ada manfaat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Bukan semua orang sihat seperti kita.Bukan semua orang kaya seperti kita.Jangan berlagak.Jaga sikit mulut kita.

P/P/S : Tadi di Poster di dalam Masjid,ada tangan jahat yang menulis "B*bi C*na".Apakah ini?Ibu Bapa,jaga anak anda betul-betul.Bawa mereka ke Masjid - itu sudah bagus.Tapi,jangan sekadar membawa,then terlupa untuk mengatakan kepada mereka apa perlu dilakukan.Sebaliknya,bagitahu mereka pergi ke masjid untuk apa etc etc.Lagi bagus suruh mereka sembahyang sebelah kita.Saya bukan nak cakap apa,tapi ayah saya dulu buat camtu la masa kecik.Memang nak mengamuk sebab kena sembahyang masa tu,tapi bila tengok balik masa silam,saya dah faham kenapa ayah saya buat camtu.

P/P/P/S : Ramai juga dapat kawan baru di TTDI itu hari.



No comments:

Post a Comment