2.8.11

Siri Pencarian 22 : "You Guys,Jangan Stop Mencari That Light.Okay Bebeh?"

Prenote : Penulisan ditulis condong kerana ini penulisan bahasa pasar.Ada salah silap,terkasar bahasa,salah info,salah kefahaman - minta betulkan dan minta maafkan.Terima kasih.Doakan yang terbaik untuk kita semua.Amin.

Prenote II : Kalau anda baca Artikel ni di pagi hari,baek solat sunat dhuha dulu.Then baru baca.Dapat pahala.Yang penting ikhlas.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Yo.Wat up bros?

Pagi ini cepat pula habis urusan.Habis urusan tadi,saya pusing bandar sekejap.Pusing-pusing-pusing,eh dah habis satu bandar.Comel sungguh bandar saya ini.Orang putih cakap fun-size.Haha.

Then balik rumah,ingat hendak keluar lagi naik motor.

Tapi,fikir-fikir balik,bazir minyak sahaja.Dan juga buang masa.Di Bulan Ramadhan ini,baik saya duduk rumah buat benda berfaedah.

Kemudian saya tertanya,apa benda berfaedah yang boleh dibuat?

Tulis bloglah.

Ha,gitulah lebih kurang kronologi yang membawa kita kepada penulisan Artikel ni.

*** *** ***

I tak tau ini untuk kali ke berapa I mention dalam blog ni,tapi I nak mention lagi.I suka music.Sangat suka.Minat I ni sebenarnya ada kaitan juga dengan penyakit 'tak mampu fokus' I.

Salah satu all-time-favourite band I dulu (sekarang pon sama,tapi sekarang I try tak dengar dan so far ada kejayaan) adalah The Vines.Maybe u guys tau,maybe u guys tak tau.Whatever.Tak penting.Kalau tak tau,tak payah gatal-gatal nak google.Tak penting.Seriously.

Last two weeks I ada jumpa pen drive kat rumah I.Dalam pen drive ada lagu-lagu The Vines I pernah download masa zaman muda-muda dulu.Most of their albums I mean.

Then I dengar-dengar,I hanyut kejap.

Buat I terfikir satu soalan.Soalan yang hendak ditanya kat u olls readers out there hah.

You guys tau tak kenapa music ni sebenarnya tak bagus?

I mean,music dalam erti kata orang muda dengar.Bukan lagu-lagu ketuhanan etc.Tapi apa yang young people nowadays dengar.

I sebenarnya tak suka lagu-lagu main kat radio.Sebab mostly lirik lucah.Ya.Cuba dengar betul-betul.Yang u olls and girls angguk-angguk kepala tu,suma mostly lucah.Mereka (pemuzik yang memonopoli radio sekarang ini) ingat perempuan mainan sahaja.Maybe you guys tak tau sebab bahasa yang diorang guna tu banyak slang.So,kalau tak percaya,cuba you guys bukak urban dictionary.Haaa....Baru you guys tau kan?Agak-agak kita dengar lagu lucah-lucah tu apa hukumnya?Maybe you guys cakap I jumud,yea whatever.

By the way,I suka music macam....Okay tak penting.

By the way lagi,sebenarnya tak kisah la u guys suka lagu ape,pada hakikatnya music ini melekakan.

Sekali lagi saya ulang,music yang saya maksudkan di sini adalah dalam erti kata pemahaman majoriti masyarakat dunia terhadap music.

Ya.Memang melekakan.

You guys drive-drive then drive,then you guys duduk mendengar lagu je.Ape che?

Nampak?

Subtly,atau dalam Bahasa Melayunya,secara halusnya,music buat kita lupa pada Allah SWT.

Walhal pada hakikatnya kita hidup ini,kita kena sentiasa alert terhadap kewujudan Allah SWT.Barulah kita sentiasa takut untuk melanggar perintah-Nya.

Lagi satu,I tak tau u guys yang lain,tapi setiap kali I dengar lagu cam garage bands semua ni kan,I rasa sangat hip.Haha.I mean,jiwa rock and roll I growing up la.Haha lagi.And then,bila diri sudah rasa hip,senang la jarum kejahatan lain menjalar dalam diri kita.

Ini pengalaman I la.

So,untuk mengelakkan I dengar music balik secara melampau,I nak tulis kat blog ni hari ni.

Actually nak tulis banyak jugak.Bukan apa,I taknak buang masa.You guys pon sama,jangan buang masa okayh?Rugi je nanti puasa kita you guys tau.Jangan,jangan (sambil menggelengkan kepala).

Talking about 'subliminal delusion' atau kelekaan penipuan separa sedar ini,same thing goes with TV you know.

Kita orang Islam.You guys for sure tau tak boleh tengok aurat perempuan lain kan?I mean rambut etc etc.

Tapi hari ni,dengan kewujudan TV,aurat seolah-olah dihalalkan.

Let say la macam ni I bagi contoh.

You guys ni kalau kat luar bukan main jaga mata tak tengok perempuan.But then,bila kat rumah,you guys tengok tv,selamba badak je you guys tengok aurat perempuan.Malah boleh jatuh cinta dengan selamba lagi dekat perempuan tu.

Apakah ini?Mana hilangnya penjagaan pandangan kita?Even so-called Islamic drama kat TV pon ada tayang aurat gak.Tapi mengikut pemerhatian I,lebih tepat kita gelarkan drama-drama camni "Drama Cinta Orang Bertudung".I salah ke?Kalau salah,sorry.Betulkan I.

Nampak tak betapa halusnya trick ini?Even Tok Imam pun jatuh kecundang dalam trick ni.Tengok cite P Ramlee etc.Padahal kalau fikir cerita zaman dulu baju dia lagi ketat beb.Aiseh.Astaghfirullah.Maybe diorang tak nampak sebab diorang terlalu lama berada dalam keadaan ni.Mangsa keadaan.Tapi,you guys sendiri,bila I dah cakap macam ni,u guys ambillah langkah.

I ni sebenarnya bukan orang alim berilmu etc.Tapi I just wanna share what I know.You know what I mean?Bukan I cakap tak boleh tengok TV.Boleh je.Tapi apa yang kita tengok kat TV biasanya?Haa..Jawablah.Yang haram dihalalkan atas nama 'seni'.Ewah.

Ha,I nak cerita pasal konspirasi karang ada orang pening.Takut ada orang taksub.Takpela tak payah cite pasal konspirasi.Baek you guys baca Al-Quran dengan terjemahan.Tau tak kenapa?

Bila kita baca terjemahan Al-Quran dan faham,secara automatik seseorang itu tanpa perlu tau konspirasi serabut ni semua,dia boleh nampak penipuan-penipuan ni.Ini kerana,dalam Al-Quran ada cerita ni semua.Al-Quran ada cakap pasal penipuan-penipuan ni sume.You guys cuma kena baca dan hayati sahaja.

Insya-Allah Allah akan bagi kita petunjuk.Amin.

Okay tamat pasal TV.

Sebenarnya I nak tulis pasal apa I dengar dalam talk Bilal Philips kat KL aritu.

Tapi cam terlalu berat untuk tulis.

Petang sikit la.Atau maybe malam.

Tapi insya-Allah I akan tulis.Sebab banyak pengajaran beb.I tak tipu.You guys tak percaya?I tak tahu.

Okaylah.

I ada baca Artikel semalam.

Artikel tu cakap kalau kita puasa,tapi ngumpat orang kutuk orang,tak guna beb.Dapat lapar je.Benda laen tak dapat.So,bila kita puasa ni,sama-sama kita kurangkan mengumpat semua.Mata tu jangan meliar sangat usha awek.Ya,awek memang lawa beb.Tapi,ingat,

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.”
H.R Abu Naim

Kiranya semua mata-mata kita ni,kalau kat dunia asyik usha awek je,akan menangis kat akhirat nanti.Menyesal.Ha.Lebih kurang gitu.You guys,kita sama-sama berubah kay?Mari pimpin tangan bersama ke jalan perubahan.Eh.Laki je boleh pimpin I.Perempuan,sorry.Har har.

Best pulak tulis santai camni.Tulis serious sangat,pening kepala jugak.

Okay,akhir kata,janganlah kita membuat perkara yang bakal menyesalkan kita di Akhirat kelak.Kita diberi pilihan.Buatlah pilihan yang betul.

Dari kita usha awek Hindustan/Chinese kat TV masa puasa ni,baek tolong Ibu kita basuh pinggan.Dapat pahala.Memang tak glem,tapi yang tak glem ni la yang kita nak buat lepas mati nanti.Tapi dah mati beb.Takleh buat apa.

So,ayuh rakan-rakan (baca dengan bersemangat) !

Mari lakukan misi perubahan ini.

Share artikel ni dengan orang lain.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Semoga kekal Ikhlas.Amin.Saya tulis camni supaya buat orang yang tak suka baca Penulisan serious tertarik nak baca.Moga mendapat manfaat.

P/P/S : Doakan saya.Amin.

P/P/P/S : Boleh follow twitter saya.Saya agak aktif di sana masa cuti ini. @PenaMaya



2 comments:

  1. assalamu'alaykum warahmatullah

    bro, thanks a lot. for some of us who wre not able to attend Bilal Philips' talk, could you please highlight on some of his insights/views later?

    Interested to know.

    assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
    Noted.
    Insya-Allah.

    ReplyDelete